Khamis, Jun 25, 2009

CMC di Hari Koperasi SMKT Temerloh

Pada 23.6.2009, seorang sahabat hantar sms nak order CMCR,nak ambil pada pagi esoknya 24.6.2009. adush.....last minute order ni amat menyeram bagi yg amatur macam saya ni.

Tengahari saya pi dating dengan dia kat sekolah dia untuk bincang habis-habisan. saya kata kita kena timbangkan kumpulan sasaran kita, warga sekolah (pelajar dan guru) atau terbuka pada orang luar. Berapa gerai akan dibuka, adakah saingan produk yang sama akan dijual. saya tak mau kedua-dua pihak, saya dan sahabat menghadapi masalah jualan tak habis.

Maka dia berkeputusan untuk menempah 10 biji MCR dan CMCRH 3 biji sahaja. Namun semasa di rumah, Zawiyah hantar SMS minta buat CMCC jika berkesempatan.

Dengan itu saya mengadun kek untuk 3 biji CMCRH, 9 biji CMCR dan 10 biji CMCC. Malang sungguh, sebiji kek terjatuh semasadikeluarkana dari oven. Apa lagi, kek pecah. Alhamdulillah aluminium foil tak tertanggal, boleh buat makan-makan kat rumah.

Malam saya siapkan 2 biji CMCRH sebab sebiji dah pecah dan 8 biji CMCR. 1030 siap, tinggal nak deco CMCC 10 biji. tapi dah terlalu letih, insyaAllah buat sok, sempat kot.

Malangnya, tak tau mana silapnya, apa yg saya buat semua tak jadi. buat rosette tak lawa, buat flower drop tak lawa. jam dah pukul 7 pg. naka hantar nasr ke sekolah ni. Maka tinggallah CMCC.

Zawiyah kata, yang RM15 (CMCRH) yang habis dulu. Apa-apa pun Alhamdulillah , semua ni rezekiyang Allah kurniakan pada hambaNya.

Jom tengok gambar...


Bunga ros tu saya buat guna mold yang baru dibeli, nak cuba tengok hasilnya. saya tetap kurang berpuas hati dengana hasilnya. Tak pe...akan ku baiki lagi

2 ulasan: