Rabu, November 24, 2010

Kelas buat roti dan kek di temerloh

Sesiapa yang berminat dan teringin belajar membuat aneka bun, membuat kek serta menghias kek boleh menghubungi Puan Siti Suriani di talian:

019 - 9121202
Saya cuma tolong promote untuk kawan saya aje sebab dia tak de blog(rumah dia tak leh guna internet).

Jumaat, November 19, 2010

CMCR untuk Raya haji

Ini pula tempahan dari yati Paya Keladan dan Aziah Maahad Tahfiz Faqeh




Kek Coklat Lembap Ringkas dan Berhias

Ini adalah cmc 7 yang saya buat untuk dijual di UiTM.


Sambut harijadi bersama baby katun disney

Kak Zue yang bekerja di Hospital Temerloh menempah kek Coklat lembap dengan edible image sempena hari jadi anaknya. Anaknya suuuka sangat dengan katun disney jadi kak Zue nak buh baby-baby katun disney. Dengan kadar segera saya menempah Edible image katun-katun disney.

Mula-mula tengok yang CT buat, saya sukaaaaa sangat someeeel sangat sebab tanpa meneliti dengan baik. Masa nak buat tu baru perasan, EI untuk atas kek berbentuk empatsegi sedangkan kek bulat (ini bukan salah CT tapi yang tak tengok betul-betul hi hi hi....) . Maka dengan kereativiti saya yang amat lemah, saya gunting hingga jadi seperti yang ada di atas kek tu...

Itu satu hal. Masa nak tampal katun-katun baby pada kaki kek, si Lina kata, "ummi, ni bukan katun disney"

"hah, ye ke. mana ummi tau..." Tampal aje lah sebab dah ada. Takkan nak buang.

Masa serah (maghrib 16.11.2010) pada kak Zue, terlupa pulak nak cakap kesilapan ni. Raya kedua baru teringat nak tanya dan minta maaf. Alhamdulillah kak Zue tak kisah. Dia kata semua katun-katun tu anak dia suka. Sepupu-sepupu anak dia pun berebut-rebut nak. Seperti biasa kak Zue dan suami tak sempat nak makan......

Tak pe kak Zue, tunggu anniversary pulak he he he.........


Kek Cawan sempena majlis pertunangan

Ini pulak selamat diserahkan pada Azian di UiTM Jengka pada 16.11.2010.

Dia nak beri pada kawannya yang akan bertunang. Dengan warna tema pink dan silver. Azian nak bunga bungaa kecik-kecik juga. Lama saya termenung depan set kek cawan ni. Apaaaa nak buat dengan rossette kecik ni. Rasa nak buat lain sikit tapi masih rossette kecik tu.

Akhirnya buat border dulu. Bahagian tengah pulak. Aaapa nak buh ni yek. Bertunang......mesti sedang membuak-buak kasih sayang, maka buatlah bentuk love gitu...tapiiiii nampak kosooonggg aje. Buh pulak sekuntum rossette di tepi beserta daun. Masih rasa kekurangan tapi tak tau dah naak buh apa, takut tersilap, langsung tak menarik pulak.
Jadi jommmm tengok gambar....


Khamis, November 18, 2010

Kek mentega oren dan kek coklat lembap untuk Raya haji

Ini pula 2 biji kek untuk Suria dari UiTM Jengka. Suria nak balik kampung pada hari selasa jadi kek ini diserahkan pada dia pada 15.11.2010(Isnin). Sebiji kek mentega oren (guna pure butter SCS) dan sebiji lagi kek coklat lembap.



Malam tu, Suria hantar sms, kata lawa bunga coklat tu (sebenarnya yang tukang buat rasa masih tak lawa). Tak sabar dia nak tunjuk kat mak dia kat kampung.



Tadi, saya tanya kabar kek pada Suria. Dia kata dah habis, kanak-kanak sibuk kutip bunga coklat tu. Saya tersenyum membayangkan kanak-kanak itu berebut bunga.



Sebab itu saya lebih suka kalau orang tempah kek dengan hiasan bunga coklat sebab apa yang dibayar akan dimakan. Kalau guna hiasan buttercream, tentu tak ramai yang akan berebut nak makan. Walaupun mahal sedikit tapi berbaloi...



Kek mentega oren dengan frosting dan hiasan buttercream


Kek Coklat Lembap dengan frosting dan hiasan coklat ganache

Kek Cawan untuk sambut Raya Haji

Kali Zura menempah kek cawan 2 set. Satu set kek cawan coklat lembap dan satu set lagi kek cawan oren untuk sambutan Hari raya Aidil Adhha.

Zura suka bunga kecik kecik. Saya ni dah tak ada nak idea nak buat. Termenung lamaaaa depan set kek cawan ni. Akhirnya ini saja yang terhasil. Memang cukup tak berpuas hati tapi itu aje yangdapat sayaa hasilkan.