Jumaat, Februari 18, 2011

Harga Baru Kek Cawan (CMCC)

Harga Kek cawan ni tak pernah saya naikkan harganya walau banyak bahan-bahan asas naik harga. Apabila dikira dicongak untung ruginya, kami tak tergamak nak naikkan harga. Cuma bezanya masa mula-mula saya hanya letak harga kek cawa sahaja, casing percuma. Tahun lepas baru saya masukka harga casing. tahun ni saya TERPAKSA naikkan sedikiiiit harga(itu pun dengan rasa berat hati). Harap semua sahabat menyetujui keputusan saya ini.

CMCC 25 biji topping dan hiasan BC RM45
(Dulu RM39)
CMCC 25 biji topping (Ganache coklat), hiasan BC RM58 (Dulu RM52)

Dan sekarang saya tidak mengeluarkan lagi kek cawan 16 biji. Hanya set 25 biji sahaja yang saya boleh buatkan untuk kawan-kawan. Namun jika ada yang mahu buat set 25 biji dalam keadaan set 16 + 9 biji, insyaAllah boleh saya uruskan dengan sedikit penambahan kos menyediakan casing bagi 9 biji kek cawan itu.

Selasa, Februari 08, 2011

Minggu yang melelahkan

Waaaahhhhhh..... dah bersawang dah ni. macam rumah benar saya ha ha ha....

Minggu lepas sehingga semalam Isnin 7.2.2011 adalah hari-hari yang memenatkan ..huh....letihnya.....Tuhan aje yang tahu.

Selasa 2.2.2011:
Ustaz cuti tapi banyak kerja yang kami kena buat. Yang tersenarai dalam jadualereja saya hanyalah menyiapkan CMCC tempahan Ruby dari MACRES. Tetapi tanpa memberitahu saya, ustaz telah membawa saya ke kedai perabut untuk membeli perabut.

Saya ingat, hanya untuk beli katil dan almari anak-anak. Rupa-rupanya beli juga katil untuk kami. Sebenarnya, kami tak pernah ada katil sejak kawin lagi ha ha ha. Teruk kan kami. Ini pun saya kata beli ajalah untuk anak-anak. Memandangkan kami ni dah tua(adush dush dush....), tak payah lah beli katil....ha ha ha

Ustaz kata, kena beli jugak.........Jadi petang itu dalam waktu asar semua yang kami beli sampai dirumah. Dalam pukul 6 lebih kot, siap pasang semua. Letih wei sebab kena kemas dulu bilik yang bersepah tu terutama bilik bebudak tuh.......

dalam pukul 7, Muna sampai(tumpang kawan dia yang duk Paya Keladan jugak). Plan sampai esok petang, naik bas tapi keluarga Zu datang ambik pulak.....Alhamdulillah......

Rabu 3.2.2011
Dalam 8.10 saya keluar pi periksa kereta Persona(ada masalah sikit) dan hantar CMCC ke Ruby Macres. Pas tu balik rumah tetapi pukul 10 keluar balik, nak pi cuci kereta (ada kupon percuma, expired 3.2.2011). tapi banyak keiret pulak, cancellah. Terus ke Jengka nak ambil Lina. Dalam pukul 12 tgh bertolak balik.

Lepas Zohor keluar balik pi Temerloh selesaikan bermacam-macam urusan termasuk bayara Takaful yang tertangguh berbulan-bulan.

Khamis 4.2.2011
Pagi-pagi dalam pukul 6.45 pagi bertolak ke KL sebab nak ambil 'Ezz dan Nasr. jannji dengan kakak, nak sarapan kat rumah dia. Haaaa baik tak adik dia ni ha ha ha...Panggil adik sekeluarga sekali sarapan bersama. Sampai dalam pukul 8.15.

Dalam pukul 9.15, 'Ezz telefon, kata dah keluar dari airport dah. Aik cepat pulak. Kami budget, depa sampai pukul 9 dan keluar pukul 10. Apa lagi, vrooom, kami keluar dari rumah kakak macam pacat kekenyangan ha ha ha. Terima kasih Ani.

Lepas ambil depa, terus ke bangi. Kot-kot Duan(adik Ustaz) nak balik kampung, boleh tumpang sorang kat kereta dia. dalam 12 lebih, kami bertolak balik . kami pakat singgah Lancang, rumah abang Ustaz, ziarah baby rabbit dia.

Waaaahhhhhhh kereta keluar ke KL punya lah banyak.

Sampai rumah, waktu maghrib. Lotihnya den........

Jumaat 5.2.2011
Lepas ustaz balik solat jumaat, kami keluar pulak sebab ada jemputan dr Pak Din(anak dia bukak kedai makan) jamuan di Esplaned temerloh. terus membeli barang anak-anak.

Sabtu 6.2.2011
Pagi-pagi pi beli sarapan dan pi rumah ayah ustaz sebab isteri abang ustaz yang duk sebelah rumah ayah, balik kampung. Tengahari dan malam kami pi lagi hantar makanan untuk ayah.
Lepas asar, pi pulak rumah Zu, bincang nak pi Pekan esok.

Ahad 7.2.2011
dalam pukul 12 tgh, kami sekeluarga bertolak kePekan(Zu tak balik sebab saudara dia meninggal). Saya drive sebab ustaz tak sihat. pukul 2.10 sampai Pekan, makan tengahri(ustaz masak tadi kat rumah), lepas tu solat di masjid.

dalam pukul 3.15 bertolak ke Jengka pulak. hantar Lina ke Maahad pulak. Maghrib sampai kat rumah.

