Selasa, Jun 30, 2009

Khas untuk Suami tercinta

Pada 28.6.2009. Norli PUTERI hantar SMS, nak order kek span berperisa oren sempena birthday suami tercinta. Dia minta saya warnakan ikut warna jantan.


Jadi pada 29.6.2009 saya pun siapkan segala benda untuk kek ini. Tanpa saya sedari kek siap pada pukul 12 tgh malam. Baru teringat warna yang diminta bersifat kelelakian. Tapi saya buat hiasan yang feminin. Macam mana ni.


Sori lah Norli. Lupa dan kalau ingat pun tak tau, yg sifat kelelakian tu macam mana. Dan saya memang tak puas hati dengan hasilnya. Perlu pergi kelas lagi ni. Zati, tunggguuuu ......


Jom tengok gambar.




Khamis, Jun 25, 2009

CMC di Hari Koperasi SMKT Temerloh

Pada 23.6.2009, seorang sahabat hantar sms nak order CMCR,nak ambil pada pagi esoknya 24.6.2009. adush.....last minute order ni amat menyeram bagi yg amatur macam saya ni.

Tengahari saya pi dating dengan dia kat sekolah dia untuk bincang habis-habisan. saya kata kita kena timbangkan kumpulan sasaran kita, warga sekolah (pelajar dan guru) atau terbuka pada orang luar. Berapa gerai akan dibuka, adakah saingan produk yang sama akan dijual. saya tak mau kedua-dua pihak, saya dan sahabat menghadapi masalah jualan tak habis.

Maka dia berkeputusan untuk menempah 10 biji MCR dan CMCRH 3 biji sahaja. Namun semasa di rumah, Zawiyah hantar SMS minta buat CMCC jika berkesempatan.

Dengan itu saya mengadun kek untuk 3 biji CMCRH, 9 biji CMCR dan 10 biji CMCC. Malang sungguh, sebiji kek terjatuh semasadikeluarkana dari oven. Apa lagi, kek pecah. Alhamdulillah aluminium foil tak tertanggal, boleh buat makan-makan kat rumah.

Malam saya siapkan 2 biji CMCRH sebab sebiji dah pecah dan 8 biji CMCR. 1030 siap, tinggal nak deco CMCC 10 biji. tapi dah terlalu letih, insyaAllah buat sok, sempat kot.

Malangnya, tak tau mana silapnya, apa yg saya buat semua tak jadi. buat rosette tak lawa, buat flower drop tak lawa. jam dah pukul 7 pg. naka hantar nasr ke sekolah ni. Maka tinggallah CMCC.

Zawiyah kata, yang RM15 (CMCRH) yang habis dulu. Apa-apa pun Alhamdulillah , semua ni rezekiyang Allah kurniakan pada hambaNya.

Jom tengok gambar...


Bunga ros tu saya buat guna mold yang baru dibeli, nak cuba tengok hasilnya. saya tetap kurang berpuas hati dengana hasilnya. Tak pe...akan ku baiki lagi

Khamis, Jun 18, 2009

Kebun tembikai Ustaz

Pokok tembikai ni ustaz yang tanam. Ari kami makan tembikai(tak ingat dapat mana). Ustaz kumpul biji-biji dia.

Saya tanya: Nak bawa kemana tu?

Ustaz: Nak tanam

Saya: ha ha ha tergelak besar

Ustaz: Gelakkan ye...sambil dia senyum tengok isteri dia tergelak besar

Bukan nak pandang rendah usaha ustaz tapi macam budak kecik, selalu ni keje Lina dan Nasr. Korek lubang, buh semua biji.......

Ustaz pun kuar rumah. Pas tu saya lupa dah kisah ni. Tapi memang nampak tiap pagi dan petang lepas balik kerja, dia duk kat depan pasu, tapi saya tak tanya.

Ada satu ari tu, ustaz kata,"nanti tolong siram pokok ye?"

Saya memang tak layan benda kat luar rumah ni, konon banyak keje kat dalam...hi hi hi....

Waaaahhhhh.....banyaknya pokok tembikai.....

Haaa tu lah.....bukan nak nengok.....ha ha ha gelak lagi saya ni. Malu la kan.....

Banyak dah buah nya wei........ Jom nengok.....



coklat lagiii......




Putih putih tu bukan berabuk ke fat bloom ke, saya sapu ngan white cov . Ingat nak bg nampak tecture swirl tu, tapi tak lawa jadinya kan. Cuba warna lain pulak.


Semalam bertungkus lumus buat coklat. Nak try buat nanas semula dengan warna daun nanas. Dah ada alatan mewarna( adik belikan ari tu). Tapi tak lawa la pulak , cemot(bahasa masa kecik dulu) je.

Masih terlalu baru, jadi banyak masalah yang timbul. Tak pe. Belajar melalui pengalaman dan kesilapan yang dibuat. Pengajaran tu. Ilmu yang di dapati lagi bagus, lekat diingatan. Hmmmm......cikgu berceramah la pulak. Dah gian nak ngajar he he he

Malas nak cerita, layaannnn......

Kek 2 tingkat(stack) pertama ku



Dah lama nak cuba buat stack cake(betul ke terms ni) ni. Ada download dari you tube cara buat kek ni, tu yg berangan siang malam nak buat. Maka pada 17.6.2009 tercaai sudah impian saya.

Cuma saya masih tak puas hati hasil dekorasi kek saya ni. nampak kosong aje tapi nak tambah habih dah idea ni. yang penting kek ni kukuh sebab seharian kat luar peti sejuk dia masih tegap benrdiri tanpa ada yang mendap.

