Pagi Jumaat 29.10.2010, saya seperti biasanya mengekor ustaz pi kerja. tapi kali ni sambil menghantar 2 set kek cawan untuk Norly dan bakal suaminya di Taman Setia Jasa.
Yang menempah Norly tapi yang mengambil set itu serta membayar adalah Izamil. Mana aci ni Norly....gurau je. Ini lah persefahaman dan tolak ansur namanya. Moga kekal hingga keakhir nanti.
Hari Sabtu, saya tanya khabar kek cawan kepada Norly, alhamdulillah, Norly menyukainya. Terima kasih Norly dan Izamil atas kepercayaan anda berdua kepada akak. Jangan serik order dilain kali ye....
Maaf lah akak tak dapat hadir ke majlis sebab sedang berada di Negeri Sembilan. Ghalat juga sebab saya suuuuuka pi ke kenduri kahwin.
- CMC7 Ringkas - RM35