Sabtu, November 28, 2009

Kek Mentega Oren dan CMCC Drizzled




Ummu masyitah, kali ini mahu merasa kek mentega Oren dengan disaluti dan dihiasi dengan whipping cream diringi dengan cmcc berhiaskan drizzle coklat berperisa oren.
Semua ni saya siapkan pada 26.11.2009 selepas waktu zohor.

Dengan itu, ringan dah kepala. Alhamdulillah......

Terima kasih Zura







Untuk sambutan Aidil Adh-ha, Zura SK Bdr Jengka mahukan BFC sebagai sebahagian menunya sekeluarga beserta 2 jenis biskut Famous Ami dan Biskut Coklat Harta Karun.

Ejaan pada BFC ni sebenarnya telah dibetulkan tetapi tak berposing sekali lagi di depan kamera. Jadi guna gambar sebelum diperbaiki. Zura kata, anak-anak dia dah sabar nak makan....kanak-kanak kan ........

Seperti biasa semua ini diuruskan ustaz (terima kasih ye bang). Setakat ni kami (saya dan Zura)masih belum bersua muka, hanya bersms dan bertalifon sahaja.

Terima kasih Zura atas kepercayaan Zura pada akak serta sokongan padu Zura pada akak.

Jualan CMC sempena Aidil Adhha

CMC 8", beratnya lebih dari 1.5 kg. saya jual RM60




CMC 7", beratnya lebih daripada 1 kg. Biasa jual RM40 tapi ini saya jual RM35 je



Ini dua kek coklat lembap yang ustaz bawa ke UiTM untuk dijual sempena Hari raya Kurban tahun ini.


Dah siap semua untuk di bawa, ustaz kata ejaan salah. Bukan addha tapi adhha(bacaan adh-ha).


Maka kelam kelibutlah betulkan pulak, tak sempat dah nak bergambar semula kek yang besar tu.


Ada ustaz bawa CMCR juga tapi tak sempat kek tu posing sebab ustaz dah lambat nak gi kerja.

Khamis, November 26, 2009

Laporan projek Aidil Adhha

Alhamdulillah masuk waktu Zohor, semua tempahan beres. Saya rasa lega dan syukur sangat kerana Allah telah memeberi kekuatan, ruang dan peluang untuk saya melunasi hajat saudara-saudara saya,

Hanya DIA yang tahu setakat mana stamina saya. Malam tadi, saya dah larat sungguh nak menyiapkan kerja yang sepatutnya saya siapkan semalam. Jadi saya pegang remote control, minta anak-anak buat yang mereka boleh dan mahu buat sebagai membantu saya. Ustaz senyum aje bila saya guna remote ni. Baring kat tilam dalam bilik saya sambil panggil seorang demi seorang, arahkan buat itu dan ini, selesai, baru saya bangun dengan sedikit kudrat yang berbaki dan naik tilam semula pada pukul 1.40 pagi.

Pagi ni sambung tugas menyiapkan tempahan yang lain pula dengan harapan Allah memberi saya kekuatan untuk menyiapkan apa yang patut.

Bukanlah banyak sangat tempahan pun cuma bila kita buat sorang, jadi berat kerja tu. Ustaz tak dapat nak tolong, dia balik lewat petang.

Lepas ni dengan izin Allah akan saya masukkan laporan-laporan tempahan ini ye.

Isnin, November 23, 2009

Jualan Biskut sempena sambutan Aidil Adhha

Aidil Fitri tak dapat jual biskut sebab ada masalah bekalan
elektrik.
Sempena sambutan Aidil Addha, saya ada buat sedikit setakat termampu biskut yang laris dijual raya lepas iaitu Biskut Famous Amos(sekarang Famous Ami kut.....) dan Biskut Coklat Harta Karun.
Buat tak banyak pun sebab saya seorang yang menguruskannya dari A hingga Z. Lotih membuatnya terutama buat harta karun tu. Walau kos bahan dia rendah tapi nak menyiapkan ada banyak peringkat. Siap bakar base dia, kena buat pulak lapisan white choc dia pas tu drizzle coklat pulak. Famous Ami tu mahal sikit kos bahan tapi buat tak susah mana......
Semua biskut ni saya guna pure butter, bukan buttercup atau margerin.

Biskut Coklat Harta Karun RM19 ( 39 - 41 biji, isi sepenuh mungkin)

Biskut Famous Ami RM20 (tak sampai 50 keping, isi sepenuh mungkin)

Ada sesiapa mahu mencuba, sila hubungi saya terus melalui talian 019-9314365. Cepat sebab terhad sesangat nih........

Ahad, November 22, 2009

CMCC Upin Ipin


Hah pertama kali dapat tempahan edible imej ni. Ini pun Aimi pass kat saya sebab tempahan dia dah full .

Mula-mula, ketaq juga nak terima tapi ini saya anggap satu lagi tarbiyyah dari Allah untuk saya menambah kemahiran. Biasanya, kalau saya mula sesuatu yang baru, akan ada ikutannya sebagai latihtubi yang Allah berikan pada saya melalui saudara-saudara yang baru saya kenali.
Syukur saya pada Allah atas tarbiyyah ini. Namun hati saya tetap tak lepas dari ketakutan dan kerisauan.

