Isnin, Februari 08, 2010

Mengapa takut berkata benar?????

Biasa tak kawan kita ke sedara kita ke tak berkata benar dengan kita????


Contoh 1:

A dan berjanji berjumpa di satu tempat. A dan sampai. Tunggu punya tunggu, si B tak sampai juga. Maka A pun telefon si B.


B kata, ' nak sampai dah ni'
A, tunggu lagi. 5 minit tak sampai juga. Telefon B balik, tanya 'kat mana dah ni?'
B jawab,' dah dekat dah. Tunggu kejap ye.'
A, tunggu lagi. Lama juga tunggu. Malas dah nak telefon, takut kena marah pulak , asyik telefon.
Tak lama tu, B sampai tanpa rasa bersalah atau minta maaf atas kelewatan dan pembohongan yang di lakukan.



Contoh 2:
Satu mesyuarat akan di adakan pada sekian tempat dan sekian masa.


Tiba masa mesyuarat bermula, seorang ahli mesyuarat tak sampai lagi. Bila di telefon, dia kata on the way. Jadi ahli mesyuarat kata, kita tunggu polan ni dulu. Tapi laaama tak sampai juga , maka mesyuarat pun dimulakan kerana tidak adil untuk orang lain yang sudah datang awal.


Habis aje mesyuarat dan jamuan ringan bermula, polan ni pun sampai. Rupanya ada orang datang rumah dia dan dia bertolak dari rumah lebih kurang waktu mesyuarat bermula.


Apalah salahnya bercakap benar. Takkan orang nak marah kot jika sebab kita lambat tu sebab syar'ii kan. Kalau kawan kita marah pun, kita patut terima sebab kita memungkiri janji.


Saya ni kan memang pemarah orangnya. Kalau macam ni yang terjadi pada saya, saya akan lebih berhati-hati dengan orang ni di lain kali tapi tak lah hingga saya marah-marah atau putus persahabatan. Rasulullah pun maafkan musuh dia kan, inikan sahabat, saudara kita. Saya boleh maafkan tapi nak melupakan agak sukar. kalu kita lupa besar kemungkinan kita takkan akan berhati-hati dilain kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan