Jumaat, April 01, 2011

Waffle dan waffle maker: Pencarian ku

Entah mengapa akhir-akhir ini saya begitu bersemangat nak buat waffle sendiri. Mungkin kerana selalu beli di Cafe UiTM Jengka ni dan anak-anak suka. Bankrap macam ni, sekali beli RM10 untuk 4 keping, campur jagung lagi secawan RM2.50. Satu mana cukup kan. Maklumlah anak ramai hi hi hi (4 orang je) dan sedang kuat makan dan kuat menghabiskan duit ummi abi dia.

Maka saya pun round the world mencari resepi waffle nih. kalau boleh nak elak guna premix, baru tenaaaaang nak makan. Alhamdulillah jumpa banyak versi dan ada seorang adik(ye kot sebab baru habis belajar kat UiTM Shah Alam) beri resepi yang dia guna untuk dia berniaga di kampus dia dulu(kagum dengan budak ni).

Nak tau, saya siap pi jumpa boss yang buat waffle ni di cafe UiTM Jengka ni, sebab nak belajar bancuh adunan. Dah ada gambaran sikit. Terima kasih dik(dah tolong ajar tapi nama tak tau, hampeh saya ni), beri akak peluang tambah ilmu ni. Moga adik bertambah maju dan bertambah cawangan (bukan cawangan itu ya....). Dia dah ada dua cawangan, satu lagi di R&R Temerloh, (isteri dia jaga)

Saya juga meletak harapan tinggi untuk pandai membuat dan menghasilkan waffle yang sedap dan wangi. Filling yang ada tanda halal JAKIM dah jumpa juga. Sekarang tinggal waffle maker je lagi tak de ha ha ha. Cuba buat dengan sandwich maker kat rumah, tapi tak garing macam yang beli.

Sekarang ni round the world sekali lagi, lagi mencari waffle maker pulak. Yang industrial, dah survey juga. Yang single, makan RM400. Yang double dalam RM900 kot , ikut brand lah. Setakat ni nak machine yang domestic punya. Untuk keluarga aje dulu, dah pakarrrrr nanti baru beli yang industrial punya. Waaahhhhh macam hebat aje saya ni kan.

Hajat hati kalau boleh biarlah ilmu ni boleh mencambahkan pendapatan kami sekeluarga. Ilmu yang boleh dimanfaatkan. Paling-paling, boleh dijadikan menu istimewa bila ada tetamu datang. Nak tetamu jadikan kedatangan kerumah kami satu kenangan indah. Sebaaaaab mana ada majlis atau apa-apa function kat rumah, orang hidang waffle fresh from waffle maker kannnn. Manfaat juga tu kan. Mohon yang terbaik dari Allah untuk kami sekeluarga khususnya, juga untuk Islam keseluruhannya.

Anak saya pun memanglah berhajat bebenor nak berniaga waffle ni disekolahnya. Sabar wak sabar. Biar ummi cuba dulu. Budak ni memang minat berniaga macam ummi dia, apa-apa semua nak dijadikan bahan jualan ha ha ha


Ni lah waffle TAKADA yang saya jumpa di MYresepi dan blog kak UMMI Kuantan. Gambar ni pun saya ambil di blog kak Ummi. Puas dah round the world, hingga saya jumpa syarikat TAKADA ni di Sri kembangan. Dia kata cuba di TESCO. Kak Ummi pun kata ada blogger yang dapat beli di TESCO. ADa maklumat kat Myresepi pun dia kata di beli di TESCO.

Pagi tadi adik ipar(Tinggal di Ampang) pi TESCO Ampang, dia kata dah habis hu hu hu. Saya pun telefon balik syarikat, tanya perkhimatan penghantaran. "ada" Hema kata.... wahhhhh semangat nih. Harga waffle maker RM59, caj penghantaran RM15, OK kan......

Tanya pandangan dan pendapat ustaz.
"berapa caj penghantaran? Nak beli berapa?"
cehhh, ustaz tanya nak beli berapaaa???
"Beli 2, boleh? melampau saya ni eh....
"ikut laaaa"
wahhhhh ada can ni.

Maka, saya nak tanya ada sesiapa nak beli juga? Saya boleh orderkan sekali (untuk orang Temerloh, Pahang sahaja ya). Harga RM59 tak termasuk caj penghantaran dan caj telefon ke Sri Kembangan sekali ye ha ha ha

Harga /unit:RM59.00
Caj penghantaran dr Sri kembangan: RM15

Wahhh... ni tak jadi berniaga wafle jadi penjual waffle maker sudahnya ha ha ha

p/s:12.21: dah ada orang minta tolong belikan satu

Ada sesiapa lagi yang nak saya tolong belikan????????

17 ulasan:

  1. kak...
    saya nak taw...hehehhee
    eh, ni bukan nak bg prezen kat sy ke kak????heheheheh

    BalasPadam
  2. ha ha ha taaak ini present azian untuk ustaz sbb ari ni ari jadi dia he he he

    BalasPadam
  3. salam kak...kdg2 waffle maker ni ada jual di Kedai bahan2 kek...tp lebih murah di Tesco;)

    BalasPadam
  4. salam rikha...kak noor dh jumpa di parkson...jom singgah blog kak noor...makan waffle.

    BalasPadam
  5. CoklatKu8: Kat Temerloh ada satu je kedai bakeri kecik dan confirm tak de. kat Tesco harga RM59 juga ke?

    Kak Noor:OOOO kat parkson ada ye. Nanti kalau org tanya saya, boleh lah saya beritau mereka tapi kat Temerloh tak de Parkson. kat Kuantan pun tak de rasanya

    BalasPadam
  6. kak rikha seri kembangan kat mana, saya gi beli terus kat seri kembangan

    BalasPadam
  7. Intersonics Sdn Bhd
    35, Jln Desa Serdang 4,
    Tmn Desa Serdang,
    Seri Kembangan,
    43300 Selangor
    03-89430368 Hema

    Harap dpt membantu ye noorlie.

    Kalau tak dapat, beritau yek

    BalasPadam
  8. Great read! I wish you could follow up to this topic

    cheap clomid

    BalasPadam
  9. Assalam kalo xkeberatan blh bagi resepi waffle x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cer cari di blog resepi saya http://himpunan-resepi.blogspot.com.

      maaf, bari balas

      Padam
  10. salam..blh dptkan kat mana na beli tepung n filling siap yg halal tu tak? tq

    BalasPadam
  11. Slm,betul ke ada jual kt mana2 tesco...bminat jgk nk beli...area utara xtau la plak ada ke x?mcmana ye...

    BalasPadam
  12. Ssaya pnah cuba resepi yg di ambil dr myresipi.com...sedap n lmbut...

    BalasPadam
  13. salam blogwalking.. ^_^

    saya pun sedang mencari dan mempromote jamuan2 dan majelis2 yg nak hidangkan side dish berupa waffle fresh from the iron ^_^

    saya baru mual secara part time dan setakat ni baru dpt 1 job.. alhamdulillah ^_^

    semoga bisnes kite sama2 mantap insyaAllah ^_^

    sy

    BalasPadam
  14. Alahai kak napela saya lmbt bace blok akak ni...dh lame beno mcari benda alah ni xjmp2 lg..sy dok temerloh.

    BalasPadam
  15. Sekarang ni cari je kat lazada.com
    Mcm2 ada hehehe

    BalasPadam