Rabu, Jun 03, 2009

Coklat lagi

Ni ada lagi gambar-gambar cokleat yang saya buat. Silalah jamu mata














Semua ini perlukan pembaikan. Masih terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan yang penting saya perlukan banyak lagi latihan.

Cokelat ku untuk dijual

Kali ni nak tunjuk lah coklat saya (cubaan kali ke empat). setelah 3 kali buat, ada aje yang kurang memuaskan hati, saya pun fikir punya fikir apa silap saya, maka cuba lagi. Alhamdulillah jadi.

Ini lah hasil nya.


4 biji dalam kotak ekslusif: RM6.50

6 biji dalam bekas kotak plastik ekslusif: RM7.50


15 biji dalam bekas bentuk hati: RM18.00

Lebih daripada 100 biji tanpa bekas: RM0.90 sebiji

Aneka jenis:
1. Bubble rice
2. kacang
3. Inti Oren
4. Strawberry

Akan menyusul beberapi inti dan perasa. Doakan kejayaan saya ye teman-teman....


Sesiapa yang berkenan dan tergerak hati nak makan coklat ni, jangan malu-malu silalah hubungi saya ye.

Malas tahap kayangan nih

Ya Tuhan..... apalah sejak kebelakangan ni saya terlalu malas nak buat itu, nak buat ini di rumah. Nak buat roti malas, nak buat coklat malas. Apa apa je lah. malaaaaas sesangat.

Jadi dua hari lepas kot, saya buat muhasabah diri. Tanya diri sendiri, mengapa tiba-tiba sikap buruk ni melanda diri. Setakat ini saya buat kesimpulan bahawasanya saya telah meletakkan diri saya jauuuuuh dari Allah.

Solat dhuha dah jarang-jarang dah. Dulu masa ada pusat rawatan , selalu buat, hampir setiap hari.

Hadiah untuk emak di alam barzah dah jarang sangat, selalu buat dalam kereta aje, baca surah al-fatihah aje sepanjang bawa kereta. Dulu hampir setiap hari mengaji, paling-paling 2 mukasurat.

Ngaji pun dah jarang-jarang sangat nih. aduuuh apa nak jadi ni.....

Teruk sangat dah ni. kalau nak kira cedera, cedera parah, nazak dah ni.

Jadiiiii, kak rikha oooiiiiii.... cepat-cepat lah masuk balik ke jalan lurus yang Allah dah suluh kan tu ye.

Ya Allah, ampunkan dosa-doa hambaMu ini. Ampunkan aku diatas kelalaian aku dalam menyembahMU, ya Allah. Jangan lah kau pesongkan hati ku ini setelah kau tunjukkan jalan yang lurus.

Aaaamiin...........

Isnin, Mei 25, 2009

Adush....toing , toing, toing

Kena tag dik adik saya . Saya dari dulu lagi berharap untuk tidak di tag. Ni yang nak marah ni, adik sendiri tag. Apa-apa pun kena raikan lah ye tak. Tapi saya hurai satu-satu lah.

Perkara pertama tentang saya:

Kuat marah

Haaa dulu masa jadi cikgu kat SMT Puteri, saya dilabelkan oleh anak murid saya, guru paling garang sebab asyik nak marah aje. Kawan saya kata, 'laaa cikgu Matematik, kalau tak garang anak murid tak pandai".

Macam mana tak marah, dah terang dan huraikan satu demi satu, step by step. Siap tanya lagi, sebelum pindah ke langkah baru, "ada soalan?"

Habis complete penerangan, tanya lagi "ada soalan"

Ada yang jawab,"cikgu saya tak faham semuanya, boleh terangkan semula dari mula?"

iiiissssshhhh Geram tak?

Tak patut ke saya marah?

Tapi kan, kata aje saya ni guru paling garang, masih berani juga tak buat kerja yang saya amanahkan. Haah rasa tak cukup garang lagi tu, kan kan kan.