Isnin 8.2.2011
Pagi-pagi bertolak ke jengka sebab nak daftar anak bujang saya pulak. Habis urusan semua, dalam tengahari. balik pejabat ustaz, makan tengahari. Kami balik temerloh dalam pukul 4.30 kot.

mak aiiiii letih sesangat. setiap hari saya mengalami keletihan yang amat teruk hingga tak lalu makan. selera minum air aje.

Malam tadi, mata dah panas, macam nak demam.

Alhamdulillah tak jadi demam.

Isnin, Januari 31, 2011

Tok Ai menang!!!!!!!

Alhamdulillah hajat Tok Ai untuk memperjuangkan rakyat Tenang diperkenan ALLAH SWT.

Maka semua berharap Tok Ai dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Itulah tuntutan yang diletak di atas bahu setiap pemimpin. Tok Ai akan memegang jawatan dalam kerajaan. Maka Tok Ai adalah penjawat awam. Dalam waktu kerja, sudah tiada lagi istilah ahli parti tetapi yang ada hanya hamba Allah yang diamanahkan sebagai wakil rakyat.

Di luar waktu kerja, bolehlah ia bercakap atau bekerja untuk parti tanpa melibatkan kemudahan awam yang bukan hak parti. Bolehlah bercakap bagi pihak parti kecuali di dalam majlis rasmi kerajaan.

Ahad, Januari 30, 2011

Tanggungjawab antara ahli parti dan penjawat awam

Saya pernah sentuh tentang hal di blog vol 1 saya tapi setiap kali pilihanraya berlaku perkara inilah yang selalu penjawat awam keliru tentang tanggungjawabnya sebagai kakitangan kerajaan dan ahli parti politik. Tak kira lah parti mana pun, perkara ini mesti jelas. Bagi yang tak terlibat pun(macam saya ni) pun mesti jelas.

Masa pilihanraya, semua penjawat awam yang bertanding mesti letak jawatan kan. Yang tak bertanding, tak perlulah letak jawatan tapi kena tahu batas-batasnya. Biasa lah, nak pi sokong kawan separti bertanding, mestilah nak pi ikut kawan tu berkempen kan.

Haaaa......tang ni yang ramai keliru terutama yang berpangkat besar. Pi sana berkempen tapi pi atas tiket penjawat awam. Sepatutnya, nak pi tolong berkempen, kita kena ambil cuti tanpa gaji sebab berkempen tu bukan kerja penjawat awam. Malah tak boleh tuntut elaun perjalanan pun.

Bila saya tengok TV, perkara ni yang selalu bermain difikiran saya, depa ni pi pakai duit sendiri ka duit parti ka duit kerajaan (elaun perjalanan) ka. Pi majlis rasmi kerajaan tapi ucapan penuh dengan bau politik. Majlis pulak kat bangunan atau kawasan pejabat kerajaan.........

Bila dah menang dan menjadi penjawat awam, maka pada saya tiada dah istilah ahli parti disini. Semua kerja-kerja adalah untuk kepentingan awam, bukan untuk kepentingan parti.

Ahad, Januari 09, 2011

CMCC tempahan RUBY MACRES





Ruby Macres menempah CMCC 25 biji dan meminta dijadikan 2 set 16 biji dan9 biji.

Ruby nak bunga ros besar atas sebahagian dari CC ini. Maka ini lah yang terhasil.

Alhamdulillah, Ruby suka dan dalam sekejapan, set 16 biji sudah tinggal sedikit (kami berbual melalui telefon). Lega rasa hati sebab dapat menggembirakan hati sahabat.

Terima kasih Ruby. Lain kali insyaAllah, dapatpulak lihat wajah baby yang dah besar itu he he he

Rabu, Januari 05, 2011

Happy Anniversary to mama dan abah

Tempahan pertama bagi tahun 2011 datangnya dari Lilik Bukit Cermin. Dulu pernah tempah untuk birthday dia. Kali ni sempena Anniversary perkahwinan ibu bapanya.

Nak cerita kat sini, Lilik tempah last minute (Jumaat malam Sabtu 31.12.2010) sebab baru teringat hari bersejarah ni. Dan Allah susun saya tidak berada di rumah hingga tengahmalam 31.12.2010. Wahhhhhh..... nak tolak, kesian, tak sampai hati. Maka sampai je kat umah malam tu, saya terus bancuh kek dan sediakan ganache coklat dengan harapan pagi esok boleh mula menghias.

Alhamdulillah, semua siap pagi 1.1.2011.

Isnin, Januari 03, 2011

Pinggan Ubi kayu

Pinggan ubi kayu boleh dimakan dan mesra alam
Artikel ini di petik dari http://asastaniorganik.wordpress.com/

Pinggan pakai buang ubi kayuHasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari.

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara. ‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.
Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai. Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.
Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya. Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.
Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.
Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.
Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.
Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu
# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu
# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.
# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.
# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.
# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.
# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.
# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.
# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.
# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.
# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.Sumber berita harian onlineOleh Hafizah Iszahanidhafiza@bharian.com.my
Pinggan dan mangkuk mesra alam boleh didapati di laman web nie…..

http://safglobalsolutions.blogspot.com/