Jumaat, Mac 05, 2010

Pokok lada kami

Nak cerita kisah pokok lada besar kami la pulak.
Pokok ni Lina yang semai, Ustaz yang anggurkan.
Saya ni memang kuat berangan, suka pasang cita-cita. Anak-anak selalu ejek saya, kuat berangan. Saya kata"Ummi berangan bukan berangan yang sia-sia. Angan-angan tu kan doa"
Saya berangan ada kebun sayur. Ada pokok lada besar dan kecik, sayur-sayuran. Timun ke, petola ke, kacang ke kacang buncis ke. Apa-apa la yang orang guna setiap hari. Tapiiiiiii kat mana nak jual, macam mana nak pasarkan.......ish ish ish terbantut angan-angan saya.
Ada sapa-sapa boleh bantu saya????????

Gambar ni diambil pada 18.2.2010. Pokok yang sama dalam gambar di bawah tu


Ini lada besar. Yang bawah, saya saja zoom in lada yang besar-besar nih. Biar org geram. Lama juga nak tunggu dia jadi merah. Saya tau sbb pernah tanam masa kat SMK Seri Jengka dulu. Gambar ni diambil tadi 5.3.2010



Ini satu lagi pokok lada besar yang dah banyak buahnya

Ini ada 4 batang pokok lada besar yang masih kecil lagi



Ini pokok lada api. Ada lagi pokok lain. Banyak dapat, tiap-tiap haik mri kena petik tapi tersimpan aje kat peti ais. Asyik masak lemak cili api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan