Memaparkan catatan dengan label Kebun Kami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kebun Kami. Papar semua catatan

Selasa, April 06, 2010

Lada besar kami







Haaaa......nilah pokok cili besar kami. Tengoklah hasilnya.

Kat dalam peti ais ada lagi. Ada dua pokok je.kalau lah ada banyak pokok,kan best. Boleh jual, dapat duit belanja dapur.

Tapiiiiii nak jual kat sape ye

Rabu, Mac 24, 2010

Lada besar sudah MERAH



Haa.... ni sambungan cerita lada besar kami. Gambar-gambar ni saya ambil sebelum saya bertolak dalam kembara ilmu saya, 13.3.2010 yang lalu.

Seronoknya tengok ia memerah gitu. Tapi semua lada tu sudah selesai dimasak semasa ketiadaan saya seminggu yang lalu.

Jumaat, Mac 05, 2010

Pokok lada kami

Nak cerita kisah pokok lada besar kami la pulak.
Pokok ni Lina yang semai, Ustaz yang anggurkan.
Saya ni memang kuat berangan, suka pasang cita-cita. Anak-anak selalu ejek saya, kuat berangan. Saya kata"Ummi berangan bukan berangan yang sia-sia. Angan-angan tu kan doa"
Saya berangan ada kebun sayur. Ada pokok lada besar dan kecik, sayur-sayuran. Timun ke, petola ke, kacang ke kacang buncis ke. Apa-apa la yang orang guna setiap hari. Tapiiiiiii kat mana nak jual, macam mana nak pasarkan.......ish ish ish terbantut angan-angan saya.
Ada sapa-sapa boleh bantu saya????????

Gambar ni diambil pada 18.2.2010. Pokok yang sama dalam gambar di bawah tu


Ini lada besar. Yang bawah, saya saja zoom in lada yang besar-besar nih. Biar org geram. Lama juga nak tunggu dia jadi merah. Saya tau sbb pernah tanam masa kat SMK Seri Jengka dulu. Gambar ni diambil tadi 5.3.2010



Ini satu lagi pokok lada besar yang dah banyak buahnya

Ini ada 4 batang pokok lada besar yang masih kecil lagi



Ini pokok lada api. Ada lagi pokok lain. Banyak dapat, tiap-tiap haik mri kena petik tapi tersimpan aje kat peti ais. Asyik masak lemak cili api.

Khamis, Oktober 08, 2009

Kebun kami

Nak cerita pasal kebun kami la . Sebenarnya kebun Ustaz sebab banyak dia yang buat.




Ni pokok kunyit. Antara pokok yang terawal ustaz tanam. Mula tanam ari tu, keciiiik aje. Macam nak tak idup je. Alhamdulillah nampak sihat sekarang. Teringat rumah kawan Lina , Farah kat Pangsanam. Mak pak dia tanam pokok kunyit, punya lah banyak, geraaaam saya.







Ni pokok cekur. Lama dah kami bela, sejak kami baru kawin, duk di Sri Jengka dulu. Mulanya dalam loyang susu getah je. Pindah umah ni, ustaz pindahkan ke tanah, sama hari tanam kunyit di atas. Nampak elok walau agak tenggelam sebab tanah mendap.





Yang ni masih dalam pasu lagi. Tunggu masa sesuai nak alih ke tanah, biar dia bebas cari makanan sendiri. Kejamnya.......






Pokok apa ni? Cuba teka......Haaaaa ni lah sejenis pokok ginseng. Ada kawan saya tak percaya ni pokok ginseng sebab ginseng ni orang cina je suka. saya kan orang melayu. Saya dapat benih ni daari penngusaha Restoran samudera(sekarang dah tak ada), masa kami baru-baru kawin juga. Pindah Taman Medan PJ, kami bawa sekali. Ambooooiiiiiii membiak nya dia. Penuh kawasan belakang rumah kami. saya beritahu seorang guru Cina kat sekolah saya. Dia macam taak percaya, tapi bila dia bawa balik, rebus dan rasa, dia kata, memang ginseng.








Ni pulak pkok malberi. ambil di rumah Dr Rahimah semasa saya belajar buat coklat dengan dia. Ambil sebataang je tapi ustaz jadikan tiga. alhamdulillah hidup elok. senang hidup. Pucuknya buat ulaam tapi agak kesat. Buahnya boleh makan. Setakat ni saya dah rasa seulas sebab tu je yang ada he he he









Ni yang saya tanam. Bukan tanam pun, alih je. Saya geram tengok dia selonggok je. jadi saya alihkan. ustaz balik keje, saya sambil senyum simpul dengan bangganya tunjuk kat ustaz apa yang saya buat. Ustaz cuma senyum tengok isteri dia yang ngada-ngada nak menunjuk nunjuk kerja yang dia tak pernah buat kah kah kah......

Tapi kan macam nak mati je. Pagi dia tegak lawa, suka hati saya. tapi bila tengahari, mula dah layu. Puas saya pujuk depa suh tegak sepanjang hari. Ustaz kata,' hidup, jangan risau...'.

Sebenar saya ada alihkan 11 anak lada, tinggal 6 je. yang lain mati kena pijak agaknya semasa orang ambil kangkung raya ari tu. Orang lain mana tau ada nak lada kat situ kan kan kan....





Anak kelapa ni pulak, ustaz minta dari abangnya di Lancang.



Deretan serai, baru je tanam. ustaz juga punya kerja.








Serai wangi ni saya minta kat kawan di Taman perindu. alhamdulillah hidup elok cuma saya tak buang daun mati depa.






Anak kari minta dari kawan kat Taman Perindu juga, kak Bedah nama dia.



Ada lagi pokok yang tercerita nih. Nanti ada masa, kita sambung lagi........

Khamis, Jun 18, 2009

Kebun tembikai Ustaz

Pokok tembikai ni ustaz yang tanam. Ari kami makan tembikai(tak ingat dapat mana). Ustaz kumpul biji-biji dia.

Saya tanya: Nak bawa kemana tu?

Ustaz: Nak tanam

Saya: ha ha ha tergelak besar

Ustaz: Gelakkan ye...sambil dia senyum tengok isteri dia tergelak besar

Bukan nak pandang rendah usaha ustaz tapi macam budak kecik, selalu ni keje Lina dan Nasr. Korek lubang, buh semua biji.......

Ustaz pun kuar rumah. Pas tu saya lupa dah kisah ni. Tapi memang nampak tiap pagi dan petang lepas balik kerja, dia duk kat depan pasu, tapi saya tak tanya.

Ada satu ari tu, ustaz kata,"nanti tolong siram pokok ye?"

Saya memang tak layan benda kat luar rumah ni, konon banyak keje kat dalam...hi hi hi....

Waaaahhhhh.....banyaknya pokok tembikai.....

Haaa tu lah.....bukan nak nengok.....ha ha ha gelak lagi saya ni. Malu la kan.....

Banyak dah buah nya wei........ Jom nengok.....