Selasa, Februari 22, 2011

Kek Oren Lembap Mak Dara

Pelik tak nama kek ni.

Asalnya kek ni resepi dari mak tapi disebabkan yang menyerahkan resepi ni pada saya ialah adik saya yang saya panggil Dara, maka saya letak nama kek ni sempena nama dia. Ada nilai komersial tak he he he.

Kek ini ditempah oleh Fatimah UiTM Jengka, untuk dibawa balik kampung katanya. Hiasan, terserah pada saya ...... hu hu hu apa nak saya hiaskan. Termenuuuung depan kek. Pandanggggg kek lama-lama, akhirnya ini yang dapat saya hasiklan.

Seperti biasa saya memang tak puashati dengan hasil kerastangan saya he he he. Tapi Ustaz kata lawa!!!!!! haaaaaaa ok lah tu. Harap fatimah dan keluarga berpuashati ye.

Kek Coklat Lembap Bluberry


Ini kek coklat lembap dengan disaluti coklat ganache dan blueberry. Ada filling juga. Disebabkan ini pertama kali saya buat, saya tak tau macan mana nak menghias, maka jadilah seperti ini. Malu juga he he he.Tempahan ini datangnya dari Ustazah Aza Zuraini maahad Jengka.

Asalnya ustazah Aza nak kek coklat lembap dan kek span blueberry sebab nak raikan selera anak tapi dah jadi mahal pulak. Maka saya cadangkan gabungkan aje. Namun anak yang tak berapa suka masam agaknya tak berapa nak makan kot, jadi ustazah Aza kata lain kali tempah kek Coklat pulak lah.

Begitulah hati seorang ibu

Untuk majlis pertunangan

Set ini ditempah oleh Ruby sempena majlis pertunangan adik iparnya(betul tak Ruby?).

Masa buat ni saya tak ada idea langsung nak deco macamana. akhirnya siap pukul 11 malam sebab termenung lama depan set ini ha ha ha

Alhamdulillah Ruby kata OK lawa.

Jumaat, Februari 18, 2011

Akak buat kelas deco tak?????

Sudah ramai yag bertanya soalan ini pada saya....

Sebenarnya, jauhhhh di dalam hati, naaaakkk sangat berkongsi ilmu yang tak seberapa ini dengan seberapa ramai orang. Secara tak formal, saya buat jugaklah bila kawan-kawan tanya.

Nak buat kelas formal memang menjadi harapan saya. Ustaz pun memang galakkan sebab bila dia dengar orang minta ajar, ustaz kata buatlah kelas, bila lagi nak ajar orang......(lebih kurang gitulah dia cakap....).

Tapi masalahnya, kelengkapan tak sesuai untuk buat kelas. Ruang di rumah pun tak berapa sesuai. Namun, saya selalu berdoa agar Allah memberi laluan mudah untuk saya menzahirkan angan-angan saya ini.....

Sahabat semua, suamiku, anak-anak ummi, doakan ye agar ini semua menjadi kenyataan.

p.s: cita-cita masa kecik(sekolah rendah) dulu, nak ajar kawan yang nak belajar sebab dulu saya bukan pandai sangat(tapi cikgu suruh duduk dgn budak hebat-hebat sbb dia kata saya pandai jugak, math je yang 100%) tapi bila tanya kawan yang pandai(yang duk dekat dengan saya tu) dari saya, depa tak nak ajar sebab agaknya saya ni comoot dan tak lawa (sampai sekarang gitulah saya, comooot je tak lawa ha ha ha). Jadi bila saya ada kelebihan sikit(ilmu la), maka saya pun sukaaaa kongsi apa yang saya ada(ilmu juga la tu sbb saya bukan kaya pun) dengan kawan-kawan yang minat nak cari ilmu. Perkongsian ilmu bukan hanya boleh berlaku pada guru saja tetapi boleh berlaku dalam pelbagai cara, kan kan kan........

Harga Baru Kek Mentega Oren dan Pelangi

A. Pure Butter (SCS atau Golden Churn)
Saiz 7" x 7" (empat segi)
atau
8" (bulat)

Harga per resepi

Tanpa frosting - RM35 (Dulu RM40)

Hiasan Ringkas BC - RM50(Dulu RM55)
Hiasan Basketweave BC - RM65(Dulu RM70)
Hiasan ringkas Whipping Cream - RM65(Dulu RM70)

BC - Buttercream

B. Margerin

Bentuk loaf 3" x 8" tanpa frosting - RM10(Dulu RM7)

*minimum order 2 biji kecuali ada tempahan lain diwaktu yang sama

Harga Baru Kek Cawan (CMCC)

Harga Kek cawan ni tak pernah saya naikkan harganya walau banyak bahan-bahan asas naik harga. Apabila dikira dicongak untung ruginya, kami tak tergamak nak naikkan harga. Cuma bezanya masa mula-mula saya hanya letak harga kek cawa sahaja, casing percuma. Tahun lepas baru saya masukka harga casing. tahun ni saya TERPAKSA naikkan sedikiiiit harga(itu pun dengan rasa berat hati). Harap semua sahabat menyetujui keputusan saya ini.

