Ahad, Oktober 31, 2010

Untuk saya dan untuk awak juga

Pagi Jumaat 29.10.2010, saya seperti biasanya mengekor ustaz pi kerja. tapi kali ni sambil menghantar 2 set kek cawan untuk Norly dan bakal suaminya di Taman Setia Jasa.
Yang menempah Norly tapi yang mengambil set itu serta membayar adalah Izamil. Mana aci ni Norly....gurau je. Ini lah persefahaman dan tolak ansur namanya. Moga kekal hingga keakhir nanti.
Hari Sabtu, saya tanya khabar kek cawan kepada Norly, alhamdulillah, Norly menyukainya. Terima kasih Norly dan Izamil atas kepercayaan anda berdua kepada akak. Jangan serik order dilain kali ye....
Maaf lah akak tak dapat hadir ke majlis sebab sedang berada di Negeri Sembilan. Ghalat juga sebab saya suuuuuka pi ke kenduri kahwin.




Untuk Izamil yang akan diberikan pada Norly.


Untuk Norly yang diberikan kepada Izamil

Rabu, Oktober 27, 2010

Pada pagi 19.10.2010 dalam pukul 7 kot(sebab masa ustaz tak pi kerja lagi) kucing yang menumpang kasih kat rumah saya telah melahirkan 2 ekor anak.

Pagi tu semasa kami sedang minum, ibu kucing tunjuk sikap lain macam. Tapi memang tiap-tiap hari gitu, meong, meong...... tapi pagi tu naluri keibuan ku sekali lagim merasakan dia nak beranak.

"Bang, dia nak beranak kot, siapkanlah tempat dia"

DAN Memang benar dia beranak laaa ha ha ha

Pastu saya siiiibuk nak tengok dia beranak, ustaz tak bagi. Sebenarnya darim kecil lagi saya memang berangan nak tengok kucing beranak. Pernah sekali dapat peluang nak nengok tapi emak pulak ternampak. Dia pun tak bagi nengok. Dah tua-tuia ni nak tengok pun tak dapat huwaaahhhh.....nak tengok jugak, nak tengok jugak. Tapi saya ni isteri yang taat, tak pi tengok dah .......

Tunggu punya tunggu, 2 ekor aje yang keluar. pas tu tak de dah .......

Masa dia belum beranak dulu, saya selalu pesan dengan dia, ' Nyong, nanti beranakkan anak yang comel tau!!! Macam anak kucing Pak Long(sepupu ustaz) tu tau!'

Kelako betul, alih-alih dapat yang comel juga ha ha ha.





Masa ni emak dia tak de. saya curi bawa keluar dan ambil gambar dia pada 22.10.2010 . Umur dia dah 4 hari.



Tak leh lama rakam, takut mak dia mai... hi hi hi

Sabtu, Oktober 23, 2010

Sambutan ulangtahun kelahiran untuk 4 orang dalam satu keluarga

Pagi tadi ustaz hantar kek ini kepada kawan dia di Kuantan.

Petang saya tanya khabar kek-kek ini. Ustazah Masyitoh balas sms,

OK cuma anak-anak kata manis. Mungkin coklat tu yang manis TQ

Saya pun rasa begitu sebab kek memang tak manis sangat. Mungkin coating kek tebal sangat sebab itu terasa manis sangat. InsyaAllah lain kali buat nipis sikit, biar kurang rasa manis.

TQ ustazah. Jangan serik tempah kek dari saya ye



Jumaat, Oktober 22, 2010

Mintak demam?????

Hari ni hari ketiga saya tak sihat, demam tapi macam tak demam sebab boleh gelak-gelak, boleh jerit kat rabbit macam orang sihat. Itu yang orang tengok tapi yang rasa tak sihatnya saya, tekak sakit, badan seram sejuk tapi badan macam tak panas macam orang demam ha ha ha Tipu ka.

Saya kalau demam memang gitu. Marah kat anak pun boleh lagi tapi lepas tu tergolek aje. Macam mana orang nak percaya kita demam kan kan kan. Orang mungkin bole kata, ni sebab malas buat kerja lah ni.