Lagi satu, saya cukup marah bila orang bawa kereta ikut sedap dia aje. Elok kita beratur untuk buat U turn, senang-senang dia potong Q terus kedepan. Pas tu, bila kita masuk jalan, kita tersekat dik dia, dah orang belakang kena tunggu pulak.Tak ke sakit hati. Ini selalu berlaku masa saya hantar anak saya kesekolah, nak buat u turn di traffic light Temerloh Jaya. Dalam kereta anak saya puas dengar bebelan saya. Saya selalu kata, kalau nak cepat keluarlah dari rumah awal. Orang lain nak cepat juga tapi masih beratur. kan kita ajar anak kita, ikut giliran....

Perkara lain tentang saya, akan di sambung di episod akan datang ye. Pernah ke orang jawab tag bersambung-sambung gini. Biar saya yang buat ek. lain kali jangan tag saya tau.

Ahad, Mei 24, 2009

BFC untuk Mak Usu KL




Janji nak jumpa adik saya di karak pada pagi Sabtu 23.5.2009. Dia nak hantar coklat yang dia tolong ambilkan di Bangi.

Jadi tanda terima kasih, saya kelam kelibut buatkan untuk dia BFC satu.

Ada cerita disebalik pembuatan kek ini. Cuba tengok swirl dia. Yang sebelah kiri no. 6 dan sebelah kanan no. 6. Lain kan texture dia.

Saya guna lebihan saya buat untuk Fara TJ, dengan penuh yakin saya terus buat swirl atas kek. Pastu masa letak cari merah, 2 kuntum swirl macam mengalir lembik. adush..... macam mana ni.
Akhirnya saya mix balik baki maroon tu. Buat balik swirl yg rosak.
Tu la yg tak lawa tu. sampai karak, terus buka .....terkilannya, yang 4 biji tak ganti tu, habis roboh. Pengajaran........lepas ni sebelum buat, mix balik.
Saya tak malu nak cerita dan tunjuk kesilapan saya ni tapi saya cerita ni dgn niat orang lain juga boleh ambil pengajaran atas kesilapaan BESAR yang saya buat. Alhamdulillah Allah tunjuk kesilapan ni pada kek yang nak diberi pada adik saya. Kalau terjadi pada kek pelanggan, kan ke haru biru jadinya.
Terkilan juga bagi adik yang tak elok tapi apa nak buat. Itu yang terbaik Allah rancang untuk saya.

BFC untuk Hasni PUTERI






Sekali lagi hasni Puteri menempah BFC. Cuma kali mini dia nak yang besar 9 inci.



Alhamdulillah Disiapkan awal pagi tadi 24.5.2009. Sebenarnya hampir 99% disiapkan malam tadi. Malam tadi hawa agak sejuk jadi whipping cream tak meragam.



Terima kasih hasni. Minat sungguh hasni ni dengan BFC.

Sabtu, Mei 23, 2009

BFC untuk Fara TJ




BFC kali ni ditempah oleh Fara, begitu awal sekali tempahan dibuat.

Nak warna maroon kata fara. Haii...hati mula gundah gulana memikirkan cara nak dapat warna. Telefon Zati, alhamdulillah Zati kata ada pewarna baru Americolor warna maroon. Dan Allah susun dia akan tturun ke KL,maka buat temujanji di tol temerloh. TQ Zati.

Saya cuba menyiapkan kek ini selepas subuh sebab pengalaman dengan kek oren Ida. Dalam pukul 10.30 kek siap. Payah sungguh nak dapat warna ni. Kalau boleh nak elak guna pewarna yang banyak tapi tak leh nak elak kali ni. Tak tau lah maroon ke tidak ni ye.
Tulisan masih menjadi masalah buat saya. Bila nak selesai ni......
Kami janji bertemu pada pukul 12 di tempat kerja Fara. Kami berbual sekejap daan saya terus pi ambil anak bungsu saya.
Petang itu dalam pukul 3.06 pm fara hantar sms:
"kak, kwn2 fara semua kata lawa....................."
Alhamdulillah, tapi belum rasa lagi tu, entah sedap entah tidak.
OK TQ Fara atas kepercayaan dan keyakinan yang tinggi ada akak.