CMCC 25 biji topping dan hiasan BC RM45
(Dulu RM39)
CMCC 25 biji topping (Ganache coklat), hiasan BC RM58 (Dulu RM52)

Dan sekarang saya tidak mengeluarkan lagi kek cawan 16 biji. Hanya set 25 biji sahaja yang saya boleh buatkan untuk kawan-kawan. Namun jika ada yang mahu buat set 25 biji dalam keadaan set 16 + 9 biji, insyaAllah boleh saya uruskan dengan sedikit penambahan kos menyediakan casing bagi 9 biji kek cawan itu.

Selasa, Februari 08, 2011

Minggu yang melelahkan

Waaaahhhhhh..... dah bersawang dah ni. macam rumah benar saya ha ha ha....

Minggu lepas sehingga semalam Isnin 7.2.2011 adalah hari-hari yang memenatkan ..huh....letihnya.....Tuhan aje yang tahu.

Selasa 2.2.2011:
Ustaz cuti tapi banyak kerja yang kami kena buat. Yang tersenarai dalam jadualereja saya hanyalah menyiapkan CMCC tempahan Ruby dari MACRES. Tetapi tanpa memberitahu saya, ustaz telah membawa saya ke kedai perabut untuk membeli perabut.

Saya ingat, hanya untuk beli katil dan almari anak-anak. Rupa-rupanya beli juga katil untuk kami. Sebenarnya, kami tak pernah ada katil sejak kawin lagi ha ha ha. Teruk kan kami. Ini pun saya kata beli ajalah untuk anak-anak. Memandangkan kami ni dah tua(adush dush dush....), tak payah lah beli katil....ha ha ha

Ustaz kata, kena beli jugak.........Jadi petang itu dalam waktu asar semua yang kami beli sampai dirumah. Dalam pukul 6 lebih kot, siap pasang semua. Letih wei sebab kena kemas dulu bilik yang bersepah tu terutama bilik bebudak tuh.......

dalam pukul 7, Muna sampai(tumpang kawan dia yang duk Paya Keladan jugak). Plan sampai esok petang, naik bas tapi keluarga Zu datang ambik pulak.....Alhamdulillah......

Rabu 3.2.2011
Dalam 8.10 saya keluar pi periksa kereta Persona(ada masalah sikit) dan hantar CMCC ke Ruby Macres. Pas tu balik rumah tetapi pukul 10 keluar balik, nak pi cuci kereta (ada kupon percuma, expired 3.2.2011). tapi banyak keiret pulak, cancellah. Terus ke Jengka nak ambil Lina. Dalam pukul 12 tgh bertolak balik.

Lepas Zohor keluar balik pi Temerloh selesaikan bermacam-macam urusan termasuk bayara Takaful yang tertangguh berbulan-bulan.

Khamis 4.2.2011
Pagi-pagi dalam pukul 6.45 pagi bertolak ke KL sebab nak ambil 'Ezz dan Nasr. jannji dengan kakak, nak sarapan kat rumah dia. Haaaa baik tak adik dia ni ha ha ha...Panggil adik sekeluarga sekali sarapan bersama. Sampai dalam pukul 8.15.

Dalam pukul 9.15, 'Ezz telefon, kata dah keluar dari airport dah. Aik cepat pulak. Kami budget, depa sampai pukul 9 dan keluar pukul 10. Apa lagi, vrooom, kami keluar dari rumah kakak macam pacat kekenyangan ha ha ha. Terima kasih Ani.

Lepas ambil depa, terus ke bangi. Kot-kot Duan(adik Ustaz) nak balik kampung, boleh tumpang sorang kat kereta dia. dalam 12 lebih, kami bertolak balik . kami pakat singgah Lancang, rumah abang Ustaz, ziarah baby rabbit dia.

Waaaahhhhhhh kereta keluar ke KL punya lah banyak.

Sampai rumah, waktu maghrib. Lotihnya den........

Jumaat 5.2.2011
Lepas ustaz balik solat jumaat, kami keluar pulak sebab ada jemputan dr Pak Din(anak dia bukak kedai makan) jamuan di Esplaned temerloh. terus membeli barang anak-anak.

Sabtu 6.2.2011
Pagi-pagi pi beli sarapan dan pi rumah ayah ustaz sebab isteri abang ustaz yang duk sebelah rumah ayah, balik kampung. Tengahari dan malam kami pi lagi hantar makanan untuk ayah.
Lepas asar, pi pulak rumah Zu, bincang nak pi Pekan esok.

Ahad 7.2.2011
dalam pukul 12 tgh, kami sekeluarga bertolak kePekan(Zu tak balik sebab saudara dia meninggal). Saya drive sebab ustaz tak sihat. pukul 2.10 sampai Pekan, makan tengahri(ustaz masak tadi kat rumah), lepas tu solat di masjid.

dalam pukul 3.15 bertolak ke Jengka pulak. hantar Lina ke Maahad pulak. Maghrib sampai kat rumah.

Isnin 8.2.2011
Pagi-pagi bertolak ke jengka sebab nak daftar anak bujang saya pulak. Habis urusan semua, dalam tengahari. balik pejabat ustaz, makan tengahari. Kami balik temerloh dalam pukul 4.30 kot.

mak aiiiii letih sesangat. setiap hari saya mengalami keletihan yang amat teruk hingga tak lalu makan. selera minum air aje.

Malam tadi, mata dah panas, macam nak demam.

Alhamdulillah tak jadi demam.