Selasa, Mei 25, 2010

Beli 10 PERCUMA satu

Hai lama betul update blog ni. Agak sibuk dan ditambah dengan tahap kesihatan yang agak menurun.

Saya akan cerita di lain entri ye.

Kali ni nak cerita tempahan CMCR dari Zura SK B andar Jengka.

Saya telah buatkan 11 biji CMCR untuk Zura. Sebenarnya sepuluh tapi saya beri satu percuma.


k

Isnin, Mei 24, 2010

CMCC dengan kuntuman rose BC

Petang jumaat 21.5.2010, saya menyerahkan tempahan Zana 2 set 16 biji CMCC.

Kerisauan saya agak tinggi memandang cuaca panas yang agak melampau.

Saya mahu, tempahan yang dibuat sampai ketangan yang berhak dalam keadaan baik. Saya akan rasa bersalah jika sebaliknya berlaku seperti apa yang terjadi pada CMC7R untuk Azymawaty tempohari.

Sehingga entri ini di tulis, Zana tak melaporkan apa-apa yang merisaukan saya. Doa saya agar semua berjalan dengan baik di sana.

Zana tempah 2 set. Satu untuk makan-makan bersama keluarga dan satu untuk dihadiahkan pada sahabatnya. Zana mohon ada kuntuman ros di atas setiap CC. Untuk itu caj tambahan di kenakan.

Jom tengok apa yang saya hasilkan.......

Untuk balasan hantaran



Untuk makan-makan

Khamis, Mei 20, 2010

CMCC ke Macres Temerloh lagi

Pagi tadi (20.5.2010) saya telah menghantar 2 set 25 biji CMCC da 1 set 16 biji CMCC ke Macres Temerloh. Tempahan dari kawan Ruby, Ela. Terima kasih Ruby, terima kasih Ela.

Alhamdulillah segala proses dari A hingga Z berjalan dengan lancar. Terima kasih ya Allah.

Puan Ela tak memberi spesifikasi warna dan bentuk hiasan. Jadi pandai-pandai saya aje guna oren, kuning dan hijau. Warna oren dan kuning, jarang orang minta, jadi saya cuba lah warna ni. Eh ......cantik juga warna ni kan.

Ahad, Mei 16, 2010

Kek untuk suami tercinta

Tempahan kali ini datangnya dari Aymawaty(Triang) melalui email dan dikuti dengan sms serta telefon. Azymawaty kata suaminya minat Liverpool. Maka untuk mengembirakan suami tercinta dihari bersejarah suaminya, Azymawaty mahu edible imej logo pasukan ini dimaterikan di atas kek ini.

Biasanya saya akan menempah dari guru saya, Zati. Tapi zati kata mesin pencetaknya rosak, disarankan saya tempah dengan CT Hajar Penang. Maka saya cuba berbincang dengan CT melalui telefon.

Aduhhh CT sakit gigi pulak. Jadi perbualan kami tak begitu mesra sebab CT menahan sakit giginya yang terlampau.....sorry CT ye. Perbincangan diteruskan melalui email dan akhirnya EI tiba ditangan saya pada 11.5.2010. Waaahhhhh........ awal dari jangkaan. Terima kasih CT. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami.

Dalam perancangan awal , kek akan dihantar oleh kami ke Triang pada 16.5.2010. Dengan itu, dalam sidang merancang saya, saya akan menyediakan choc ganache pada malam sabtu dan bakar kek pada keesokannya. Kerja-kerjaa menghias kek akan dimulakan malamnya sebab cuaca agak sejuk dan tidak akan membahayakan hiasan kek.

Lawa kan....berkilat aje

Asalnya beginilah ghupe dia


Hari Jumaat, Azymawaty mencadangkan kami berjumpa di Temerloh sahaja sebab dia dan suaminya akan ke Temerloh pada hari itu. Jadi kena buat plan B.

Choc ganache dan kek akan disediakan malam sabtu dan kerja-kerja hiasan akan dimulakan pada pagi Sabtu. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Kek nampak lawa.

Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Saya tersilap perhitungan pada cuaca yang agak panas. Separuh hiasan siap, saya simpan kek dalam kotak agar suhu di luar tidak menggugat hiasan kek saya itu. Tak boleh simpan dalam chiller takut EI rosak. Kejap-kejap saya tinjau kek, alhamdulillah OK aje nampaknya.

