Jumaat, Jun 18, 2010

Untuk keluarga tersayang

Tempahan kali ini dari anak-anak di Maahad(kawan Lina dan Muna). Maklumlah nak cuti panjang ni, mungkin anak-anak ini ingin membawakan sesuatu untuk keluarga di kampung terutama jika yang adik-adik kecil yang comel yang sedang menunggu kakak mereka balik dari asrama.

uuuuuu seronoknya jika kita balik ada wajah comel menanti di depan pintu sambil bersorak-sorak. Saya tak merasa suasana itu sebab kami 3 beradik perempuan membesar bersama, beza setahun aje kami bertiga. Teringat masa mula kerja tahun 1989, bila balik KL, mesti belikan 4 pasang pakaian kat pekan sehari Temerloh untuk anak-anak saudara 4 orang. Seronooook sangat masa tu ........ Sekarang, dah tua-tua ni, anak-anak dah besar jadi saya tumpang gembira dengan anak-anak adik di KL (anak kakak pun dah besar-besar). Cuti sekolah ni, saya telah menculik anak adik dua orang hi hi hi...... teringat masa anak-anak kecil dulu. seronoook sangat.
Sekarang sekolah dah dibuka semula. Selalu teringat Iman dan Aida (anak-anak adik yang saya culik). Kadang-kadang tergelak sendiri.
Sekarang jom tengok gambar-gambar kek tempahan pelajar maahad jengka






Tiada ulasan:

Catat Ulasan