Isnin, Februari 08, 2010

Mengapa takut berkata benar?????

Biasa tak kawan kita ke sedara kita ke tak berkata benar dengan kita????


Contoh 1:

A dan berjanji berjumpa di satu tempat. A dan sampai. Tunggu punya tunggu, si B tak sampai juga. Maka A pun telefon si B.


B kata, ' nak sampai dah ni'
A, tunggu lagi. 5 minit tak sampai juga. Telefon B balik, tanya 'kat mana dah ni?'
B jawab,' dah dekat dah. Tunggu kejap ye.'
A, tunggu lagi. Lama juga tunggu. Malas dah nak telefon, takut kena marah pulak , asyik telefon.
Tak lama tu, B sampai tanpa rasa bersalah atau minta maaf atas kelewatan dan pembohongan yang di lakukan.



Contoh 2:
Satu mesyuarat akan di adakan pada sekian tempat dan sekian masa.


Tiba masa mesyuarat bermula, seorang ahli mesyuarat tak sampai lagi. Bila di telefon, dia kata on the way. Jadi ahli mesyuarat kata, kita tunggu polan ni dulu. Tapi laaama tak sampai juga , maka mesyuarat pun dimulakan kerana tidak adil untuk orang lain yang sudah datang awal.


Habis aje mesyuarat dan jamuan ringan bermula, polan ni pun sampai. Rupanya ada orang datang rumah dia dan dia bertolak dari rumah lebih kurang waktu mesyuarat bermula.


Apalah salahnya bercakap benar. Takkan orang nak marah kot jika sebab kita lambat tu sebab syar'ii kan. Kalau kawan kita marah pun, kita patut terima sebab kita memungkiri janji.


Saya ni kan memang pemarah orangnya. Kalau macam ni yang terjadi pada saya, saya akan lebih berhati-hati dengan orang ni di lain kali tapi tak lah hingga saya marah-marah atau putus persahabatan. Rasulullah pun maafkan musuh dia kan, inikan sahabat, saudara kita. Saya boleh maafkan tapi nak melupakan agak sukar. kalu kita lupa besar kemungkinan kita takkan akan berhati-hati dilain kali.

Jumaat, Februari 05, 2010

Hari ini??????

Pagi tadi, saya beritau ustaz, "bang, ari ni Ha nak golek-golek aje"

Kain dah dua hari tak lipat. Membasuh, rajin. Melipat, malas. Siapa yang sama macam saya ni? Sila angkat tangan ha ha ha

Biasanya bila saya letiiiih sangat, saya memang tak nak fikir langsung tang keje-keje ni. Walau depan mata nampak bersepah tapi buat-buat tak nampak. Baring, pejam mata, konon nak tido. Tapiii tak boleh tido laaa.... Geram betul. Memang jaaaaarang tido siang dan tak nak biasakan diri sebab bukan elok tido siang ni. Jadi mata ni memang tak nak tido siang.

Tengahari nanti saya kemas lah sikit-sikit sebab saya ni bab kemas-mengemas memang lembap banyak. Ada hari tu, ustaz talipon saya. Tak pernah-pernah dia telefon masa dia kerja. Masa tu saya tengah tergoleh depan TV, cuba nak tido.

"Tengah buat apa tuuuuu"

"Tengah golek-golek" sambil seyum sampai ke telinga.

"Ambooooiii"

"Jangan jeles" sambil tergelak besar. Memang saya suka nyakat ustaz. Isteri yang jahat kannn....
"Ada apa?" saya tanya sebab ustaz memang takkan telefon kalau tak de sebab penting.

"Tak de apa. saje je telefon. Rumah dah kemas???" haaaaa nak suruh saya kemas rumah lah tu.

Nasib baik saya memang dah kemas ruang depan.

"Dah lipat kain dah. Jap lagi nak vakuum je" ha ha ha saya tak menipu tau sebab memang dah kemas.

"Kena mop sekali tu.."

"Ya lahhh" sambil malasssss sangat. ha ha ha dasar pemalas.

Tapi memanglah lepas tu saya kemas ruang depan, vakum dan mop sekali.

Sekarang ni masih tak buat apa lagi. Sat gi saya akan bertungkus lumus kemas. Loyang bakar roti setinggi flat nak kena basuh. Sinki tu pun ada barang yang kena basuh. Kain tu haaa... nak kena lipat.

Sapa kata suri rumah senang, tak keje.

Sebab tu tak sesuai bila orang tanya, "keje apa?"

Kita jawab," tak kerja".

Tapi yang bestnya duk umah ni, bila penat kita boleh duk baring sat. Kita atur sendiri keje kita. Kan kita bos masa tu ha ha ha

Aneka Bun Lagi

Semalam 4.2.2010, pagi, buat lagi aneka bun 2 kg.

Niat nak hantar ke rakan yang berniaga di gerai atas tapak Masjid Abu Bakar Temerloh dan untuk anak-anak di Maahad(kawan-kawan depa nak roti). Namun hingga maghrib, kereta kami yang kecil tu masih belum dapat di kenalpasti apa sakitnya.

