Sabtu, Januari 09, 2010

Pi ziarah anak-anak

Semalam 8.1.2010, pi ziarah ank-anak sambil nak menanya khabar anak bungsu saya tu.Hantar sekali beberapa helai baju dan seluar dia yang tertinggal.

saya menunggu di tempat pertemuan keluarga dekat dengan masjid maahad. Nasr sampai dulu. Dari jauh dia dah senyum....

"Ummiii, lamanya tak jumpa"

Saya senyuuuum manjang sambil fikir, kesian anak aku ni. Tak sampai 2 hari pun dah rasa lama. hari nak hantar dia tu, entah berapaa kali dia tanya, bila dia boleh balik. kami berdua gelakakan aje. Belum sampai sekolah, dah tanya nak balik.

Abang dia buat laporan panjang menjela...antaranya.

Ummi, adik tak pi makan. Entah berapa kali tak pi makan. Yang saya faham macam tak pi makan langsung.

"Abaaaaag, kuruslah anak kita kat sini nanti" sambil saya dan ustaz gelak.

Pas tu dengan marahnya Nasr, dia kata dia kena jadi ketua kumpulan, abang faci yang pilih.

Pukul 3 ustaz ada mesyuarat, jadi kami jumpa tak lama pun tapi sempatlah makan nasi dengan sup ayam kampung.

Kat Rumah, bila makan teringat Nasr.

"Bang, adik makan ke tidak ni ye?" Ustaz gelak aje, saya pun senyum balik.




Jumaat, Januari 08, 2010

Honeymoon ?????????

6.1.2010, Rabu, kami menghantar menghantar anak bungsu kami,Nasr, mendaftar Tingkatan 1 di Maahad Jengka. Dengan itu maka kami dengan rasminya dapat hadiah, honeymoon la. Dulu kami tak pi honeymoon pun sebab rasa itu tak penting dan saya lebih suka itu sebab saya masih malu dengan ustaz(tak kenal kan). Lain kali saya cerita la dalam entri khas he he he

Sebelum meninggalkan Nasr dan anak-anak yang lain, berkilo-kilo, berguni-guni, berlori-lori saya beri peringatan pada mereka terutama Nasr dan'Ezz.

"Adik, dengar arahan betul-betul"
"'Ezz, jangan marah-marah adik"
"Adik, jaga diri baik-baik. Jangan kacau abang."

Dan bla bla bala.....

Saya meninggalkan Nasr dengan perasaan yang risau sebab saya kenal perangai dia. Tapi saya nak dia belajar berdikari tanpa sentiasa diingatkan oleh saya ataupun ahli keluarga yang lain. Bukan saya sahaja yang risau, saya rasa abang dan kakak-kakaknya pun risau juga sebab banyak juga pesanan dari kakak-kakaknya. Ustaz ...dia jenis tenang, macam Nasr tu lah. Relax je......

Abang dia risau juga agaknya sebab dia tak adik dia malukan dia he he he......Tapi saya yakin 'Ezz orang yang penuh tanggungjawab cuma tak pandai nak menzahirkan kelebihannya ini dengan cara yang berhikmah, garang semacam........

Semalam 'Ezz telefon," Ummi, tadi adik ..bla bla bla....."
Saya : janganlah marah adik .......
Ezz : mana ada orang marah
Saya : tuuuu cerita kat ummi macam maraaah je

Saya dah risau dah, terbayang muka seposen Nasr tu....kesian dia

Hari ni, saya ikut Ustaz pi kerje sebab tengahari nanti nak pi tengok depa sambil makan tengahari sama-sama. Itu lah hati seorang yang bergelar ibu kan, walau macam mana susah pun, anak tetap utama dalam hidup dia.

Khamis, Januari 07, 2010

Malaysia perihatin

Ini ada satu email saya baru terima, elok juga kalau di pamer di sini, tak perlu saya email dah kan.....

Fw: (-_-) Sila Panjangkan Email Ini
Wednesday, 6 January, 2010 5:34 PM
From: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
To: undisclosed-recipients



BACA DAN SELAMI.
PANJANG2KAN LA E-MAIL INI.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL . Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi. Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai. Sumbangan ikhlas anda amat di hargai: Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840 F-03-04 Mentari Court , Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari , 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. RHB Bank A/C No : 112-24-6000- 4059-2 Bantuan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL and sekiranya anda tidak mampu memberi sumbangan, diharap anda menyambungkan email ini kepada rakan-rakan anda. Bantuan anda amat sangat dihargai. Semoga tuhan dapat membalasnya.

Kedai bakeri Milik Orang Islam di Ampang... Jom pi sana

artikle ni saya culik dari blog coklat adik saya . Nak tengok gambar kedai ni boleh ke blog adik saya ni ye.

Kedai menjual bahan2 kek-Hanum Bakers

Berita baik!!Bagi kawasan sekitaran Ampang/Keramat/Cheras, anda boleh membeli barangan bahan2 kek,biskut dan roti dari kedai yang baru dibuka milik orang melayu. Nama pemiliknya adalah Fathilahanum dan panggil saja Hanum. Aku beli barangan untuk ganache. Coming, dia akan jual Beryl's dan produk coklat lainnya. Memang dia akan menambah barangannya dari masa ke semasa.Jom ramai2 kita bantu orang kita berniaga. Moga Allah memberkati segala usaha kita yang murni.



Alamat seperti di bawah:
Hanum BakersLot 40 & 48
Blok B4Ampang Waterfront
Jalan AmpangBukit Belachan
68000 Ampang

Telefon : 012-9132687

Jumaat, Januari 01, 2010

Kepuasan

Habis buat kek Fizah, Azian UiTM pulak nak CMCR 2 biji untuk di bawa balik kampung di Johor. Permintaan makcik dia rasanya. Tak sampai hati nak menghampakan hajat sahabat, buat juga malam tu sebab esok (Rabu 30.12.2009, kalau tak silap), Azian nak balik kg naik keretapi di jerantut.

Minggu ni Ustaz cuti jadi kirim pada encik Adnan je (terima kasih en Adnan ye)

TQ Azian ye

Satu kepuasan yang tak terceritakan jika dapat memenuhi hajat seseorang kan......

Cerita tannpa gambar

Sepanjang minggu lepas, saya terlalu sibuk memenuhi hajat saudara-saudara saya.

Saya jangkakan selesai kek untuk Zana, maka siap semuanya. Namun sedang saya menyiapkan kek zana, Norhafizah UiTM menelefon saya. Fizah mahu kek buah. Saya terus terbayang kek buah basah yang pernah saya buatkan untuk Ustaz Ahmed UiTM.

Walaupun saya baru je belajar ( dengan Shahril) sejenis lagi kek buah bakar , saya masih belum buat ulangkaji lagi, maka tak berapa yakin. Fizah nak hari Ahad, saya tak yakin sempat buat sebab bahan-bahan tak ada di rumah. Jadi saya cuba buatkan hari Isnin 28.12.2009 sebab Fizah nak balik Johor pada pagi 29.12.2009.

Selepas balik dari rumah zana di jengka 11, saya terus cari bahan yang tak ada rumah.
Pagi-pagi Isnin, terus mengadun dan mengukus. Kukus 4 jam tau!!!!! Tu yang buat dia tahan lama.

Selepas Fizah, saya gelisah dan susah hati dalam menanti respondari Fizah. Kek ni kek siburuk rupa................ Akhirnya Fizah hantar berita yang menggembirakan saya. aaaaahhhh leganya...........

TQ Fizah atas kepercayaan dan keyakinan pada akak.

SELAMAT TAHUN BARU

Hari ini telah masuk tahun 2010.

Bila masuk tahun baru, orang selalu cakap pasal azam kan. Tapi kalau kita buat muhasabah, rasa-rasanya azam tinggal azam aje kan. Tapi ada juga yang buat azam dan buat apa yang dia nak buat .

Yang penting, apa yang kita buat berlaandaskan syariat. yang bagusnya, biaralah kita ada objektif jangka pendek untuk mencapai objektif jangka panjang kita.

Apa-apa pun saya mendoakan kita semua dapat apa yang kita hajatkan dan ia mendapat keberkatan dari Allah.