Jumaat, April 16, 2010

CMC7R untuk Kak Ruain UiTM

Hari semalam (12.4.2010) saya menyiapkan dua tempahan kek.

Mula-mula saya cerita tempahan kak Ain UiTM ye.

Minggu lepas kak Ain ada tempah kek untuk ulangtahun kelahiran anak perempuannya. Anak kak mahu yang serupa dengan yang mereka pernah beli dulu.

Ayat dia: .......yang sejuk kat dalam dia.....

Puas saya mencari dalam blog, rekod tempahan kak Ain ni, tak de. Yang ada untuk Abdullah Atiq(anak kak Ain) dan cmcc

Cari dalam koleksi gambar-gambar saya pun tak ada selain yg dalam blog tu. Jadi besar kemungkinan kek yang macam Abdullah Atiq punya lah. Maka saya buatkan satu.


Rupanya, Kak ain cerita, anak dia kata bukan yang itu. Itu macam Abang dia punya. aishh ingat pulak dia ye. Kalau kita masih budak macam dia, mungkin ingat juga kot. Rupa-rupanya dia nak yang harga RM25.

Saya pun mencarilah CMC saya yang RM25. Jumpa tapi tahun 2008 punya. Jadi Rm25 adalah harga tahun 2008 punya. Tahun 2010 CMC7 yang tak de hiasan, harganya RM30

Maka kak Ain kata dia nak tempah lah yg Rm25 tu untuk Hari ni 16.4.2010.

Sempena tempahan kak Ain ni, saya terfikir nak buat promosi CMC7 ni sambil nak declair harga baru kek ini.

Sesiapa yang teringin menyertai promosi ini, sila lah hubungi saya segera ye........

Isnin, April 12, 2010

Award Beautiful Blogger, biar betui.......




sesiapa yang dpt award ni dikehendaki :
1. Buat 1 Entry Tentang Award ini
2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut
RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA YANG MEMBERI AWARD INI. Zati dan Ummu Masyitah.
3. Senaraikan 15 blogger sebagai penerima Award
BOLEH KE SAYA TAK KHUSUSKAN PASASESIAPA TETAPI KEPADA SESIAPA YANG DATANG SINI MAKA SAYA ANUGERAHKAN AWARD INI PADA MEREKA
4. Beritahu penerima Award , supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award
5. Senaraikan 7 perkara tentang diri anda.
A. Satu-satunya isteri kepada Ustaz ............
B. Ibu kepada 4 orang anak
C. Kuat merajuk
D. Seronok sangat bila ustaz manjakan saya
E. Tak kreatif langsung
F. Cepat marah
G.Tak pandai kemas rumah

Pelik tetapi benar

Saya menjadi hairan la pulak. Entri di bawah, sebenarnya saya buat malam semalam dan dia tak nak keluar sehingga saya tutup komputer saya dengan hasrat nak buka vol3 pulak sebab puas tekan sana sini tapi dia tak keluar juga.

Saya cuba masuk entri baru di blog vol 1, nak pulak dia keluar(publish).

Pagi ni,saja-saja gatal tangan buka blog, alih-alih ada keluar entri yang dibuat malam semalam tapi dengan tarikh 6.4 yang sepatutnya keluar 11.4 dan malam(entah pukul berapa). Tiga hari dah benda ni berlaku hingga saya tak boleh nak buat entri baru.

Selasa, April 06, 2010

mana silapnya?????????

Tak tau la apa masalah nya.

dah beberapa kali cuba nak update tapi tak dibenarkan.

ralat ralat ralat entah di mana silapnya.........

hari ni macam mana pulak........

Pagi ni masih tak sihat lagi. Rasa macam nak demam, nak muntah(bukan mengandung ya....sorry). Dari semalam lagi mata rasa panas tapi demamnya tak nak kuar juga. Pas tu perangai macam biasa, gelak-gelak macam orang sihat.

Ustaz tak tau kot saya ni tak sihat sebab perangai macam biasa cuma kurang aktif sikit. Beritau dia kata tak berapa sihat je. Ustaz tak bukak kot blog saya ni, jadi saya beranilah cerita lebih-lebih lah kat sini.

Minggu ni, golek golek aje. Nak tidur takleh tidur sangat. Semalam langsung tak tidur siang. Tadi cuba juga nak lelapkan mata sekejap tapi tak leh. Kena buat kerja rumah juga. Sat lagi kena keluar sebab nak uruskan yuran anak kat IIndonesia tu.

Lepas zohor ni nak siapkan kek tempahan kak Ain UiTM. harap-harap jadi elok lah....

Roti????????Entah bila lah boleh buat semula.

Hari ini???????

Hari ni, masih tak sihatmalah rasa makin tak sihat kot.

Malam tadi solat di masjid Paya Keladan. Nak tau.......sepanjang panjang solat, my nose is running everywhere ....ha ha ha. Masa kuliah berjalan, kejap kejap keluar pi betulkan hidung yang asyik nak lari. Habis basah telekung sebab tak bawa sapu tangan sebab kat rumah hidung ni elok je.

Balik rumah, my nose is back in it place. Dan kat saya umah asyik tergolek je sambil teman ustaz buat kerja sekolah dia.

Bangun pagi tadi, rasa makin sihat tapi rupanya sekejap aje. Apa-apa pun kerja tetap kena buat. Yang sunnat tu boleh tangguhkan. Yang tak boleh tangguh, kena buat juga. Harap-harap esok boleh bertahan sebab nak siapkan tempahan kek.

Lada besar kami







Haaaa......nilah pokok cili besar kami. Tengoklah hasilnya.

Kat dalam peti ais ada lagi. Ada dua pokok je.kalau lah ada banyak pokok,kan best. Boleh jual, dapat duit belanja dapur.

Tapiiiiii nak jual kat sape ye