Selepas solat asar, saya nak buat hiasan terakhir. Saya keluarkan kek dari kotak.....terkejut saya sebab hiasan tepi kek sudah beranjak. Aduh aduh aduh....apa nak buat ni sebab EI yang terlekat disitu. Tak leh tanggalkan. Makin rosak jadinya nanti. Maka saya pun tak jadi buat sentuhan terakhir saya tu. Simpan dalam kotak pas tu isi dalam tray roti dan tutup lagi dengan tray roti dan letak di kawasan yang tidak panas untuk perlindungan berganda dari kepanasan.

Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. perasaan akan lega, saya pasti bila kek diserahkan beserta penjelasan apa yang terjadi.



Tengok tu.....border dibawah dan EI melorot

Lepas magrib kami bertolak untuk bertemu dengan Azymawaty. Semasa penyerahan, saya pun membuka kotak kotak untuk menceritakan masalah yang berlaku(kena cerita,nanti pelanggan tak puas hati). Waaaaaahhhhhhh tambah terkejut saya bila lihat keadaan kek yang semakin teruk. Malunya dengan Azymawaty.


Tapi Azymawaty masih boleh senyum lagi tengok kek itu. Dengan kekurangan pada kek itu saya beri Azymawaty harga yang terlalu istimewa. Harap-harap Azymawaty berpuashati ye.

Sambil Azymawaty makan saya culik anak dia. Sukanya saya.......peramah sangat. Kita cakap sikit dia senyum lebar. Lasak juga, tegap badan dia. Kita dokong dia,berpusing-piusing dia tak nak duk diam. Kalau saya kat rumah dengan budak kecik ni,medsti saya takbuat keje lain, ulit dia aje...he he he

Pagi Ahad saya lihat ada mesej dari Azymawaty(dia hantar pada 00:11). Saya tidur awal sebab tak leh buka lampu. Serangga baaaaaanyak masuk(maklumlah duk kampung). Baik kami pi tidur(masa tu pukul 9 lebih) salam gelap sebab tak boleh buat apa-apa dalam gelap ni. TV pun dia hurung jika terpasang.

"Salam, sori ganggu tgh2 mlm. Br potong kek. Sedap, Suami suka design ni sampai sayang nak potong he he he terima kasih kak"

Allah sahaja yang tahu betapa leganya hati saya. Saya tersenyum lihat waktu sms sampai pada telefon saya. Betul-betul sambut pada detik 12 mlm ye Azymawaty. Semua berbahaga la ye..

Anyway, terima kasih bebanyak pada Azymawaty. jangan serik ye order kek dengan akak.....

Semua yang berlaku ini saya anggap tarbiyyah dari Allah.Terima kasih Allah atas peringatan ini

Sabtu, Mei 15, 2010

Noor Rikha Vol 3??????

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Saya tak tahu apa masalah yang blog saya hadapi sekarang. Susah nak bukak beberapa hari ini. kalau dapat bukak pun sekejap aje lepas tu dia hang dan terus tertutup dgn sendirinya. Mungkin virus, tapi blog saya yg lain boleh pulak bukak.

Seharian saya tak dpt buka.Ini Allah beri ruang(tak tahu berapa lama),jadi saya ambil peluang untuk memberitahu, jika ini berterusan,saya terpaksa buka Noor Rikha Vol 3.

Jika tak ada masalah lagi, maka saya teruskan dgn vol 2 ni shj.

Jumaat, Mei 14, 2010

Lollychoc

Tempoh hari buat lollychoc sempena HariSukan Maahad Faqeh. Tak habis maka minta anak jualkan di Maahad. Alhamdulillah dapat sambutan menggalakkan.

Ada tempahan pulak tu. Minggu depan kena buat lagi sebab Lina kata dia nak jual
Harga promosi lagi nih sebab tak tau nakletak harga lagi

RM1.50

RM1.00

Khamis, Mei 13, 2010

Brush embroidery class

Mahu ikuti kelasini? tengok sini.

Berguru dengan Chef Shahril sungguh puashati. Dia punya penerangan dan penjelasan cukup bagus.

Saya berminat juga tapi kena kumpulduit dulu. Ada sesiapa yang boleh beri loan kat saya? he he he

Fondant carnation untuk dijual

Wahai kawan-kawan bakeri sekalian, jika anda berminat atau memerlukan bunga fondan carnation bolehlah jenguk sini.

Isnin, Mei 10, 2010

Happy birthday anakku Hazmi

Kali ini tempahan datangnya dari Hasni SMV PUTERI. Asalnya Hasni request BFC tapi bahan tak de kat rumah jadi Hasni bersetuju dengan CMC7R iaitu yang ringkas sahaja.