Yang penting beritau, kek ni dekorasinya 99.999% dari coklat, yang lainnya susu cair.

Jadi 100% boleh makan kesemua dan sedap emm yummy yummy..........

Disebabkan bukan atas dasar tempahan, pening kepala nak beri sapa.Anak2 tak de. Nak potong sendiri sayang pulak. Pisau dah siap kat tangan ni tapi tak sampai hati pulak.

Jadi sila lah jamu mata ek. Jika ada sebarang komen membina, dipersilakan ye. Kutuk pun tak pe lah sebab tau tak berapa menjadi.

Selasa, Jun 16, 2009

Lolichoc pertama saya

Pada 12..2009, saya bergegas turun KL (curi tulang, rumah sebelah ada rewang) sebab dah berbulan tak pi ziarah keluarga. Minggu lepas 7.6.2009 cuba turun KL tapi separuh jalan sebab kat Lancang sesak teruk.

Alhamdulillah kali ni jalan agak tenang, tak sesak dengan kenderaan. Rumah pertam api adalah rumah adik. Sambil menyelam minum air. Saya ziarah sambil ambil mold coklat yg adik belikan di Wilton. Pagi soknya lepas ziarah bapa, kami terus bekejar balik pulak sebab malu tak tolong rewang, hidup kena bermasyarakat kita nih kan kan kan. Saling tolong menolong.
Apa yang penting kerjasama.... he he he
14.7.2009, anak-anak nak balik asrama, jadi saya cuba buat lolichoc pertama saya. Disebabkan mengejar masa, saya tak kaler-kaler pun. Takut anak tak sempat rasa. Guna white coverture. Aduh mak....manis sungguh. Lain kali buat guna milk choc lah. Kaler je guna white.....

Sila lah jamu mata ye......

Isnin, Jun 08, 2009

Cokelat lagi

Hari Jumaat 5.6.2009 buat coklat lagi selepas tertangguh tangguh nak buat cokelat.

Ustaz balik dari solat Jumaat kata,"tahniah, tahniah" sebab dah berapa kali kata nak buat
tapi tak buat buat.

Yang bentuk nanas tu inti perasa oren sebab tak ada perasa nanas. Tekstur luar tu, white corverture choc diwarnakan oren dan di sapu pada acuan, pas tu isi coklat dan inti.

Lepas keluarkan daripada acuan, saya tak puas-puas menatap coklat bentuk nanas ni. Tak tau kenapa. Kagum sangat saya pandai buat coklat bentuk nanas ni he he he. Sebenarnya saya sendiri tak percaya saya boleh buat. Tu yang laaaama tengok coklat nanas tu. Macam dalam mimpi aje tau......


Rabu, Jun 03, 2009

Coklat lagi

Ni ada lagi gambar-gambar cokleat yang saya buat. Silalah jamu mata














Semua ini perlukan pembaikan. Masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan yang penting saya perlukan banyak lagi latihan.

Cokelat ku untuk dijual

Kali ni nak tunjuk lah coklat saya (cubaan kali ke empat). setelah 3 kali buat, ada aje yang kurang memuaskan hati, saya pun fikir punya fikir apa silap saya, maka cuba lagi. Alhamdulillah jadi.

Ini lah hasil nya.


4 biji dalam kotak ekslusif: RM6.50

6 biji dalam bekas kotak plastik ekslusif: RM7.50


15 biji dalam bekas bentuk hati: RM18.00

Lebih daripada 100 biji tanpa bekas: RM0.90 sebiji

Aneka jenis:
1. Bubble rice
2. kacang
3. Inti Oren
4. Strawberry

Akan menyusul beberapi inti dan perasa. Doakan kejayaan saya ye teman-teman....


Sesiapa yang berkenan dan tergerak hati nak makan coklat ni, jangan malu-malu silalah hubungi saya ye.

Malas tahap kayangan nih

Ya Tuhan..... apalah sejak kebelakangan ni saya terlalu malas nak buat itu, nak buat ini di rumah. Nak buat roti malas, nak buat coklat malas. Apa apa je lah. malaaaaas sesangat.

Jadi dua hari lepas kot, saya buat muhasabah diri. Tanya diri sendiri, mengapa tiba-tiba sikap buruk ni melanda diri. Setakat ini saya buat kesimpulan bahawasanya saya telah meletakkan diri saya jauuuuuh dari Allah.

Solat dhuha dah jarang-jarang dah. Dulu masa ada pusat rawatan , selalu buat, hampir setiap hari.

Hadiah untuk emak di alam barzah dah jarang sangat, selalu buat dalam kereta aje, baca surah al-fatihah aje sepanjang bawa kereta. Dulu hampir setiap hari mengaji, paling-paling 2 mukasurat.

Ngaji pun dah jarang-jarang sangat nih. aduuuh apa nak jadi ni.....

Teruk sangat dah ni. kalau nak kira cedera, cedera parah, nazak dah ni.

Jadiiiii, kak rikha oooiiiiii.... cepat-cepat lah masuk balik ke jalan lurus yang Allah dah suluh kan tu ye.

Ya Allah, ampunkan dosa-doa hambaMu ini. Ampunkan aku diatas kelalaian aku dalam menyembahMU, ya Allah. Jangan lah kau pesongkan hati ku ini setelah kau tunjukkan jalan yang lurus.

Aaaamiin...........