Jumaat, November 19, 2010

Sambut harijadi bersama baby katun disney

Kak Zue yang bekerja di Hospital Temerloh menempah kek Coklat lembap dengan edible image sempena hari jadi anaknya. Anaknya suuuka sangat dengan katun disney jadi kak Zue nak buh baby-baby katun disney. Dengan kadar segera saya menempah Edible image katun-katun disney.

Mula-mula tengok yang CT buat, saya sukaaaaa sangat someeeel sangat sebab tanpa meneliti dengan baik. Masa nak buat tu baru perasan, EI untuk atas kek berbentuk empatsegi sedangkan kek bulat (ini bukan salah CT tapi yang tak tengok betul-betul hi hi hi....) . Maka dengan kereativiti saya yang amat lemah, saya gunting hingga jadi seperti yang ada di atas kek tu...

Itu satu hal. Masa nak tampal katun-katun baby pada kaki kek, si Lina kata, "ummi, ni bukan katun disney"

"hah, ye ke. mana ummi tau..." Tampal aje lah sebab dah ada. Takkan nak buang.

Masa serah (maghrib 16.11.2010) pada kak Zue, terlupa pulak nak cakap kesilapan ni. Raya kedua baru teringat nak tanya dan minta maaf. Alhamdulillah kak Zue tak kisah. Dia kata semua katun-katun tu anak dia suka. Sepupu-sepupu anak dia pun berebut-rebut nak. Seperti biasa kak Zue dan suami tak sempat nak makan......

Tak pe kak Zue, tunggu anniversary pulak he he he.........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan