Isnin, Julai 13, 2009

Tempahan dari Fara TJ

Kali ini kek cawan dalam paper liner yang ditempah oleh Fara TJ. Bagus Fara ni buat tempahan awaaaal dulu. Cuma dia tambah 30 biji kek mentega pada pagi 10hb tu.

Buat cc ungtuk fara ni semuanya pada hari Jumaat dan di hantar ke rumahnya pada petang Jumaat.


30 biji BCCC




70 biji CMCC

Pada 9 hb saya ada buat sikit CMCC. Saja lebih kan untuk diberi pada Fara.

Set yang sama saya hadiahkan juga Azian, pensyarah UiTM jengka. Azian tempah 8 biji CMCR . Asalnya dia nak 100 biji CNCC yang berhias untuk di bawa balik kampung(emak nak buat kenduri katannya). Tapi saya takut tak sempat nak buat deco kerana Azian hanya beritahu pada tengahari Khamis. Jadi Azian tukar kepada CMCR. Untuk menggembirakan hati Azian dan keluarga, saya buat 6 nbiji CC yang berhias ringkas, Maaf bebanyak azian ye.

Khamis, Julai 09, 2009

PPSMI

Betul ke tajuk tu.

Pagi tadi sedang bawa kereta menghantar Nasr ke sekolah, bukalah radio IKIM. Ada suara ust Zamri dan Zarita memperkatakaan tentang pemansuhan PPSMI ni. Banyak respon yang diterima. Rasa-rasanya 100% setuju ia dimansuhkan SEGERA.

Saya cuba beberapa kali menghubungi IKIM untuk memberi pandangan yang rasanya telah lama terpendam dalam dada ni tapi talian asyik sibuk memanjang. huh dasyat betul respon rakyat malaysia ni.

Dari mula program PPSMI ni dilancarkan, saya memang tak setuju. Dan saya rasa raaaaamai yang tak setuju tetapi kami ni bukan tak setuju rakyat malaysia pandai bahasa inggeris tapi tak setuju dengan kaedahnya.

Niat tidak menghalalkan cara.

Bayangkan ye, sedangkan selama ini nak ajar matematik dan sains dalam bahasa melayu pun susah bebudak tu nak faham, inikan pula nak ajar dalam bahasa inggeris kan.

Ada kawan saya cakap,

' lepas ni kelas sains dan matematik mesti senyap sunyi tak bising macam selalu, senang dikawal sebabnya samada pelajar tak faham apa cikgu cakap atau cikgu tergaru garu kepala taak tau nak cakap apa.'

Cuba fikir pulak yang ini. Apa kata kita minta guru bahasa inggeris pula mengajar matematik atau sains. Ajar dalam bahasa apa pun tak pe tapi eloklah dalam bahasa inggeris sebab depa cikgu bahasa Inggeris. Saya yakin mereka semua akan bangun memberontak dengan beberapa alasan.

Hmmmm tak tau ye, tiada asas atau lemah maths dan sains. Tak pe tak pe. Kami ajar macam mana guru-guru matematik dan sains diajar bercakap dalam bahasa inggeris. Pas tu, cikgu-cikgu ni di beri elaun macam mereka dapat elaun mengajar BI. Berjaya tak.

Kita buat macam mana depa buat kat cikgu Matematik dan sains. haaaa.....apa macam?

Tapi setakat ni tak de lagi cikgu Matematik atau pun sains yang memberontak semasa di paksa mengajar bahasa inggeris melalui matapelajaran sains dan matematik. Malah elaun yang sepatutnya mereka dapat, ada lagi yang masih tak menerima elaun tersebut (dengar dalam IKIM tadi) tapi guru bahasa Inggeris telah dapat awal-awal lagi. Bagi saya yang kritikal di sini ialah guru matematik dan sains bukan guru bahasa inggeris tapi kalau mereka (guru bahasa inggeris) kena ajar maths atau sains, maka barulah wajar mereka dapat elaun tersebut sebab mereka dalam keadaan kritikal, kena ajar yang bukan pengkhususan mereka.

Tak pandai bahasa inggeris bukan bermaksud kita tak boleh berjaya ditahap antarabangsa, bukan bermaksud kita bodoh. Bahasa inggeris bukan nilaiannya. Cuba tengok negara-negara yang dunia anggap negara itu maju, adakah mereka semua pandai berbahasaa inggeris? Tengok Jepun, mereka tetap bangga dengan bahasa mereka. Apalah salahnya kita bercakap bahasa melayu di atas pentas dunia. Kan teknologi canggih sekarang, ada juru bahasa kat tepi telinga.

Mengapa kita tak memperjuagkan bahasa arab, padahal itu adalah bahasa syurga, lebih dari bahasa inggeris yang kita kata bahasa antara bangsa. Kalaulah kita memperjuangkan bahasa arab ni, uish....banyak pahalanya.

Kalau niat nak rakyat malaysia pandai bahasa inggeris banyak caranya. Bukan dengan menjadikan Sains dan matematik sebagai mangsa(ada juga terpikir, mengapa depa pilih 2 matapelajaran ini untuk menjayakan misi BI? Mengapa bukan sejarah ke pendidikn Islam ke).

Kita belajar bahasa cina pun bagus. Bahasa India pun bagus kalau kita nak belajar. Memang Islam galakkan. Tapi semua tu mesti dilaksanakana dengan kebijaksanaan bukan dengan nafsu yang diilhamkan oleh makhluk yang kita tak nampak tu.



Alhamdulillah saya lepas dari bebanan ini kerana saya diluluskan untuk bersara awal pada 1.3.2005 iaitu tahun saya sepatutnya menghadiri kursus bahasa Inggeris ni. huih .... alhamdulillah selamat, bersara tepat pada masanya, kalau tak boleh dapat barah sebab terlalu tension.

Namun jangan tak tahu, saya pernah dapat anugerah kerana BI ni tapi tak ingat lah apa nama anugerah tu, terima kasih bebanyak ye. Penilainan rasanya berdasarkan penggunaan bahasa inggeris dalam mengajar atau sepanjang masa di sekolah(betul ke wani, widya?), tak kira matapelajaran apa. Semua guru dinilai masa tu oleh guru-guru Bahasa inggeris di SMT Puteri.

Itu menunjukkan saya bukan anti bahasa Inggeris.

Apa-apa yang saya sampaikan disini adalah luahan hati saya yang pernah mengajar Matematik dan sains. Maka ianya tidak bileh digunakan sebagai hujjah oleh mana-mana pihak.

Selasa, Julai 07, 2009

Coklat untuk dijual segera

Kesemua 11 bekas ini perlu di jual segera dengan harga yang sangat murah sebagai tanda pengenalan.



3 biji real choc berwarna dengan inti dragon fruit ganache
Harga Pengenalan:RM3
Harga biasa: RM4.50



3 biji real choc tanpa warna dengan inti dragon fruit ganache
Harga pengenalan: RM3
Harga Biasa : RM4



3 biji dark Compound Chocolate dengan inti kiwi ganache
Harga Pengenalan: RM2.50
Harga Biasa: RM3.50




2 biji dark compound choc 1 biji real choc
Harga pengenalan: RM 2.80
Harga Biasa: RM4


Harga akan berubah mengikut kesesuaian masa

Coklat lagi

Semalam 6.7.2009 cuba sekali lagi buat coklat guna real chocolate(coverture) dan dark compound.

Masa guna real choc, saya menghadapi masalah kelikatan choc, kena berlatih lagi.

Namun rasa tetap sedap.

Dark choc agak pahit sebab peratus cokelat tinggi dibanding dengan coklat susu (milk choc). Untuk yang hendak jaga kesihatan, dark choc sesuai sangat.
Kerja mewarna agak merumitkan. Maka bayaran tambahan akan dikenakan untuk yang mahu coklat yang berwarna.

