Jumaat, Oktober 22, 2010

Mintak demam?????

Hari ni hari ketiga saya tak sihat, demam tapi macam tak demam sebab boleh gelak-gelak, boleh jerit kat rabbit macam orang sihat. Itu yang orang tengok tapi yang rasa tak sihatnya saya, tekak sakit, badan seram sejuk tapi badan macam tak panas macam orang demam ha ha ha Tipu ka.

Saya kalau demam memang gitu. Marah kat anak pun boleh lagi tapi lepas tu tergolek aje. Macam mana orang nak percaya kita demam kan kan kan. Orang mungkin bole kata, ni sebab malas buat kerja lah ni.

"Bang, rasa macam nak demam tapi panasnya tak mo keluar" kalau Lina dengar ni mesti dia kata, ummi mengada-ngada he he he dengki!!!

"Sape suruh nak demam..." sambil ustaz gelak. Saya pun tergelak sama. Haiiii siapa lah yang mintak-mintak nak demam kan kan kan tapi ayatnya memang gitu ha ha ha

2 ulasan:

  1. saya kalau 'rasa nak demam' minum air badak... x pun air kelapa tuk kuar an panas dlm badan...
    x tau le org lin cam na... ok ke x...

    BalasPadam
  2. Saya ni jenis takut ubat. Jika org kata ubat aje, memang l;ah tak ambik. Masa kecik dulu, air bacaan Yassin pun saya minum dah rasa payau ha ha ha.

    Perangai tak nak makan ubat ni bawa sampai ketua

    Tapi memang suka minum air kelapa syarat jgn sebut untuk UBAT

    BalasPadam