Isnin, Disember 13, 2010

Meraikan sahabat dihari bahagianya

Alhamdulillah, 2 set ini telah diserahkan pada Zana pada Jumaat(malam) di Cwok Cafe Kg Raja, Temerloh.

Seperti biasa, Zana buat tempahan 25 biji(minimum order) tetapi dibuat dalam 2 set. Set 16 biji akan dihadiahkan pada seseorang (Bagus zana ni , suka raikan sahabat) dan baki 9 biji untuk makan-makan. (bekas tambahan saya caj).

Saya sebenarnya tidak puas hati paga gabungan warna set bunga ros tu tapi Zana terima dengan senang hati. Lawa aje katanya......Alhamdulillah....lega rasa hati saya.

Apa-apa pun Zana terima kasih akak ucapkan kerana tetap menaruh kepercayaan dan keyakinan pada akak.


Sabtu, Disember 11, 2010

Happy Birthday Nurul

Yang ini pula kek harijadi untuk Nurul Azni Triang.

Disiapkan pada pagi Jumaat 10.12.2010. Dalam pukul 4 ke 4.30 petang kami berjumpa di Gerai Buykit Angin. Nurul nak ke Mentakab pula.

"Jaga kek ni elok-elok ye, hari panas ni"

Risau juga dihati sebab Allah susun hari tu, agak panas juga.

Lupa nak tanya Nurul, selamat tak kek dia sampai kerumah..........



p.s: Nurul kata kek selamat tiba dirumah sebab lepas hantar kek tu , hari agak redup. Alhamdulillah, lega saya. Nurul kata, birthday suami dia Januari nanti.

TQ Nurul....moga bahagia hingga ke syurga

Terima kasih Zura

Pagi yang sama untu Puan Jahjaitun, kek-kek ini diserahkan pada Zura SK Bandar Jengka. Juga tiada dalam senarai tempahan sebab yang sama pada tarikh yang sama. Macam janji-janji pulak.
Alhamdulillah sempat buat.


Untuk anak agaknya ni

10.12.2010 kek ini diserahkan pada Puan Jahjaitun UiTM Jengka. (tak ada dalam senarai temapah sebab tempahan last minute9.12.2010, tak sempat update kat blog)

Siap tengah malam. Adush loti
h den


Sabtu, Disember 04, 2010

Kek Cawan untuk majlis pertunangan

Alhamdulillah, petang semalam (10.12.2010) set kek cawan ini telah sampai ketangan Fara dan keluarganya di Seberang Temerloh.
Kami tak pernah kenal dan keluarga fara pun tak pernah merasa kek-kek yang saya buat. Tapi Mereka dengan penuh yakin dan menaruh kepercayaan kepada saya untuk menyediakan set kek cawan ini untuk hari bersejarah Fara. Ini semua adalah kerja Allah yang MAha Kuasa. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan Mu ini.

Fara(adik) telefon saya bertanyakan perihal kek cawan ni untuk majlis kakaknya yang juga bernama Fara. Fara(adik) baru berumur 18 tahun, maka saya suruh dia panggil saya makcik aja lah.

Peramah keluarga mereka ni. Moga Allah memberkati majlis anda semua.

FARA jangan lupa pesan makcik. Beri apa-apa komen untuk makcik perbaiki dimasa-masa akan datang ye. Dan terima kasih bebanyak atas kepercayaan yang Fara dan keluarga keluarga berikan pada makcik. Jangan serik order lagi dengana makcik lagi ye.



Selasa, November 30, 2010

Kek Cawan untuk Majlis perkahwinan abang

Set kek cawan ini ditempah oleh Norli dari Taman Setia Jasa. Norli ni baru je melangsungkan perkahwinan dengan Izamil pada bulan lepas. masa tu pun dia tempah 2 set kek cawan dari saya.

Masa nak tempah Norli kata, abang dia tak sempat rasa, jadi dia nak order lagi. Saya ni benar-benar tak menyangka ada majlis perkahwinan abang dia(ni pun emak mertua Norly beritau).

Masa nak menghias kek ni, saya tak ada idea langsung tapi tak lah tension sangat sebab membayangkan kek-kek cawan ni untuk majlis biasa-biasa aje. Seperti biasa saya memang tak pernah berpuashati dengan hasil seni tangan saya ni he he he. Dengar pulak untuk majlis perkahwinan, laaaagi lah menambah risau.

Alhamdulillah Norly suka masa menerima set ni dari mak mertua dia. (saya tak jumpa pun Norli sebab dia ada hal).

NORLY terima kasih ye. Jangan serik order dengan akak ye. Boleh kita berjumpa. Entah-entah sebelum ni kita pernah berselisih bahu tapi tak kenal......



Jumaat, November 26, 2010

Kek 3 dimensi untuk Muna dan Lina

Dua-dua kek ni untuk anak-anak dara saya. Depa nak makan sesama kawan depa.

Depa buat sendiri dari A to Z. saya tunjuk dan tolong sikit-sikit.

Ini Muna punya



Ini Lina punya