"Bang, rasa macam nak demam tapi panasnya tak mo keluar" kalau Lina dengar ni mesti dia kata, ummi mengada-ngada he he he dengki!!!

"Sape suruh nak demam..." sambil ustaz gelak. Saya pun tergelak sama. Haiiii siapa lah yang mintak-mintak nak demam kan kan kan tapi ayatnya memang gitu ha ha ha

Ahad, Oktober 10, 2010

Tempahan Kek Untuk 'Eid Adhha

Tempahan aneka jenis kek sempena sambutan Hari Raya Aidil Adhha 2010 kini DIBUKA

Tarikh akhir tempahan adalah pada 31.10.2010
Tarikh akhir penghantaran
adalah pada 15.11.2010 (ISNIN)

1. Kek Coklat Lembap ringkas(CMCR) - RM10

Jika anda menempah sekurangnya 10 biji dalam satu resit, anda layak menikmati keistimewaan ejen

*Ucapan ringkas SELAMAT HARI RAYA atau yang seumpamanya akan ditulis tanpa caj tambahan

2. Kek Coklat Lembap (CMC)



- CMC7 Ringkas - RM35
- spesifikasi : Size 7 inci dengan dilitupi ganache coklat dan sedikit hiasan ringkas atau sedikit ucapan



Atau jika anda inginkan kek yang lebih besar atau dalam bentuk kek cawan, sila hubungi saya ye

3. Kek Pelangi dan Kek Oren tanpa frosting



RM7 menggunakan marjerin

Juga boleh dalam saiz 7 x 7 inci (empat segi) atau 8 inci (bulat) dengan harga RM40 (Pure butter SCS)

3. Kek Lobak Merah (Carrot cake) tanpa frosting

Saiz kek 7 x 7 inci(empat segi) atau 8 inci (bulat) berharga RM45


Tempahan biskut FA untuk 'Eid Adhha

Dengan ini saya mengumumkan bahawa tempahan biskut FA dibuka.

Tarikh Akhir Tempahan: 31.10.2010
Tarikh Akhir Tempahan dihantar : 13.11.2010(Jumaat)


TIADA TEMPAHAN SELEPAS 31.10.2010 ye. Kesiaaaan kat saya tau.......


Untuk mendapat keistimewaan ejen, anda hendaklah menempah minimum 10 bekas,dalam satu resit.



Harga: RM23 sebekas

CMCC balasan hantaran perkahwinan


Warna UNGU ni tau. tapi sebab camera biasa-biasa aje, warna ungu tak keluar.

Kali ini adalah tempahan dari Azian UiTM Jengka. Dia menempah untuk balasan hantaran majlis perkahwinan adiknya.

Tahun lepas adiknya bertunang, lepas raya juga.

Azian nak hiasannya bunga kecil-kecil macam hantaran bertunang tahun lepas tapi warna tema UNGU.ulillah

Masa saya nak buat, terpikir pulak. Takkan nak sama sebiji kan. nanti apa kata belah sana. Jadi, masih dengan bunga kecil-kecil, saya tukar corak aturan bunyanya. Harap-harap mereka semua suka.

Bagi saya, saya kurang puas hati, macam kosonggggg aje. Lepas siap, saya letak atas meja. Kejap-kejap pi tenung lama-lama. " Bang, ok ke ni, nampak macam ada yang kuraangg aje ni".
Alhamdulillah, Azian memberi respon yang melegakan. Terima kasih Yan.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Rabbit hitam yang nakal

Peristiwa ini berlaku pada petang Jumaat 8.10.2010

6.00: Sampai rumah dari UiTM Jengka. Terus lepaskan depa main kat tanah sebab pagi tadi depa tak dapat main.