Banyak kali saya mengganggu cikgu saya Zati di Pekan dan Aimi yang dah terror sangat tuh untuk mempelajari tentang edible imej ni. Terima kasih bebanyak pada kedua orang ini.

Dan tak lupa juga terima kasih pada Oni yang menaruh sepenuh kepercayaan pada saya walaupun tahu saya ni cetek pengalaman.

Set CMCC ini di serah pada 20.1.2009(malam), Oni sekeluarga on the way ke Keratung 7. Semalam (21.11.2009) tiba-tiba teringat CMCC ni. Risau balik, elok ke tidak masa sampai Keratung . Saya pun hantar SMS pada Oni tanya khabar CMCC aje he he he.

Jawab Oni:
"...rosak la kak......"

Berderau darah saya.......teruskan bacaan sms Oni dulu...

"...rosak sbb Danish tekan. Kami tak sedar dia dah pegang..tp tak rosak seme, dlm 3 biji....."

huh takut rosak atas kesilapan saya dari kurangnya pengalaman saya. Sebenarnya Danish yang comel tu dah geram dengan Upin Ipin dari mula dia sedar CMCC tu ada Upin Ipin kesayangannya. Agaknya sepanjang dalam perjalanan balik kampung mata dia tak lepas dari CMCC tu sambil berkata dalam hati "bila lah aku dapat pegang Upin Ipin nih".

Kesimpulannya saya lulus dalam ujian pertama ini walau pun tak cemerlang. Tunggu Oni beri markah betul ha ha ha

CMCRH untuk Lina Mentel


Si Lina Mentel ni kan siiiibuk suruh buatkan CMCRH untuk kawan dia walau pun saya kata saya tak sempat buat. Maka saya beri yang ni aje asal dia dapat apa dia nak. Dah dapat, senyaaaaap dia, tak cakap terima kasih pun kat ummi dia.

Lagi tanda kasih sayang ayah ibu untuk anaknya




Kali ini tempahan datangnya dari kawan kepada Puan Amilia(isteri ustaz Asjad). Mungkin ibu ini telah merasa CMC untuk anak puan Amilia sebab dia kata nak kek macam Puan Amilia tempah tempohari.
Walaupun pun tempahan datang pada saat-saat akhir, dengan kerisauan saya tak sempat buat dengan sempurna tapi saya tak sampai hati nak menolak maka ini lah yang terhasil.
Harap ibu kepada ADIK ini berpuashati dengan kek saya ini. dan saya mengucapkan terima kasih diatas kepercayaan kepada saya untuk menyerikan majlis harijadi ADIK.

Isnin, November 16, 2009

CMC hari jadi tanda kasih sayang ibu dan bapa







CMC kali di tempah oleh seorang ibu sempena hari jadi anaknya yang akan diraikan di tadika tempat anaknya belajar.

Sedap nama anaknya ini, macam nama orang arab.

CMCC drizzle dan CMCC berhias untuk Zura SK Bdr Jengka




45 biji CMCC drizzle coklat perisa oren dalam bekas kecil-kecil(permintaan zura)


Kali ini Zura SK Bdr Jengka menempah CMCC drizzle oren dan CMCC berhias dengan BC.

Rajin sungguh Zura menjamu rakan dan saudara.

Moga Allah murahkan rezeki Zura sekeluarga.

Dan akak ucapkan terima kasih pada Zura yang sentiasa memberi penuh kepercayaan dan keyakinan pada akak.
Saaaayang Zura.

CMC untuk Jamuan Kelas 'Ezz




Dengan kewangan kelasnya yang sedikit tapi masih mahu menjamu cikgu-cikgu dengan kek yang sedap, maka saya buatkan CMC untuk 'Ezz dan kawan-kawannya.

Ini pula saya beri percuma sebab takut CMC tak cukup

Khamis, November 05, 2009

Real chocolate




Lawa kan(puji sendiri la).....daaaan yang penting ianya sedaaaap


Hari Selasa baru ni 3.11.2009, buat choklar guna real coklat.

Kalau orang yang biasa buat, guna real choc memang bermasalah terutama macam saya yang maaaaalas buat kerja sekolah ni.

Kalau guna kaedah seeding, tak de j/suhu, kena buat test 5 minutes(test5). Lulus baru boleh proceed masukkan dalam acuan.

Jadi choc saya ni sampai kesudah tak lulus test5. Malas nak tunggu lebih lama, saya buat nutty choc.

Masalahnya mungkin, coklat saya ni, cara penyimpanan tak berapa betul, jadi kelembapan dalam coklat dah bertambah.

Jadi buat untuk maaakaaan je sambil nak test skill yang dah lama disimpan. Kalau guna compaund, tak de le masalah besar.

Lepas ni nak perabih real choc dalam simpanan saya tu, pas tu baru nak pi beli yang baru.

Isnin, November 02, 2009

CMCC hantaran pertunangan





Untuk Hantaran


Untuk makan-makan

CMCC kali ini ditempah oleh sahabat baru saya iaitu Watie dari Kg Bangau untuk majlis pertunangannya.
CMCC di topping dan dihias dengan BC. Watie nak dua set , satu untuk hantaran dan satu lagi untuk makan-makan bersama keluarga selepas penat menguruskan majlis pertunangan.

Saya ni kurang kreatif, jadi ni je yang terfikir, padahal jenuh round blog dan fp sahabat.

Harap-harap dapat memuaskan hati Watie dan keluarga.