Maka kesemua roti akan di serahkan kepada kebijaksanaan anak-anak saya. Sebenarnya saya tak berapa berani juga nak serah pada anak berniaga roti ni di asrama, takut mereka kena marah dek warden. tapi depa kata kawan-kawan depa yang nak beli. Jadi saya anggapkan ini adalah tempahan dari kawan-kawan depa.

Saya berharap ini satu tarbiyyah pada mereka.

Nasr???

Dia tak nak sebab dia kata dia tak pandai. Namun saya yakin, jauuuuh di sudut hatinya, dia teringin dan minat nak berniaga. Munkin dia masih tak berani sebab dia paling kecik di Maahad. Masa di Taman Perindu dulu, banyak juga dia jual di hadapan rumah.....

Khamis, Februari 04, 2010

Projek Baru

Bee Hun tomyam ayam

Percubaan pertama setelah tertunda sekian lama. Biasa lah kan, nak mulakan benda baru ni, memang makan masa. Ada aje yang menghalang.

Macam buat roti, setelah sekian lama berhenti, bila nak mula buat semula amatlah menyukarkan sebab semua bahan kena sediakan semula. Ini ada, yang lain pula tak ada. Bila dah mula......aduhhhhh sakit badan den. Letih tau berdiri sepanjang hari...
Bee hun ni antara menu yang perlu saya buat untuk Maahad faqeh. Ini permintaan sahabat lembaga pengelola Faqeh. Aduhhhh.....boleh ke saya buat nih.......
Kali pertama nak buat ni pun, banyak halangan. Hari tu, bawang tak ada dekat umah. Esoknya pulak kereta rosak, ustaz pulak kena bawa kereta.

CMCR untuk guru Maahad Jengka


Guru-guru Maahad menempah cmcr.

Terima kasih cikgu ye, wakil dia Puan Rinawati. Minggu lepas, Puaan Norziha.

Terima kasih banyak-banyak cikgu semua. Seperti biasa, jika adaa yang perlu saya baiki, beritaulah saya agar saya boleh perbaaiki apa-apa kekurangan di masa akan datang. Maklumlah saya ni bukan apandai sangat.

cmcc dan aneka bun untuk Zura




Kali ni Zura SK Bdr Jengka menempah aneka bun pula disamping 50 biji cmcc drizzled coklat oren. Nak belanja kawan-kawan makan katanya. Baik betul Zura ni, suka belanja orang makan. Moga Allah tambahkan rezeki Zura ye.

Ni, entah yang kali keberapa Zura menempah cmcc. Terima kasih Zura atas sokongan padu dari Zura. Jika ada apa-apa kekurangan daan kelemahan, beritau akak ye.

Selasa, Februari 02, 2010

hari yang meletihkan

Semalam, 1.2.2010 adalah hari yang amaat meletihkan. Apa taknya, pagi saya buat roti 1.5. Ptg sambung pulak 1.5 kg lagi. Pas tu kena juga buat 3 CMCR yang bertulis tempahan kawan Muna di Maahad Jengka.

Nape teruk sangat ek. Roti 3 kg je pun dr pagi sampai petang. Saya dengar tu orang bercakap. Meh saya jawap soalan tu. Setakat ni saya hanya ada 3 oven kecil sahaja. nak beli, masih sedang mengumpul wang yang tak terkumpul-kumpul lagi. Kena buat loan kot. Sapa ada berani beri saya loan?????????

Dah tu, loyang pun tak banyak untuk buat 3 kg terus. Buat 1.5 kg pun letihnya mak aiii......berdiri dari pukul 9.30 pagi hingga lebih kurang 11 pagi. Pastu kena siapkan pulak topping mini pizza, topping jejari keju, mexican bun. 12.50 mula bakar roti, sambil-sambil tu nak bancuh kek pulak. Habis bakar roti dalam pukul 2pm terus bakar kek.

Sambil kek dalam oven, saya solat zohor dulu. Lepas solat, siap-siap pulak untuk 1.5 kg roti lagi. Ustaz balik, saya tak masak lagi. Saat azan b.rkumandang, last trip roti siap. Solaat maghrib pulak. Dan kemudian makan ala kadar je, ustaz yang siapkan. Terima kasig bang.

Lepas siap makan, seal roti pulak( masukkan roti dalam plastik, buat masa bakar roti tadi). Rancang semua roti di hantar esok. Namun perancangan Allah mengatasi segalaanya, kereta saya yang sedang dibaiki masih tak dapat disiapkan. Lepas seal roti, tampaal sticker pulak. Pastu saya terus mandi dan solat Isya'.

Lepas ustaz balik dari Masjid, bahagi-bahagikan roti kepada 5 penerima, Ezz, Muna, Lina, Faqeh dan Ramlah TJ. Kena hantar roti ke Faqeh malam ni sebab esok ustaz bawa kereta.

Sampai rumah, saya tergolek kat ruang tamu. aaaaahhhhh sedapnya dapat baring..........

Alamak cmcr tak siap lagi....esoklah tak larat dah ni....

Satu untuk Muna, saatu untuk Lina

Ini untuk Ezz

Untuk Faqeh dan Ramlah, tak sempat nak diposingkan sebab nak cepat dan badan terlalu letih. Gambar-gambar di atas, saya ambil dengan tergesa pagi tadi.