Selasa, April 28, 2009

Terima kasih sahabat

Pengalaman dalam mendeko kek ni memanglah teramat cetek dan teramat sedikit. Selain berlatih sendiri sxaya menjalani latihan melalui tempahan sahabat.

Saya memang amat-amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang berani membuat tempahan untuk majlis besar mereka iaitu Wani Puteri dan adiknya untuk majlis perkahwinan mereka. Mulanya saya memang tak berani nak terima tempahan mereka sebab memang zero pengalaman (baruuuuuu je lepas habis kelas dgn zati masa tu). Tapi dengan penuh yakinnya, Wani nak juga tempah dgn saya. Terima kasih wani dan Yani.

Pas tu Faizah taman Sri Semantan tempah untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Dua tingkat punya pulak tu. Adush....boleh ke ni saya buat. Alihamdulillah dengan semangat yang dihembus oleh faizah, maka terhasillah kek itu. Terima kasih sekali lagi faizah.

Pas tu kek tiga tingkat pulak saya terima dari Faridah Stokis Cosway Temerloh sebagai hadiah kepada pelanggannya (majlis perkahwinan anaknya). Alhamdulillah siap juga tapi tak tau penerimaan Faridah dan pelanggannya, macam mana. Terima kasih juga Faridah ye.

Juga saya tak lupa pada Hafizah UiTM yang sanggup menanggung risiko menempah kek kahwin 2 tingkat dimajlisnya.


Keyakinan sahabat membreri semangat kepada saya untuk terus belajar menghias kek. Tanpa mereka ini, saya tak kemana dalam dunia bakeri. Terdengar-dengar juga ada orang yang tak berani nak tempah dengan saya sebab tak yakin hasil tangan saya dapat menceriakan majlis besar mereka. Ini juga memberi semangat kepada saya untuk terus berlatih dan belajar.

Kesimpulannya saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan juga tak lupa memanjatkan rasa kesyukuran saya kepada Allah swt kerana memberi saya ruang untuk menimba ilmu bakeri ini.

Rabu, April 22, 2009

Sejarah pembuatan BFC saya

Sha Puteri 10.7.2008


Hasni Puteri 18.7.2008
Ketua Bidang Puteri 26.7.2009


Wan Azlina Puteri 28.7.2008



Kak Siti Rokayah Puteri 29.7.2009


Sha Puteri 4.11.2009


Wan Azlina 9.11.2009


Nasr 30.11.2009

Hasni Puteri januari 2009



Pesta kek Hutan Hitam 17.3.2009


Pesta kek Hutan Hitam 19.3.2009



Pesta Kek Hutan Hitam 20.3.2009



Pesta kek Hutan Hitam 22.3.2009

Kak Ain UiTM 10.4.2009

Aimi TJ 10.4.2009

Salina Penang 11.4.2009

Fara UiTM Kuantan 11.4.2009

Lihat lah sejarah bagaimana Allah tarbiyyah saya membentuk kemahiran membuat kek kesukaan ramai. Allah hantar Sha sebagai pemula semangat saya. Terima kasih Sha.

Sebenarnya BFC ni tak de warna-warna tapi saya yang gatal tangan buat. Bukan apa sebagai ganti ceri marocino yang mahal tu tapi tak sedap dimakan dan saya pun tak yakin nak beli. lama kelamaan, ianya menjadi trade mark BCF saya. Ianya menjadi satu produk yang tak dijual dikedai bakeri lain. Eh ye ke....entah-entah kat Secret recepi pun cam ni juga. Apaapa pun saya tak ciplak mana-mana kedai. Allah yang beri ilham buat warna dan kepingan coklat sebagai hiasan BFC saya.

Pas ni ada yang tempah BFC yang warna gini gini gini.....dan saya suka juga dengan permintaan begini.....

Kek Black Forest Lagi


Kek ini pulak tempahan dari kak Ain UiTM sempena hari lahir anaknya. Kek ini akan dibawa ke sekolah anaknya. Tak ingat pulak tariknya bila. Kalau tak silap pada 10.4.2009.
Terima kasih kak Ain ya. lain kali boleh tempah lagi.

Kek Hutan Hitam

Ini untuk Aimi, saya copy dr blog Aimi sebab ari tu tak sempat ambil gambar.

