Selasa, Februari 02, 2010

hari yang meletihkan

Semalam, 1.2.2010 adalah hari yang amaat meletihkan. Apa taknya, pagi saya buat roti 1.5. Ptg sambung pulak 1.5 kg lagi. Pas tu kena juga buat 3 CMCR yang bertulis tempahan kawan Muna di Maahad Jengka.

Nape teruk sangat ek. Roti 3 kg je pun dr pagi sampai petang. Saya dengar tu orang bercakap. Meh saya jawap soalan tu. Setakat ni saya hanya ada 3 oven kecil sahaja. nak beli, masih sedang mengumpul wang yang tak terkumpul-kumpul lagi. Kena buat loan kot. Sapa ada berani beri saya loan?????????

Dah tu, loyang pun tak banyak untuk buat 3 kg terus. Buat 1.5 kg pun letihnya mak aiii......berdiri dari pukul 9.30 pagi hingga lebih kurang 11 pagi. Pastu kena siapkan pulak topping mini pizza, topping jejari keju, mexican bun. 12.50 mula bakar roti, sambil-sambil tu nak bancuh kek pulak. Habis bakar roti dalam pukul 2pm terus bakar kek.

Sambil kek dalam oven, saya solat zohor dulu. Lepas solat, siap-siap pulak untuk 1.5 kg roti lagi. Ustaz balik, saya tak masak lagi. Saat azan b.rkumandang, last trip roti siap. Solaat maghrib pulak. Dan kemudian makan ala kadar je, ustaz yang siapkan. Terima kasig bang.

Lepas siap makan, seal roti pulak( masukkan roti dalam plastik, buat masa bakar roti tadi). Rancang semua roti di hantar esok. Namun perancangan Allah mengatasi segalaanya, kereta saya yang sedang dibaiki masih tak dapat disiapkan. Lepas seal roti, tampaal sticker pulak. Pastu saya terus mandi dan solat Isya'.

Lepas ustaz balik dari Masjid, bahagi-bahagikan roti kepada 5 penerima, Ezz, Muna, Lina, Faqeh dan Ramlah TJ. Kena hantar roti ke Faqeh malam ni sebab esok ustaz bawa kereta.

Sampai rumah, saya tergolek kat ruang tamu. aaaaahhhhh sedapnya dapat baring..........

Alamak cmcr tak siap lagi....esoklah tak larat dah ni....

Satu untuk Muna, saatu untuk Lina

Ini untuk Ezz

Untuk Faqeh dan Ramlah, tak sempat nak diposingkan sebab nak cepat dan badan terlalu letih. Gambar-gambar di atas, saya ambil dengan tergesa pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan