Memaparkan catatan dengan label kek cawan hari jadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek cawan hari jadi. Papar semua catatan

Rabu, Mac 07, 2012

CMCC untuk Suami Tercinta yang jauh dimata

 Dah tiga tahun, Ida minta saya surprisekan suami dia. Biasanya kek coklat tapi tahun ni Ida nak kek cawan pulak. Tadi pagi dah hantar dan seperti tahun-tahun lepas, saya tak pernah dapat mengenali suami Ida ni. Allah tak izin berkenalan dengan suami orang ha ha ha

Moga suami Ida bahagia hari ini dan hari-hari seterusnya. Dan semoga Ida gembira bila melihat foto kek cawan ini.

IDA,,,,,apa-apa nak komen beritau akak ek

DAN terima kasih bebanyak atas kepercayaan Ida pada akak. Moga Ida sekeluarga bahagia hingga ke syurga








Isnin, Julai 26, 2010

Happy Birthday Isya

Comei nya........



Bukan cc atau cmc nya yang comel tapi birthday girl ni yang comel.

Tapiiii..... ada gambar orang lain pulak.



ooooooo..... itu kakak birthday girl. Macam mana dia tau mak dia nak order kek untuk adik dia ye. Dah dia tau, dia nak juga la ada gambar dia atas kek kan..... Seperti biasa EI di tempah dari CT

Kek ni sebenarnya ditempah oleh Kelly, Penang untuk adik dia Nurul azlin, Triang. (di pass oleh Aimi yang tak sihat, Terima kasih Aimi)

Saya tak puas hati dengan hasil CMC7, sebab tak de hiasan dibeberapa EI nya. Tak sempat dah nak fikir sebab mengejar masa. Paaaanjang cerita dia. tak muat nak tulis( ish ish ish sebenarnya malas nak menaip hi hi hi).

Kek selamat diserahkan ke tangan Nurul Azlin pada 25.7.2010. malam (10 lebih kot) di The store Temerloh.

Layan aje lah gambar ni ye




Sabtu, April 17, 2010

Happy Birthday to my husband


Yang dua ni FOC je sebab ada lebih




Ini tempahan minggu sebelumnya 9.4.2010 untuk Azian UiTM. Birthday suami dia,katanya.

Siap malam tu,saya mengaruk ngan ustaz sebab tak laaawa sangat. Rasa nak ubah semua,tapi tak sempat dah, sebab dah malam. Ada lebih 2 biji, tulis sedikit ucapan dan beri aje pada Azian.

Nak nangis pun ada.

Aduhhhh tension tau bila hasilnya tak seperti yang kita harapkan. Teringin sangat nak buat-cantik-cantik macam orang lain buat. Tolong tolong tolong
Tapi petang tu Azian kata dia suka, simple aje tapi dia suka. Terubat sikit kerisauan saya

Sabtu, Januari 23, 2010

BFC untuk sambut ulangtahun kelahiran




BFC tanda ingatan kasih dan sayang seorang isteri kepada suaminya, tapi Hasni PUTERI gunakan anak-anak sebagai pelindung diri ha ha ha.

Hasni kata, dia tak beli dah BFC kat luar....Terima kasih Hasni atas kepercayaan dan sokongan Hasni pada akak. Moga kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Ahad, Disember 27, 2009

Untuk yang disayangi......


Dilla dari taman seri Semantan ingin mengembirakan hati sahabatnya dengan menghadiahkan set cmcc sempena ulangtahun kehadirannya. nama sahabat Dila, CT.


Dila beri cadangan hiasan cmcc ni beserta warna yang dikehendaki. Dila tak kisah bentuk hiasan asalkan cute. Alamak..... cute tu macam mana ek......


Buat cmcc Dila ni taklah tension sangat sebab dila dah beri idea cuma saya ubah sikit-sikit je.
Sehari selepas penghantaran, saya tanya Dila, "cute tak?.........."
Dila jawab,"cute sangat kak. Kawan birthday girl tu sukaaa sangat........"
Lega rasanya. Alhamdulillah dapat memenuhi harapan saudara saya.....Jangan serik order dari akak ye Dila dan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan Dila pada akak yang masih banyak yang perlu belajar. TQ TQ TQ

Ahad, November 22, 2009

CMCC Upin Ipin


Hah pertama kali dapat tempahan edible imej ni. Ini pun Aimi pass kat saya sebab tempahan dia dah full .

Mula-mula, ketaq juga nak terima tapi ini saya anggap satu lagi tarbiyyah dari Allah untuk saya menambah kemahiran. Biasanya, kalau saya mula sesuatu yang baru, akan ada ikutannya sebagai latihtubi yang Allah berikan pada saya melalui saudara-saudara yang baru saya kenali.
Syukur saya pada Allah atas tarbiyyah ini. Namun hati saya tetap tak lepas dari ketakutan dan kerisauan.

Banyak kali saya mengganggu cikgu saya Zati di Pekan dan Aimi yang dah terror sangat tuh untuk mempelajari tentang edible imej ni. Terima kasih bebanyak pada kedua orang ini.

Dan tak lupa juga terima kasih pada Oni yang menaruh sepenuh kepercayaan pada saya walaupun tahu saya ni cetek pengalaman.

Set CMCC ini di serah pada 20.1.2009(malam), Oni sekeluarga on the way ke Keratung 7. Semalam (21.11.2009) tiba-tiba teringat CMCC ni. Risau balik, elok ke tidak masa sampai Keratung . Saya pun hantar SMS pada Oni tanya khabar CMCC aje he he he.

Jawab Oni:
"...rosak la kak......"

Berderau darah saya.......teruskan bacaan sms Oni dulu...

"...rosak sbb Danish tekan. Kami tak sedar dia dah pegang..tp tak rosak seme, dlm 3 biji....."

huh takut rosak atas kesilapan saya dari kurangnya pengalaman saya. Sebenarnya Danish yang comel tu dah geram dengan Upin Ipin dari mula dia sedar CMCC tu ada Upin Ipin kesayangannya. Agaknya sepanjang dalam perjalanan balik kampung mata dia tak lepas dari CMCC tu sambil berkata dalam hati "bila lah aku dapat pegang Upin Ipin nih".

Kesimpulannya saya lulus dalam ujian pertama ini walau pun tak cemerlang. Tunggu Oni beri markah betul ha ha ha

Sabtu, Ogos 22, 2009

Selamat Hari Jadi MUAZ

Untuk anak tersayang yang baru sahaja dapat berkumpul sebagai satu keluarga. Sewmpena menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung Azian UiTM Jengka, CMCC disusun berbentuk nombor dua sempena umur MUAZ dua tahun.


Panjang cerita hingga keluar idea CMCC ni. Asal azian survey dijengka untuk kek nombor dua tapi besaar sangat, maka kami berbincang melalui telefon dan saya cadangkan cc sebegini. Eh eh alih alih azian minta saya buatkan

Siap bakar cc saya termenung lama depan deretan cc ni sebab tak de idea langsung.
Terima kasih pada azian yang menaruh sepenuh kepercayaan pada akak ye. Dengan kepercayaan itu, maka inilah hasilnya.








Sepatutnya ustaz bawa cc ni tapi entah macam mana Allah susun, ustaz terlupa. Adussss......macam mana ni. Cuba hubungi azian maka kami bercadang untuk beerjumpa di tol temerloh. Ini lah hikmahnya, kami dapa bersua muka. selalu melalui sms atau telefon sahaja.