Ini untuk Salina. Saya buat date dengan dia di depan sekolah rendah di Felda Pancing
Ini untuk fara. Kami berjumpa dengan tergesa-gesanya di Depan Klinik Sulaiman Kuantan.




Kek-kek ini saya buat khas untuk Aimi TJ, Salina(inasaly) Penang dan Fara UiTM Kuantan.

Aimi ni sebab dia selalu kata dia tak pandai buat black forest cake jadi saya buatkan dia satu untuk memberi motivasi agar dia ada semangat nak buat. Dah makan dapatlah gambaran macam mana nak buat, kan Aimi. Macamlah akak buat tu betul ......

Salina pulak, Allah susun dia akan berada di Kuantan semasa saya mengekor Ustaz ke Kuantan. Jadi disebabkan susah nak jumpa, almaklumlah jauh...saya buatkan satu untuk Salina, tanda kenangan.

Dan Fara pulak, tanda terima kasih saya padanya sebab sentiasa menolong saya jika saya berada di Kuantan.

Saya gembira kerana mereka suka dengan rasa kek saya itu

Isnin, April 20, 2009

Hobi Saya Dulu dulu

Secara peribadi saya ni sayang keluar duit untuk benda-benda yang rasa-rasanya saya boleh buat atau boleh dipelajari untuk membuatnya, saya akan buat sendiri. Jadi jimat sikit duit. kalau makanan, hati tenang nak makan sebab kita buat sendiri.

Dulu, pakaian saya, saya jahit sendiri. Mula jahit baju sendiri ialah masa sekolah menengah rendah. Buat baju kurung pesak. Emak tukang jahit. Mula-mula dia ajar saya buat tulang belut. dah pandai, ajar sembat (apa nama dia ye, yang sepanjang sambungan jahitan tu...). Dah pandai, ajar pulak sambung baju. Dah pandai, ajar gunting baju pulak. haaaaa bila dah tau aje buat dari A hingga Z, mak tak nak dah buatkan baju, semua jahit sendiri... bayangkan, menengah rendah. Tapi saya memang suka sangat belajar jahit.

Masa majlis nikah dan kenduri pun, baju jahit sendiri. Tapi tak lah glamour macam orang sekarang. Masa saya jadi pengantin dulu, pengantin dgn jemputan sama aje, agaknya orang tercari-cari pengantinnya mana. Yang bezanya saya pakai inai (itu pertama kali dan terakhir pakai inai he he he). Bakul telur pun saya buat sendiri dengan kawan di Felda Kg Awahh dulu(terima kasih kak jah), punyalah kedekut kan........bukanlah, nak jimat aje.

Tang masak pulak, memang dari sekolah dulu saya memang suka kumpul resepi. Jumpa kat suratkhabar, gunting dan lekat dalam buku. Tak pun salin semula. Pas tu cuba buat. Yang sedap,saya buat catatan.

Sekarang? Baju semua kena tempah sebab tak sempat buat padahal alat jahit semua ada kat rumah, mesin jahit tepi ada, mesin jahit lurus ada, mesin jahit antik mak pun ada sebab tak sempat jahit. Kalau tak, baju sekolah anak, jahit sendiri. Sempat juga saya buatkan baju raihan untuk ustaz 2 helai tapi tak lawa la, baruuuu je belajar masa tu.

Jumaat, April 17, 2009

Antara Dua Darjat 2

Ok Jom kita bezakan antara produk yang dihasilkan di rumah(R) dengan di kedai(K).

Bagi saya, bahagian yang paling penting disini ialah, produk R dibuat khas untuk pembeli. Maka gema niat dari pembuat memang untuk pembeli yang menempah. Macam ustaz bacakan doa aipada air lah kan. Air penawar itu khas untuk pesakit. kan spesel tu.......

Kesegaran produk juga adalah lebih baik produk R sebab ia dibuat setelah ditempah.

Pembeli merasa lebih yakin dan tenang dengan produk R sebab dia tahu siapa yang membuat produk itu. Dia yakin dengan pembuat produk, sebab itu dia memilih sipembuat untuk membuat produk yang dikehendaki itu. Kalau dia tak yakin tentu dia tak tempah pada orang itu kan....

Tentang harga, memanglah berbeza tetapi sedikit sangat perbezaannya. tapi dari segi manfaat tak siapa boleh menafikan produk R lebih banyak manfaat dan kebaikannya.