Ahad, Oktober 09, 2011

BFC untuk Kak Ain

Kak Ain tempah lagi BFC. kali ini sempena harijadi anak sulungnya,belated sebab masing-masing terlupa sehingga yang empunya diri mengibgatkan ibunya. Tak pe Along, itu bukan tanda mak sayang kan. Kita pun kadang-kadang sendiri lupa hari istimewa ibu kita........

Sebenarnya saya buat dua biji kek ni. Cerita selanjutnya pada entri selepas ini ye.........






Isnin, Oktober 03, 2011

CMCR9

Kek ini ditempah secara rahsia oleh Zainun dan anak sulungnya sempena harijadi suaminya Norbawi.

Zainun yang simple sahaja berdasarkan budget yang ada.

Kek ini bersaiz 8 x 8 inci dengan beratnya lebih kurang 1.5 kg. Hanya di tutupi dengan choc ganache dengan sedikit lorekan coklat berperisa oren diatasnya. Biasanya tulisan ucapan akan dikenakan caj tambahan.


Rabu, September 28, 2011

Nasi Arnab

Bukan salah taip tau????? Memang Nasi arnab. Hari Isnin baru ni, Ustaz sembelih seekor arnaba yang kami bela sebab nak kurangkan keahlian(rumah dah penuh). Jadi semalam (selasa) saya buatlah nasi arnab.

Alahhhh nasi ayam tapi guna arnab je... he he he.

Resepi????

Saya guna resepi Nasi Ayam Penyet tapi sos guna resepi nasi ayam.

Yang ada buka kedai makan, boleh cuba jadikan ini sebagai menu kedai anda. Selamat mencuba.




CMC + Blueberry Untuk suami terCINTA

Ini tempahan dari Ustazah Norhafizah UiTM Jengka untuk suaminya. Nak kek Coklat Lembap tapi nak filling dan topping blueberry. Harap-harap gabungan ini memenuhi citarasa Fizah dan suami ye....

Hingga saat ini, fizah masih tak kata apa-apa kecuali dia kata hiasan tetap elok walau tak bukak semalaman di rumahnya(nak surprisekan suaminya tu)




Inilah rupa kek itu, tak lawa kan tapi itu lah yang mampu saya buat.


Yang ini sebelum bunga diletak

Ini pula , latihan yanag saya buat sebelum saya tulis atas filling bluberry. kan lain hasilnya.....

Khamis, September 22, 2011

Nak jamu kawan makan????

Tadi baca kat fb Kongsi resepi. Cerita nak buat nasi lemak untuk jamu 100 orang,

Panduan: 1 kg untuk 10 orang.

Kalau ada menu sampingan, boleh kurangkan sedikit. Dalam 8 kg OK lah agaknya. Apa-apa pun ukuran ni terlaltu subjektif. Kita kenal tetamu kita, kita boleh agak engaan panadaauan yang berguna ini.

Isnin, September 19, 2011

CMC9 untuk Myra


Dah lama nak susun bunga begini, baru ni lah jadi. Puas hati aku... he he he


Tapi tak puas hati dengan susunan daun nih....

Sabtu, September 17, 2011

Majlis Perkahwinan adik Hazura J22 - Nik Hasmah




Ni pulak kek Oren sebagai balasan hantaran. Kata Zura nak ganti mkek lapis yang dibatalkan tempahannya





Ni set CMCC untuk dibuat balasan hantaran




Ni kek Coklat yang saya gantikan yang rosak tu. Besar dari asal(Allah susun memang pagi Jumaat, saya bakar kek lebih tapi besar). Deko ringkas aje, topping atas aje. tulisan dan bunga saya bagi free sebab saya rasa agak bersalah kek berhias dia rosak.



Kek ni untuk makan-makan selepas majlis Hasma tapi sedang buat sentuhan terakhir, dia jatuh pulak. Dalam pukul 12 tengah malam. Adush dush dush. Buat-buat nangis....Lina pujuk" tak pa Ummi. Ada hikmahnya ni....." wahhhhhh pandainya dia pujuk dengan kata-kata hikmat hi hi hi. Sok pagi-pagi, bincang ngan Zura, buat lain tapi yang ringkjas aje.