Rabu, November 10, 2010

aksi-aksi arnab kami

Semua aksi ini dirakan pada pagi 8.11.2010.

Arnab kawan kucing

Kali ni nak tunjuk aksi rabbit putih saya dengan ibu kucing saya. Betapa mesranya mereka.Tak gaduh gaduh pun.

Ahad, November 07, 2010

Lagi gambar anak kucing

Ni beberapa lagi gambar anak kucing yang di lahirkan di perpustakaan kami.

Gambar tak berapa jelas sebab bilik gelap dan maknya marah. meong meong........ dia bising, takut kita ambil anak dia. Gambar-gambar dan video ini diambil pada 31.10.2010.








Shiaaannn anak kucing ni , selsema agknya sebab asyik bersin aje. Cuba lihat ni.....


Sabtu, November 06, 2010

Kedai Kek dan Cafe kepunyaan MUSLIM di Temerloh

Kedai ni baru je di buka dengan rasminya pada 2.11.2010. Ianya dimiliki oleh 100% orang Islam iaitu En Zahari dan isterinya Eyra. Premis ini terletak sebaris dengan Bank CIMB.

Saya tak pandai nak cerita lebih lanjut tentang produk yang disediakan oleh Eyra dan suaminya. Yang pasti ada aneka roti, minuman dan kek. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, marilah kita serbu kedai yang diusahakan oleh orang Islam ini.

Kalau tak kita , siapa lagi yang nak tolong dan memajukan orang Islam kan.

Zahari telah berkorban banyak dalam memulakan perniagaan ini. Dia sebenarnya bekerja dengan gaji yang agak lumayan di luar negara, engan cabaran dari keluarga lagi. Tak ramai yang sanggup melakukan pengorbanan ini. Namun masih ada banyak lagi untuk Eyra dan Zahari perlu berkorban.

Contohnya seperti menambah ilmu tentang produk yang dihasilkan. Untuk itu, ramai yang perlu berkorban, Zahari, Eyra mahupun anak-anak yang masih kecil sebab ilmu yang dicari tak mungkin selalunya berada berdekatan dengan kita. Kita perlu berjalan jauuuuuh dari tempat kita tinggal, jauh dari keluarga yang kita sayangi. Namun demi mencari ilmu, pengorbanan itu perlu.

Saya dulu pun gitu juga. Hingga kini kadang-kadang terpaksa meninggalkan Ustaz yang amat saya sayangi itu ha ha ha. Sebab sayang nak tinggalkan ustaz, saya kena fikir banyak perkara seperti tarikh kursus, tempat kursus, kemudahan kenderaan, tempat bermalam jika perlu(ni, kalau boleh, saya nak elak). Namun semuanya adalah bergantung pada ketentuan dari Allah. Kita hanya boleh merancang tetapi perancangan Allah adalah lebih baik.

Jadi, marilah kita meraikan pengorbanan Zahari dengan.....

Jom jom jom, jom pergi cafe Eyra he he he

Happy Birthday to Me

Pagi Khamis 4.11.2010, kami menyerahkan kek ini ke Lilik di Hospital Temerloh. Tak pernah jumpa Lilik dan memang tak kenal Lilik langsung.

Macam mana boleh Lilik order kek? hmmmmm......ni sebab kak Zue yang promote pada Lilik lah. Terima kasih kak Zue....

Sebenarnya, Lilik nak kek ni petang Jumaat 5.11.2010 tapi tiba-tiba emak dia ajak balik Kelang petang Khamis. Lilik telefon saya petanggggg Rabu. Adushhhh toing toing toing ... tengah sibuk menyiapkan kek coklat dan kek oren ni. Sempat ke idak ye.

Bincang dengan ustaz....ustaz kata buat lah. Saya ni bimbang tak sempat sebab esoknya (khamis, 4.11.2010) saya ikut ustaz pi kerja sebab kesian kat ustaz kena bawa tray kek lagi nak bawa beg kerja lagi.....Kalau tak, boleh aje buat pagi Khamis tu.
Lepas maghrib, saya mulakan operasi untuk Lilik. CMCR tak siap lagi tu....he he he. Saya ni memang lembap buat kerja. Sementara bakar kek Lilik, saya sudahkan CMCR yang 12 biji tu.

Siap coating kek, buat bunga pulak. Alhamdulillah ganache khas untuk bunga coklat dah memang ada. Kalau tak memang buat yang ringkas aje lah jawabnya.

Tinggal nak tulis ucapan dan border di atas je. Kena tunda esok sebab coklat ganache buat hal pulak. Paaaagi sok lepas solat subuh, terus siapkan kek. Dah tu suruh dia posing pulak. Lotih kek tu he he he....

Alhamdulillah dalam 7.30 am kami bertolak keluar terus ke Hospital Temerloh menghantar kek. Masa taaruf, rupanya ayah Lilik tu saya kenal dan dia pun kenal ayah Ustaz sebab dia orang Penak. Kecik betul dunia kan.

Esoknya (Jumaat, 5.11.2010), saya tanya kabo kek pada Lilik. Selamat ke kek tu sampai Kelang. Rosak tak hiasannya?
Jawab Lilik:
"....kek tak sempat sampai kampung sebab habis kat hospital..."

"....kawan mak kata sedap, suka. Saya dapat rasa sikit je. Tak puas makan......."

Lega hati saya. Bukan nak bangga tapi syukur sangat doa termakbul dapat memuaskan hati pelanggan. Yang sedap tu datang dari Allah kan. kalau dia kata sedap....maka sedaplah jawabnya. Semua tu kuasa Allah kan. Kita hanya boleh buat, yang lain serah pada Allah je...

OK Lilik, lain kali boleh order lagi, makan sorang-sorang pulak he he he



Jumaat, November 05, 2010

Majlis akhir tahun

Pagi 2.11.2010, kek dan kek cawan ini telah diserahkan pada Ustazah Ruaaian UiTM(mewakili anaknya Nor Khalisah)

Nor Khalisah menempah sendiri melalui email. Ini projek dia dan kawan-kawan sekelas dia.

Respon Nor Khalisah dan kawan-kawan dia cukup baik. Istimewanya, cikgu mereka juga merasa kek coklat ini.

Terima kasih sekali lagi Norkhalisah. Lain kali boleh order lagi ye




Khamis, November 04, 2010

Tanggungjawab

Sekarang i kan, kami suami isteri tak leh pi mana-mana lama-lama. Paling lewat pi pagi, petang mesti bekejar balik.

Dulu, "Kesian rabbit lapar" ustaz kata.

Sekarang tanggungjawab lagi bertambah sebab ada anak kucing 2 ekor yang comel.

Nak fikir makan depa lagi. Mana nak fikir emak kucing suka bawa lari anak-anak dia lagi.

Sekarang kan, bangun pagi, saya pi cari anak kucing dulu. Comellllll sangat.

Nanti saya cerita pasal depa ni beserta gambar. La ni tak boleh, sebab ngekor Ustaz ha ha ha.