Jumaat, April 16, 2010

CMC7R untuk Kak Ruain UiTM

Hari semalam (12.4.2010) saya menyiapkan dua tempahan kek.

Mula-mula saya cerita tempahan kak Ain UiTM ye.

Minggu lepas kak Ain ada tempah kek untuk ulangtahun kelahiran anak perempuannya. Anak kak mahu yang serupa dengan yang mereka pernah beli dulu.

Ayat dia: .......yang sejuk kat dalam dia.....

Puas saya mencari dalam blog, rekod tempahan kak Ain ni, tak de. Yang ada untuk Abdullah Atiq(anak kak Ain) dan cmcc

Cari dalam koleksi gambar-gambar saya pun tak ada selain yg dalam blog tu. Jadi besar kemungkinan kek yang macam Abdullah Atiq punya lah. Maka saya buatkan satu.


Rupanya, Kak ain cerita, anak dia kata bukan yang itu. Itu macam Abang dia punya. aishh ingat pulak dia ye. Kalau kita masih budak macam dia, mungkin ingat juga kot. Rupa-rupanya dia nak yang harga RM25.

Saya pun mencarilah CMC saya yang RM25. Jumpa tapi tahun 2008 punya. Jadi Rm25 adalah harga tahun 2008 punya. Tahun 2010 CMC7 yang tak de hiasan, harganya RM30

Maka kak Ain kata dia nak tempah lah yg Rm25 tu untuk Hari ni 16.4.2010.

Sempena tempahan kak Ain ni, saya terfikir nak buat promosi CMC7 ni sambil nak declair harga baru kek ini.

Sesiapa yang teringin menyertai promosi ini, sila lah hubungi saya segera ye........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan