Jumaat, Februari 18, 2011

Akak buat kelas deco tak?????

Sudah ramai yag bertanya soalan ini pada saya....

Sebenarnya, jauhhhh di dalam hati, naaaakkk sangat berkongsi ilmu yang tak seberapa ini dengan seberapa ramai orang. Secara tak formal, saya buat jugaklah bila kawan-kawan tanya.

Nak buat kelas formal memang menjadi harapan saya. Ustaz pun memang galakkan sebab bila dia dengar orang minta ajar, ustaz kata buatlah kelas, bila lagi nak ajar orang......(lebih kurang gitulah dia cakap....).

Tapi masalahnya, kelengkapan tak sesuai untuk buat kelas. Ruang di rumah pun tak berapa sesuai. Namun, saya selalu berdoa agar Allah memberi laluan mudah untuk saya menzahirkan angan-angan saya ini.....

Sahabat semua, suamiku, anak-anak ummi, doakan ye agar ini semua menjadi kenyataan.

p.s: cita-cita masa kecik(sekolah rendah) dulu, nak ajar kawan yang nak belajar sebab dulu saya bukan pandai sangat(tapi cikgu suruh duduk dgn budak hebat-hebat sbb dia kata saya pandai jugak, math je yang 100%) tapi bila tanya kawan yang pandai(yang duk dekat dengan saya tu) dari saya, depa tak nak ajar sebab agaknya saya ni comoot dan tak lawa (sampai sekarang gitulah saya, comooot je tak lawa ha ha ha). Jadi bila saya ada kelebihan sikit(ilmu la), maka saya pun sukaaaa kongsi apa yang saya ada(ilmu juga la tu sbb saya bukan kaya pun) dengan kawan-kawan yang minat nak cari ilmu. Perkongsian ilmu bukan hanya boleh berlaku pada guru saja tetapi boleh berlaku dalam pelbagai cara, kan kan kan........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan