Jumaat, Julai 16, 2010

Famous Ami ala-ala famous amos

Semalam(15.7.2010) saya buat biskut Famous Ami 3 adun. Jenuh juga mencari tupperware nak isi biskut yang banyak ni.

Malam, dalam pukul 11 kot, saya dan ustaz packing biskut dalam casing dia. Pas tu saya buat sticker untuk produk saya ni. Sedang buat bahagian bahan ramuan(sedang menaip marjerin), saya baru teringat(masa tu pukul 12 tengah malam, sebab tengok jam, he he he) sepatutnya guna pure butter tetapi tak tau kenapa saya telah menggunakan margerin.

Bukan saya terlupa tapi tak tau kenapa, tanpa boleh saya kawal tapi saya ingat dengan jelas, saya menggunakan margerin.

Laa mengapa pulak, salah ke guna margerin?

Tak salah pun tapi bagi saya lebih sedap dan tahan lama elok lah guna pure butter.

Entah apa hikmahnya di sebalik kesilapan besar ini........

Entah apa isyarat yang Allah nak beritau saya. ............

Apa-apa pun saya pernah belajar, setiap kesilapan pada masa itu tanpa kita sengajakan atau tanpa kita kehendaki, itu adalah terbaik untuk kita pada masa itu. Perasaan itu membantu saya menenangkan fikiran saya. Namun syaitan ni pandai betul memainkan peranannya, saya agak sukar tidur malam tadi memikirkan amanah orang nakkan biskut yang biasanya saya guna pure butter.

Maka pagi-pagi tadi, dalam perjalanan ke UiTM Jengka(ngekor ustaz je kan) dalam 7 lebih, saya cuba telefon Puan Sulaila yang menempah biskut ni. Tapi tak dapat, tambah risau juga sebab saya mesti berterus terang tentang kesilapan besar saya ini.

Akhirnya Puan Sulaila telefon kembali. Perbualan kami diselangi dengan gelak tawa kami. Maka saya rasa tenang sebab telah berterus terang.

Moga suatu hari yang medatang Allah tunjukkan pada saya hikmahnya berlaku peristiwa, dengan jelas saya memahami isyarat yang ingin Allah sampaikan pada saya.

RESEPI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan