Ahad, Januari 10, 2010

Tempahan pertama 2010


Set 25 biji

set 16 biji


Ida kawan Zura SK Bdr jengka menempah 2 set cmcc (25 dan 16) dengan topping choc ganache.

Allah nak duga saya semasa nak menyiapkan cc ini. coklat meragam tak nak likat. Saya bancuh sampai 3 kali, haaa baru siap. Lepas subuh 9.1.2009 saya siapkan cepat-cepat. target 8 am mesti siap. Alhamdulillah pukul 730 pagi dah siap.

Gosok tudung cepat-cepat, terus keluar sebab banyak urusan lain yang perlu disegerakan selain menghanatar kek Ida ni di taman jaya.
Sebenarnya kami dah biasa dengan Taman Jaya sebab dulu ustaz ada buat kuliah tafsir disurau taman Jaya. Jadi ramai suri-suri rumah disitu yang saya kenal. Emak Ida juga kenal saya, tak sempat nak bualpanjang sebab nak selesaikan urusan lain lagi.
Malam , saya mesej kat Ida sebab saya risau hiasan rosak(lupa nak pesan mak Ida agarbtidak diletak di tempat panas atau terkena cahaya matahari). Rupanya mak Ida terus simpan dalam peti ais. respon lain amat melegakan saya.
TQ Ida sebab promote pada kawan-kawan. Maihhh jadi ejen akak, nak tak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan