Selasa, Julai 07, 2009

Coklat lagi

Semalam 6.7.2009 cuba sekali lagi buat coklat guna real chocolate(coverture) dan dark compound.

Masa guna real choc, saya menghadapi masalah kelikatan choc, kena berlatih lagi.

Namun rasa tetap sedap.

Dark choc agak pahit sebab peratus cokelat tinggi dibanding dengan coklat susu (milk choc). Untuk yang hendak jaga kesihatan, dark choc sesuai sangat.
Kerja mewarna agak merumitkan. Maka bayaran tambahan akan dikenakan untuk yang mahu coklat yang berwarna.

Jom tengok gambar.......

Coklat di atas ini menggunakan real(Coverture) chocolate.

Coklat di atas ini pula menggunakan dark compound chocolate

Isnin, Julai 06, 2009

Perkara kedua tentang saya

Ini sambungan jawapan tag dari adik saya.

Perkara tentang saya ialah:

PERAHSIA

Banyak benda yang saya suka simpan sendiri untuk saya. Rasa rahsia yang disimpan itu memberi satu umph dalam hidup saya (susah nak ungkapkan dengan bahasa).

Ada benda yang saya rahsiakan untuk sementara waktu yang akan saya kongsikan juga dengan orang lain pada waktu yang saya fikirkan sesuai. Contohnya, kes saya bersara awal. Lama saya simpan rahsia ini dari keluarga dua-dua pihak.

Mengapa ini pun nak dirahsiakan. Banyak sebabnya. Antaranya nak membuktikana pada keluarga bahawa kami takkan menghadapi masalah kewangan dengan saya sebagai surirumah sahaja.

Susah juga simpan rahsia ni, kadang-kadang hampir terpecah. Mertua saya tahu sendiri bila mereka pi sekolah saya mengajar. Bila kawan di sekolah beritau cerita ini, hah....panik sekejap.

Mak saya dah meninggal masa bersara. Bapak menunjukkan respon tak berapa setuju.....

Namun sekarang semua OK...

Sekarang ni saya sedang menyimpan satu rahsia besar dan hampir nak meletup dah ni. InsyaAllah rahsia tak menjadi rahsia lagi pada akhir bulan 7 ini. Tunggu........

Dalam banyak hal saya suka berkongsi dengan orang lain. tapi kadang-kadang saya memerlukan ruang sendiri dengan rahsia saya agar hidup saya terisi(tak tau term apa nak guna).

Ustaz pun tak faham nape saya nak rahsia tapi saya rasa ia seperti menghidupkan hidup saya. ha ha ha bahasa apa ni.....

OK sambung lagi nanti

CMCC utk Kak Ain







Tempahan CMCC ini datangnya dari rakan sejawat ustaz, ustazah Ruaain UiTM untuk dibawa balik kampung katanya.

12 biji frosting coklat ganache dan 13 frosting BC. Hiasan semua menggunakan BC.

Diserahkan pada kak Ain 3.7.2009.

Harap kak Ain dan keluarga berpushati ye.

Khamis, Julai 02, 2009

Apa peraaaan anda jika ........

Cuba anda bayangkan, apakah tindakan anda, perasaan anda jika satu hari anda baca telefon suami anda:

Abang, abang kat mana ni. Tau lah abang balik hari ahad tapi nape tak jawab telefon. Dah 30 kali telefon, tapi tak jawab. Risau abang kena colek ke ......

Haaaa.......cuba anda bayangkan.

Mesej ni tak berapa lengkap sebab dah lama berlaku, jadi tak berapa ingat kesemua isinya. Yang paling ingat :

Taulah abang balik hari ahad.

SMS tu masuk dalam telefon ustaz dalam 3 tahun lepas kot.

Ustaz beri saya baca. Saya tergelak besar. Jika saya teringat kisah ni memang saya ketawa sendiri. Tengah menaip ni pun saya masih tersenyum.

hai....... tak jeles ke?

Tak jeles maknanya tak sayang suami la tu...........

Saya puas lah ngusik ustaz masa tu.

'Haaaaa.... nak rahsia ye....... nak tengok abang nak gi mana hari ahad ni..... '

tau lah ustaz kan, senyum aje .......

'tak de lah', dia kata.

Saya balaskan sms org itu menyatakan mungkin salah nombor. Org tu pun balas minta maaf.

Pas tu kan, puas saya ngusik Ustaz.

Kelakar kan.

saya tak tau lah kalau org lain.

Selasa, Jun 30, 2009

Khas untuk Suami tercinta

Pada 28.6.2009. Norli PUTERI hantar SMS, nak order kek span berperisa oren sempena birthday suami tercinta. Dia minta saya warnakan ikut warna jantan.


Jadi pada 29.6.2009 saya pun siapkan segala benda untuk kek ini. Tanpa saya sedari kek siap pada pukul 12 tgh malam. Baru teringat warna yang diminta bersifat kelelakian. Tapi saya buat hiasan yang feminin. Macam mana ni.


Sori lah Norli. Lupa dan kalau ingat pun tak tau, yg sifat kelelakian tu macam mana. Dan saya memang tak puas hati dengan hasilnya. Perlu pergi kelas lagi ni. Zati, tunggguuuu ......


Jom tengok gambar.




Khamis, Jun 25, 2009

CMC di Hari Koperasi SMKT Temerloh

Pada 23.6.2009, seorang sahabat hantar sms nak order CMCR,nak ambil pada pagi esoknya 24.6.2009. adush.....last minute order ni amat menyeram bagi yg amatur macam saya ni.

Tengahari saya pi dating dengan dia kat sekolah dia untuk bincang habis-habisan. saya kata kita kena timbangkan kumpulan sasaran kita, warga sekolah (pelajar dan guru) atau terbuka pada orang luar. Berapa gerai akan dibuka, adakah saingan produk yang sama akan dijual. saya tak mau kedua-dua pihak, saya dan sahabat menghadapi masalah jualan tak habis.

Maka dia berkeputusan untuk menempah 10 biji MCR dan CMCRH 3 biji sahaja. Namun semasa di rumah, Zawiyah hantar SMS minta buat CMCC jika berkesempatan.

Dengan itu saya mengadun kek untuk 3 biji CMCRH, 9 biji CMCR dan 10 biji CMCC. Malang sungguh, sebiji kek terjatuh semasadikeluarkana dari oven. Apa lagi, kek pecah. Alhamdulillah aluminium foil tak tertanggal, boleh buat makan-makan kat rumah.

Malam saya siapkan 2 biji CMCRH sebab sebiji dah pecah dan 8 biji CMCR. 1030 siap, tinggal nak deco CMCC 10 biji. tapi dah terlalu letih, insyaAllah buat sok, sempat kot.

Malangnya, tak tau mana silapnya, apa yg saya buat semua tak jadi. buat rosette tak lawa, buat flower drop tak lawa. jam dah pukul 7 pg. naka hantar nasr ke sekolah ni. Maka tinggallah CMCC.

Zawiyah kata, yang RM15 (CMCRH) yang habis dulu. Apa-apa pun Alhamdulillah , semua ni rezekiyang Allah kurniakan pada hambaNya.

Jom tengok gambar...


Bunga ros tu saya buat guna mold yang baru dibeli, nak cuba tengok hasilnya. saya tetap kurang berpuas hati dengana hasilnya. Tak pe...akan ku baiki lagi

Khamis, Jun 18, 2009

Kebun tembikai Ustaz

Pokok tembikai ni ustaz yang tanam. Ari kami makan tembikai(tak ingat dapat mana). Ustaz kumpul biji-biji dia.

Saya tanya: Nak bawa kemana tu?

Ustaz: Nak tanam

Saya: ha ha ha tergelak besar

Ustaz: Gelakkan ye...sambil dia senyum tengok isteri dia tergelak besar

Bukan nak pandang rendah usaha ustaz tapi macam budak kecik, selalu ni keje Lina dan Nasr. Korek lubang, buh semua biji.......

Ustaz pun kuar rumah. Pas tu saya lupa dah kisah ni. Tapi memang nampak tiap pagi dan petang lepas balik kerja, dia duk kat depan pasu, tapi saya tak tanya.

Ada satu ari tu, ustaz kata,"nanti tolong siram pokok ye?"

Saya memang tak layan benda kat luar rumah ni, konon banyak keje kat dalam...hi hi hi....

Waaaahhhhh.....banyaknya pokok tembikai.....

Haaa tu lah.....bukan nak nengok.....ha ha ha gelak lagi saya ni. Malu la kan.....

Banyak dah buah nya wei........ Jom nengok.....