Jom tengok gambar.......

Coklat di atas ini menggunakan real(Coverture) chocolate.

Coklat di atas ini pula menggunakan dark compound chocolate

Isnin, Julai 06, 2009

Perkara kedua tentang saya

Ini sambungan jawapan tag dari adik saya.

Perkara tentang saya ialah:

PERAHSIA

Banyak benda yang saya suka simpan sendiri untuk saya. Rasa rahsia yang disimpan itu memberi satu umph dalam hidup saya (susah nak ungkapkan dengan bahasa).

Ada benda yang saya rahsiakan untuk sementara waktu yang akan saya kongsikan juga dengan orang lain pada waktu yang saya fikirkan sesuai. Contohnya, kes saya bersara awal. Lama saya simpan rahsia ini dari keluarga dua-dua pihak.

Mengapa ini pun nak dirahsiakan. Banyak sebabnya. Antaranya nak membuktikana pada keluarga bahawa kami takkan menghadapi masalah kewangan dengan saya sebagai surirumah sahaja.

Susah juga simpan rahsia ni, kadang-kadang hampir terpecah. Mertua saya tahu sendiri bila mereka pi sekolah saya mengajar. Bila kawan di sekolah beritau cerita ini, hah....panik sekejap.

Mak saya dah meninggal masa bersara. Bapak menunjukkan respon tak berapa setuju.....

Namun sekarang semua OK...

Sekarang ni saya sedang menyimpan satu rahsia besar dan hampir nak meletup dah ni. InsyaAllah rahsia tak menjadi rahsia lagi pada akhir bulan 7 ini. Tunggu........

Dalam banyak hal saya suka berkongsi dengan orang lain. tapi kadang-kadang saya memerlukan ruang sendiri dengan rahsia saya agar hidup saya terisi(tak tau term apa nak guna).

Ustaz pun tak faham nape saya nak rahsia tapi saya rasa ia seperti menghidupkan hidup saya. ha ha ha bahasa apa ni.....

OK sambung lagi nanti

CMCC utk Kak Ain







Tempahan CMCC ini datangnya dari rakan sejawat ustaz, ustazah Ruaain UiTM untuk dibawa balik kampung katanya.

12 biji frosting coklat ganache dan 13 frosting BC. Hiasan semua menggunakan BC.

Diserahkan pada kak Ain 3.7.2009.

Harap kak Ain dan keluarga berpushati ye.

Khamis, Julai 02, 2009

Apa peraaaan anda jika ........

Cuba anda bayangkan, apakah tindakan anda, perasaan anda jika satu hari anda baca telefon suami anda:

Abang, abang kat mana ni. Tau lah abang balik hari ahad tapi nape tak jawab telefon. Dah 30 kali telefon, tapi tak jawab. Risau abang kena colek ke ......

Haaaa.......cuba anda bayangkan.

Mesej ni tak berapa lengkap sebab dah lama berlaku, jadi tak berapa ingat kesemua isinya. Yang paling ingat :

Taulah abang balik hari ahad.

SMS tu masuk dalam telefon ustaz dalam 3 tahun lepas kot.

Ustaz beri saya baca. Saya tergelak besar. Jika saya teringat kisah ni memang saya ketawa sendiri. Tengah menaip ni pun saya masih tersenyum.

hai....... tak jeles ke?

Tak jeles maknanya tak sayang suami la tu...........

Saya puas lah ngusik ustaz masa tu.

'Haaaaa.... nak rahsia ye....... nak tengok abang nak gi mana hari ahad ni..... '

tau lah ustaz kan, senyum aje .......

'tak de lah', dia kata.

Saya balaskan sms org itu menyatakan mungkin salah nombor. Org tu pun balas minta maaf.

Pas tu kan, puas saya ngusik Ustaz.

Kelakar kan.

saya tak tau lah kalau org lain.