Jumaat malam Sabtu, kek dah siap.
Sebelum tidur, Allah gerakkan hati saya untuk mengintai kek tu yang telah pun berada di dalam kotak. Terkejut ya amat, kek itu telah di makan usia.

Relax relax......kita tidur dulu he he he

Sok pagi saya pun tengok kek sambil cekak pinggang. Nak baiki ke tidak, nak baiki ke tidak sebab risau coklat meragam juga. Tapi tak sedaplah pulak nak bagi yg tak lawa ni. Maka saya pun ambil lah risiko dengan membetulkan balik kek yang telah dimakan usia ni.

Bancuh balik choc ganache, punggah balik hiasan yang mana boleh punggah. Maka jadilah rupa baru selepas membuat pembedahan plastikke atasnya he he he.
Taraaa.........



Jumaat, Mei 07, 2010

CMCC untuk perkahwinan

Untuk makan-makan




Untuk majlis perkahwinan sahabat

My loyal customer menempah CMCC lagi. Kali ini 1 set untuk dihadiahkan pada rakannya yang akan berkahwin dan 1 set untuk makan-makan.

Sebenarnya saya dah lama teringin nak letak kuntuman bunga ros atas CC ni. Dan Allah memakbulkan harapan saya semasa saya mahu melunasi amanah dari Zura ini. Zura minta hiasan yang biasa saya buat untuk dia. Tetapi saya teringin sangat nak buat. Tak tau lah jadi ke tidak, mana-mana sifu boleh nilaikan ye.
Bagi saya ini satu kejayaan untuk saya sebab tak pernah lagi belajar buat ros tanpa kon. Kali ni saya terus buat atas CC. Seronoknya......tapi memang kena pi belajar lagi. Kali ini saya puas hati sungguh menyiapkan CMCC ini. Bukan sebab lawa(memang tak kemas pun) tapi harapan telah dimakbulkan.

Namun bayaran tetap seperti biasa walaupun sebenarnya jika hiasan sebegini harga dia lebih mahal sedikit tapi sebab ini sebagai latihan saya sendiri dan sebagai hadiah saya pada Zura yang setia bersama saya.

Apa-apa pun kasih Zura.

Sempena kelahiran Puteri Sulung Ruby




Kali ni CMCC untuk Ruby dari Macres Temerloh.Ruby berhajat untuk meraikan kehadiran puteri sulungnya dengan berkongsi rasa CMCC hasil kerastangan saya ini dengan
rakan-rakannya di Macres.

Terima kasih Ruby dan tahniah ye.

BFC untuk suami tercinta


Tempahan dari Wan Azlina untuk suami tercinta. Tapi suami Azlina tak suka kek. Jadi ucapan untuk suami tetapi kek untuk anak-anak. Yang penting keluarga kita bahagia dan gembira kan Azlina.

Saya janji nak hantar petang Jumaat tetapi kena pi Jengka pulak pagi Jumaat tu. Maka saya terpaksa hantar ke SMV Puteri pagi tu sebelum bertolak ke Jengka. Dah tu, kotak saiz 9 inci tak de stok pulak kat rumah. Jadi guna bekas kek saya untuk dipinjamkan sekejap.
Alhamdulillah tempahan dari kawan dan di Temerloh sahaja, boleh negotiate. Kalau tempahan orang lain macam mana ye.

Isnin, Mei 03, 2010

Kek Buah Kukus dan CMCR untuk Azian UiTM

Assalamualaikum semua. lama saya tak update blog ni ye. Ada masalah gangguan sikit. Dah berapa kali buka nak update tapi duuuk melengung depan columm catatan baru, tak taip taip menda pun. Akhirnya tutup komputer.

Hari ni pun sibuk juga tapi ada semangat sikit nak update, jadi, layannnn...


Kali ni nak cerita sikit tentang kek buah kukus ni. Kawan ustaz diUiTM Jengka menempah kek ni untuk dibawa balik Johor. Azian dah pun mendengar cerita ustazah NorHafizah tentang kek ni jadi Azian nak cuba pulak. saya pun terangkan bahawa kek ni agak mahal sebab kos dan catra nakbuat ni agak susah.



Kek di letak dalam keadaan betul.Agak buruk. kata orang,kek kukus memang gitu.tapi saya agak tak puas hati.nak cari juga jalan biar jadi lawa sikit.

Kek diletak dalam keadaan terbalik, kata orang nampaklawa sikit. Tapi saya tak berani sebab nanti orang kata saya nak tipu,nak tutup rupa kek yang buruk







Azian juga menempah 4 biji CMCR