Selasa, Mac 27, 2012

Untuk makan-makan sekeluarga dari Hana


  Kek ini ditempah oleh Hana, Teluk Sentang. Dia nak makan-makan ngan family dia.

Walaupun order last minute, Alhamdulillah Allah beri ruang dan kesempatan untuk menyiapkan kek ini.

CMC yang simple dan murah :
Saiz: 9 inci
Berat: lebih kurang hampir 2 kg kot
Harga: RM30 je sebab just tuang choc ganache, tak payah lepa elok-elok.

Terima kasih Hana.

Malam sms Hana tanya khabar. Alhamdulillah, respon yang baik dari hana dan keluarga. Lega hati saya.







Isnin, Mac 12, 2012

Tempahan daripada Zura SK Bdr Jengka, Pahang

Lama tak dengar berita daripada Zura ni. Tup tup dia tempah dua set kek cawan ni.

Malam nak menyiapkan set ini(malam jumaat) rumah saya di masuki air. Air tu kata,        "tumpang lalu tuan rumah". Dia datang dari belakang rumah. Masa tu, kami baru sahaja selesai menunaikan solat isya'. Saya nak menyambung kerja-kerja menyiapkan set kek cawan ini. Air dah memenuhi ruang belakang dan dapur.

Apa lagi, kelam kelibut kami menahan air, memindah barang-barang atas lantai. Siap semua kerja dalam 11 lebih. Ustaz dah zzzzzz keletihan mengelap lantai rumah.

Mulanya, saya rasa macam nak telefon Zura, nak batal satu set sebab satu set dah hampir siap. Namun dengan kekuatan yang Allah beri, alhamdulillah siap juga akhirnya walau tak cemerlang.

Terima kasih Zura.








Rabu, Mac 07, 2012

CMCC untuk Suami Tercinta yang jauh dimata

 Dah tiga tahun, Ida minta saya surprisekan suami dia. Biasanya kek coklat tapi tahun ni Ida nak kek cawan pulak. Tadi pagi dah hantar dan seperti tahun-tahun lepas, saya tak pernah dapat mengenali suami Ida ni. Allah tak izin berkenalan dengan suami orang ha ha ha

Moga suami Ida bahagia hari ini dan hari-hari seterusnya. Dan semoga Ida gembira bila melihat foto kek cawan ini.

IDA,,,,,apa-apa nak komen beritau akak ek

DAN terima kasih bebanyak atas kepercayaan Ida pada akak. Moga Ida sekeluarga bahagia hingga ke syurga








Isnin, Februari 13, 2012

iKHLAS DARI zANA


Set ini adalah tempahan dari zana Jengka 11, untuk dihadiahkan kepada sahabatnyapada 21.1.2012. Baik zabna ni, selalu tempah CMCC untuk dihadiahkan dimajlis istimewa rakan dan saudaranya. Moga sentiasa murah rezeki ya Zana




Ahad, Februari 12, 2012

Majlis sambut menantu

Dua set kek cawan ini adalah untuk majlis pernikahan di Kuantan pada 5.2.2011 iaitu pada hari Ahad








Kek 2 tingkat yang tak berapa nak lawo ni hi hi hi pula untuk majlis sambut menantu di bandar Jengka pada 6.2.2012 iaitu pada hari Isnin.










Yang bawah ni pula, kotak-kotak untuk doorgift. Isinya ialah kek cawan(CMCC). Lupa nak ambail gambar dia. yang dah siap pun lupa juga. Ini pun anak sulong saya yang ambil gambar-gambar kotak ni he he he











Sabtu, Februari 11, 2012

CMCC untuk Masehah UiTM Jengka

 Set CMCC ini adalah tempahan dari Puan Masehah UiTM Jengka pada 26.11.2012. baru ni lah dapat masukkan dalam blog. maaf sesangat sebab terlalu menyibukkan diri hi hi hi






Jumaat, Februari 03, 2012

Tempahan dari sahabat Siti Zawiyah

Semua CMCR (12 biji) ini adalah tempahan dari seorang sahabat sempena meraikan perkahwinan anak perempuannya.

Zawiyah meminta semua kek ini diletakkan di dalam casing kerana senang untuk dihidang terus dia atas meja hidangan. Senang tak perlu basuh pinggan kotor. Jimat masa, tenaga dan ruang. Bijak bijak.

Semasa menghadiri majlis ini, saya pun setuju dengan idea ZZawiyah ni. Memang sesuai sangat, siap dihiang dengan penutupnya(tak perlu risang dengan bendasing, kekotorang. Sangat-sangatt setuju .

OK sesiapa yang inginkan tempahan seperti ini untuk sebarang majlis bolehlah hubungi saya ya.

Terima kasih Zawiyah atas semuanya.









Ini adalah potongan kek yang terakhir sekali ha ha ha. Anak-anak malu sesangat bila umminya nak ambil gambar kek ini. Jadi saya pi jauh-jauh daripada mereka