6.15: Kami masuk rumah nak makan petang. Depa, kami biar main selepas langkah-langkah keselamatan telah diambil(jalan depa lari dari rumah dah di tutup)

6.30: Ustaz keluar sebab nak beri kucing makan pulak. Perasan si rabbit hitam tak de. Puas la kami mencari terutama Ustaz, sampai dalam hutan belukar ustaz masuk. Saya masuk mandi sebab ada janji dengan kawan, sebelum maghrib kena keluar.

6.45: Ustaz masih di luar pagar rumah, mencari arnab nakal tu. Saya suruh masuk mandi sebab dah lewat.

7.05: Nak maghrib dah. Kami keluar pi dating ngan kawan dengan penuh rasa tawakkal. Mengharapkan balik nanti dia dah ada kat dalam kawasan rumah. pintu rumah depa terpaksa di tutup nanti putih pulak lari. Kejam sungguh ummi dia kan ha ha ha

9.30: Sampai rumah. Aduhai ..... si nakal tak de lagi nih. Risau juga tapi yakin dia pandai balik sendiri selagi tak ada gangguan dari pemangsa. Masuk rumah lah dulu

10.00: Sedang baring-baring, tiba-tiba Allah kembalikan ingatan saya pada si nakal tu TINGGGG, rabbit hitam kamu......Saya pi jenguk kat tingkap sambil jerit " Hitammmmmm , dah balik ke belummmm". Sambil pandang keliling. Apabila pandangan jatuh di pintu rumah dia, saya menjerit tapi tak ingat macam mana dah saya jerit sebab terlalu suka ha ha ha teruk kan saya ni. Lina dan ustaz pun bangun cepat-cepat dan kami terus buka pintu rumah.

Yang saya ingat saya kata, " Kan betul naluri keibuan ummi...." ha ha ha Lina gelakkan saya. Masa saya mula-mula ternampak dia tadi, dia sedang terkebil-kebil menengok saya kat tingkap. Rasa nak rotan-rotan budak ni tau.

Jumaat, Oktober 08, 2010

Jika tak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat

Tadi agi (8.10.2010), dalam perjalaan ke UiTM Jegka (ngekor ustaz la ni he he he), dengarlah radio IKIM. Slot MOTIVASI PAGI.

Ustaz tu cakap mengenai Jika tak dapat apa yang kita suka, suka lah apa yang kita dapat.

Cuba fikirkan dalam dalam....

Biasanya kan, sebagai manusia yang jahil yang selalu lalai (saya la tu, tak kata orang lain), jika tak dapat apa yang kita nak....hmmm mengeluhnya bukan main, marahnya bukan main, tak puas hatinya bukan main. Macam-macam lagi perangai setan kita yang keluar.

Tapi kita tak pernah terpikir bahawa baaaaaanyak perkara baik yang kita tak mintak, Allah bagi.

Kita kena suka apa yang kita dapat, dengan kata lain selalu bersyukur apa yang kita ada dan apa yang kita dapat. Kita kena belajar redha dengan apa yang telah Allah takdirkan, Allah kurniakan pada kita. Dengan cara ini, kita akan mendapat ketenangan dan kebahagian di dunia ini.

Renung-renung kan lah..........

Rabu, Oktober 06, 2010

TUDUNG DI AKHIR ZAMAN

Ini juga email dari seseorang

Fw: TUDUNG DI AKHIR ZAMAN
From:................................................
To:

04/10/2010 04:12 PM
To
cc
Subject :FW: TUDUNG DI AKHIR ZAMAN



Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden


by .......... on Sunday, September 26, 2010 at 9:55pm


Baca detail mengenai isu ini >>>http://www.facebook.com/note.phpnote_id=476163510820


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!! Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada.


Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.


Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...


Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan?


Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam.. Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..


Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah...


Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini...


Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen


Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta


Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat

Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan

Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian.
Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.


Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI??? Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.


Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)


Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini.Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t. Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.


Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia. Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,


SALAM PERINGATAN…..

Dari'setan', menjadi ustaz

Dari 'setan', menjadi ustaz

Posted by salafus-sholih at 2:04 AM

Saya pasti, ramai yang sudah mengetahui akan kisah penghijrahan pelakon Azmil Mustapha daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Namun, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sesama kita untuk meneliti segala pandangan dan pengalaman yang dihadapinya dalam sepanjang proses penghijrahannya. Semoga kisah ini dijadikan dorangan kepada kita semua untuk melakukan penghijrahan yang serupa. Kisah ini dipetik dari blog WanWMA.
_____________________________________________________________________________

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.

Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.
Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.
Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia?
Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”
Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.
Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.
Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa.

Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.
Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada. Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.
Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.
Wallahualam.....

Fesyen mangkuk hayun????????

Saya terima email ni dari seseorang, sila lah hayati ye

Friday, 1 October 2010 9:30:28
Fw: fesyen mangkuk hayun
From: .......................
To: .......................................


----- Forwarded by ..........................on 10/01/2010 09:26 AM -----

To ..........................
Subject: fesyen mangkuk hayun
- Nie owg giler nk mampos…….pki tudung…tp……ko tgk la pic nie….Mcm nk pijak je minah nie……..

CMCC untuk Intan




Selepas solat asar(2.10.2010), saya dan ustaz pi Taman Temerloh Jaya untuk menghantar set CMCC ini ke Intan.

Intan pertama kali menempah kek dari saya jadi perasaan gementar tu ada, sama juga masa menghantar CMCC pada kak Zu (1.10.2010).

Kata Intan, CMCC ni untuk di beri pada orang lain. Baik sungguh Intan........

Terima kasih Intan kerana sanggup menghadapi risiko menempah set CMCC pada saya walaupun tak pernah merasa kek saya. Terima kasih juga atas keyakinan pada saya yhe.

Apa-apa kekurangan, beritau saya ye.....

Selasa, Oktober 05, 2010

Happy Birthday To Me






Happy Birthday to me ha ha ha

Actually kami sekeluarga tak menjadi sambutan harijadi sebagai kebiasaan dalam keluarga kami. Tapi kek ini dibuat oleh adik saya Zarina sebagai meraikan birthday 4 orang. Majlis diadakan di rumah kakak ipar aka classmate sekolah menengah saya. Saya tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Depa call saya masa depa nyanyi-nyanyi. Terkejut juga sebab masa adik call , dia kata."Ha kejap ye, kejap ye...." Lepas tu dengar se=ura ramai-ramai nyanyi....terharu, terkejut semua ada. Saya cuma gelak aje sebab tak tau nak cakap apa.

TQ semuaaaa Ani, Imah, Dara dan seeemua anak-anak sedara IBU

Isnin, Oktober 04, 2010

CMCC topping dan hiasan BC untuk kak Zu




Hari Jumaat (1.10.2010) just before maghrib set CMCC ini bertukar ke tangan kak Zu.

Kak Zu menempah kek ini untuk dijadikan sebagai balasan hantaran majlis pertunangan adiknya (alamak...... betul kan, kak Zu).

Terima kasih kak Zu atas keyakinan kak Zu pada saya, walaupun kak Zu tak pernah rasa kek saya tapi tetap yakin pada saya.

Jika ada apa-apa kekurangan, haraplah kak Zu beritau saya ye, agar dapat perbetulkan dimasa hadapan.

Apa-apa pun terima kak Zu dan terima kasih ya Allah atas rezeki yang dianugerahkan ini

Jumaat, Oktober 01, 2010

Jualan SEGERA

Ini lebihan jualan di UiTM hari ini (1.10.2010). Nak perabih segera sebab tak nak simpan lama-lama walaupun ia boleh disimpan lama-lama. Tak best la kan.

Cepattttttt.

Harga Biasa: RM35
Harga sekarang: RM30
Berat: Lebih kurang 1 kg
Pick up point: Tol Temerloh




TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW

TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!

INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!

Click on above image to view full picture
16 Pc Dinner Set
Email to a Friend
Be the first to review this product
Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Additional Information
Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric
Product Descri
ption
Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.
Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.





TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU
Lucky draw bukan saya buat tapi kelly
Harap-harap dapatlah hadiah ni sebagai hadiah harijadi saya 5.10.2010 yang ke 47. Tua dah wei koi ni.....