Khamis, April 12, 2012

BFC tempahan kak Ain UiTM Jengka - 12.4.2012

 2 minggu lepas kak Ain tempah kek ni untuk birthday putri bungsu dia pada 11.4.2012 tapi sebab hari tu cuti umum (pertabalan Yang di pertuan Agung) maka ditangguhkan pada hari ni.

tak tahu kenapa, kali ni keknya lembut sangat jadi tak berani nak buat 3 lapis seperti biasa. Saya buat 2 lapis dan letak lebih sikit ceri dia dan bug atas swirl atas kek tu (biasa buh ceri warna warni atau coklat berperisa).

Harap Anak kak Ain suka.






Jumaat, April 06, 2012

Selasa, Mac 27, 2012

Untuk farah sekeluarga

 Kek ni saya saja buat masa saya buat kek untuk PUTERI.

Bagi percuma je tanda terima kasih kerana bagi guna mesin tebu. Sekarang try nak beli terus. Moga Allah permudahkan urusan ini.

Apa-apa pun kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayah farah dan keluarga farah.


Moga seronok gan gembira menikmati kek ini ya.








Untuk Warga SMV PUTERI

 Kek ini ditempah oleh kak Mala SMV Puteri pada Jumaat lepas. masa tu tengah drive dari Jengka ke Temerloh. Perbualan disambung di rumah. kak Mala kata nak surprise Pengetua.kak Mala minta kek ini di hantar ke Ustazah alwiah pada petang ahad(25.3.2012) sebab nak digunakan pada pagi Isnin waktu perhimpunan.

Pagi sabtu, saya ke KL(ada seminar). Sampai rumah semula pada pagi Ahad lebih kurang 3 pagi(tumpang kawan je sebab pi seorang). maka selepas solat Subuh saya pun bergegas buat walaupun mata mengantuk lagi. Siap  bakar kek, buat choc ganache. Lepas tu siapkan choc ganache untuk bunga pulak(Guna coklat berperisa mangga).

Lepas zohor, saya mula mendeko. Alhamdulillah sebelum asar siap dan plan nak hantar lepas solat Asar ke rumah ustazah Alwiah.

Saiz: 9 x 9 inci
Berat: Hampir 3 kg
Harga : RM135 tetapi bagi diskaun menjadi RM115 sahaja. Untuk kali je ye kak Mala he he

 he

Pagi Isnin, saya tanya kak Mala khabaran kek. Kak Mala kata kek Ok tapi belum makan sebab Pengetua tak masuk pejabat lagi...Pulak.........Tak jadi surprise la kot......






Nasi mandhy dan Arnab tandhoori

2 minggu lepas kot saya masak nasi mandhy dan buat arnab tandhoori 6 ketul.

Huh sedaaaappppppp sebab tu gambarnya macam gini .masing-masing tak sabar nak makan, jadi terlupa nak ambil gambar. lagipun bkan budaya saya ambil gambar hasil masakan saya hi hi hi kecuali kek lah.