Selasa, Januari 19, 2010
Isnin, Januari 18, 2010
Fruit/flavor paste
Ada sesiapa yang teringin mencuba paste yang biasa di gunakan untuk membuat aiskrim? Saya boleh tolong belikan jika saya balik KL
Yang ada vanila, strawberry dan mangga
Vanila -200g berharga RM22
Strawberry - 250g berharga RM18 (Februari)
Mangga - 250g berharga RM20
Paste ni saya guna untuk coklat saya dan mungkin boleh juga untuk perasa kek. Istimewanya paste vanila ni, memang dari pokok vanila yang di peram dalam gula bukan yang mcm kita beli biasa tu. Ada rasa biji-biji dia. Kilang-kilang aiskrim memang gunakan paste ni untuk perasakan aiskrim mereka.
Sila rujuk sini
Yang ada vanila, strawberry dan mangga
Vanila -200g berharga RM22
Strawberry - 250g berharga RM18 (Februari)
Mangga - 250g berharga RM20
Paste ni saya guna untuk coklat saya dan mungkin boleh juga untuk perasa kek. Istimewanya paste vanila ni, memang dari pokok vanila yang di peram dalam gula bukan yang mcm kita beli biasa tu. Ada rasa biji-biji dia. Kilang-kilang aiskrim memang gunakan paste ni untuk perasakan aiskrim mereka.
Sila rujuk sini
Jumaat, Januari 15, 2010
Jualan penghabisan stok - dakkar vanila
cmcc drizzled, cmcr, bar coklat dan dakkar vanilla
Label:
Cokelat,
Coklat-harga,
Kek Cawan,
kek Coklat Lembap
Khamis, Januari 14, 2010
Dakkar Vanila
Baru je siap buat dakkar perasa vanilla dan vanilla berkacang(badam dadu). Bukan vanila yang biasa tu ye...... Vanila ni dibuat dari vanila yang diperam dalam gula. kalau rasa sikit, terasa biji-biji dia. Mahal tau.......Vanila ni digunakan untuk buat aiskrim vanilla.
Student Maahad Jengka yang tempah. Agaknya masa saya beri dakkar ni pada anak-anak, mefeka ada rasa sikit kot. Tu yang berasa nak beli untuk dibawa balik kampung agaknya (Sok depa semua balik kampung)
Sejarahnya, saya nak perabis real choc saya yang lama tu sebelum membuka coklat yang baru beli. Yang lama ni, kadang-kadang bawa masalah kelikatan, payah nak buat. Kalau ada butter cocoa(bukan yg substute ye), senang sikit nak selesaikan masalah ni. Jadi saya buat lah dakkar yang saya pelajari dengan chef Khairul LKM semasa mengikuti kursus pembuatan coklat di LKM Bangi.
Allah susun, pada masa yang sama keputusan peperiksaan SMA Muna keluar dan keputusan dia agak baik , maka bagi je dia dalam bekas lawa sikit.....
Ada yang teringin?
Harga promosi RM12 untuk 10 biji. Dibuat dari real coklat, kemudian disalut dengan coklat compound dan akhirnya di golek-golekkan atas choc rice. Di isi dalam bekas transparent bujur seperti di bawah. Nak hias-hias reben kena lah tambah harga ye.....
Rabu, Januari 13, 2010
Asam Tumis Ikan tenggiiri dengan daun singkil
Tak pernah saya cerita pasal lauk yang saya masak kan.......
Kali ni nak cerita lah sikit sebab ada sesuatu kelainan yang mungkin orang dah tau tapi saya yakin tak ramai yang tau tentang pucuk daun kayu ni.
Isnin lepas (11.1.2010) saya masak asam tumis ikan tenggiri. eleeeehhhh biasa je kan. Tapi setiap kali saya masak lauk ni, saya mesti letak pucuk daun singkil(orang melayu panggil pokok bebuas). Sedap tau...... ustaz sukaaaa sangat makan bila saya masak lauk ni. (lauk-lauk lain pun dia suka asalkan saya masak he he he ye kan bang....)
Kalau lalu kat pokok ni, bau daun dia.. hmmmmmm sedapnyaaaaaa.Lain kali saya masukkan gambar pokok ni pulak ye
Ahad, Januari 10, 2010
Tempahan pertama 2010
Ida kawan Zura SK Bdr jengka menempah 2 set cmcc (25 dan 16) dengan topping choc ganache.
Allah nak duga saya semasa nak menyiapkan cc ini. coklat meragam tak nak likat. Saya bancuh sampai 3 kali, haaa baru siap. Lepas subuh 9.1.2009 saya siapkan cepat-cepat. target 8 am mesti siap. Alhamdulillah pukul 730 pagi dah siap.
Gosok tudung cepat-cepat, terus keluar sebab banyak urusan lain yang perlu disegerakan selain menghanatar kek Ida ni di taman jaya.
Sebenarnya kami dah biasa dengan Taman Jaya sebab dulu ustaz ada buat kuliah tafsir disurau taman Jaya. Jadi ramai suri-suri rumah disitu yang saya kenal. Emak Ida juga kenal saya, tak sempat nak bualpanjang sebab nak selesaikan urusan lain lagi.
Malam , saya mesej kat Ida sebab saya risau hiasan rosak(lupa nak pesan mak Ida agarbtidak diletak di tempat panas atau terkena cahaya matahari). Rupanya mak Ida terus simpan dalam peti ais. respon lain amat melegakan saya.
TQ Ida sebab promote pada kawan-kawan. Maihhh jadi ejen akak, nak tak?
Langgan:
Catatan (Atom)