Rabu, Oktober 27, 2010

Pada pagi 19.10.2010 dalam pukul 7 kot(sebab masa ustaz tak pi kerja lagi) kucing yang menumpang kasih kat rumah saya telah melahirkan 2 ekor anak.

Pagi tu semasa kami sedang minum, ibu kucing tunjuk sikap lain macam. Tapi memang tiap-tiap hari gitu, meong, meong...... tapi pagi tu naluri keibuan ku sekali lagim merasakan dia nak beranak.

"Bang, dia nak beranak kot, siapkanlah tempat dia"

DAN Memang benar dia beranak laaa ha ha ha

Pastu saya siiiibuk nak tengok dia beranak, ustaz tak bagi. Sebenarnya darim kecil lagi saya memang berangan nak tengok kucing beranak. Pernah sekali dapat peluang nak nengok tapi emak pulak ternampak. Dia pun tak bagi nengok. Dah tua-tuia ni nak tengok pun tak dapat huwaaahhhh.....nak tengok jugak, nak tengok jugak. Tapi saya ni isteri yang taat, tak pi tengok dah .......

Tunggu punya tunggu, 2 ekor aje yang keluar. pas tu tak de dah .......

Masa dia belum beranak dulu, saya selalu pesan dengan dia, ' Nyong, nanti beranakkan anak yang comel tau!!! Macam anak kucing Pak Long(sepupu ustaz) tu tau!'

Kelako betul, alih-alih dapat yang comel juga ha ha ha.





Masa ni emak dia tak de. saya curi bawa keluar dan ambil gambar dia pada 22.10.2010 . Umur dia dah 4 hari.



video

Tak leh lama rakam, takut mak dia mai... hi hi hi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan