Jumaat, Januari 01, 2010

Cerita tannpa gambar

Sepanjang minggu lepas, saya terlalu sibuk memenuhi hajat saudara-saudara saya.

Saya jangkakan selesai kek untuk Zana, maka siap semuanya. Namun sedang saya menyiapkan kek zana, Norhafizah UiTM menelefon saya. Fizah mahu kek buah. Saya terus terbayang kek buah basah yang pernah saya buatkan untuk Ustaz Ahmed UiTM.

Walaupun saya baru je belajar ( dengan Shahril) sejenis lagi kek buah bakar , saya masih belum buat ulangkaji lagi, maka tak berapa yakin. Fizah nak hari Ahad, saya tak yakin sempat buat sebab bahan-bahan tak ada di rumah. Jadi saya cuba buatkan hari Isnin 28.12.2009 sebab Fizah nak balik Johor pada pagi 29.12.2009.

Selepas balik dari rumah zana di jengka 11, saya terus cari bahan yang tak ada rumah.
Pagi-pagi Isnin, terus mengadun dan mengukus. Kukus 4 jam tau!!!!! Tu yang buat dia tahan lama.

Selepas Fizah, saya gelisah dan susah hati dalam menanti respondari Fizah. Kek ni kek siburuk rupa................ Akhirnya Fizah hantar berita yang menggembirakan saya. aaaaahhhh leganya...........

TQ Fizah atas kepercayaan dan keyakinan pada akak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan