Jumaat, Mac 05, 2010

Pokok lada kami

Nak cerita kisah pokok lada besar kami la pulak.
Pokok ni Lina yang semai, Ustaz yang anggurkan.
Saya ni memang kuat berangan, suka pasang cita-cita. Anak-anak selalu ejek saya, kuat berangan. Saya kata"Ummi berangan bukan berangan yang sia-sia. Angan-angan tu kan doa"
Saya berangan ada kebun sayur. Ada pokok lada besar dan kecik, sayur-sayuran. Timun ke, petola ke, kacang ke kacang buncis ke. Apa-apa la yang orang guna setiap hari. Tapiiiiiii kat mana nak jual, macam mana nak pasarkan.......ish ish ish terbantut angan-angan saya.
Ada sapa-sapa boleh bantu saya????????

Gambar ni diambil pada 18.2.2010. Pokok yang sama dalam gambar di bawah tu


Ini lada besar. Yang bawah, saya saja zoom in lada yang besar-besar nih. Biar org geram. Lama juga nak tunggu dia jadi merah. Saya tau sbb pernah tanam masa kat SMK Seri Jengka dulu. Gambar ni diambil tadi 5.3.2010



Ini satu lagi pokok lada besar yang dah banyak buahnya

Ini ada 4 batang pokok lada besar yang masih kecil lagi



Ini pokok lada api. Ada lagi pokok lain. Banyak dapat, tiap-tiap haik mri kena petik tapi tersimpan aje kat peti ais. Asyik masak lemak cili api.

Van saya takut dengan foreman

Alkisah, van saya(akan upload gambar dia pd entri lain, dia pemalu juga) jenis penakut. Sebab apa tau .........

Ahad lepas 28.2.2010. Saya dan ustaz nak hantar anak-anak bujang saya balik asrama. Dah siap masuk barang, tinggal nak masuk dan start enjin. Malangnya tak leh hidup. Bunyi he he he hek, lebih kurang gitu lah bunyi dia, macam nak hidup tapi tak hidup hidup. Kali ni dah tiga kali .dia buat perangai. Maka pindah kereta ajelah.

Nak tau kenapa saya kata dia ni penakut. Kali pertama jadi dulu, saya minta orang yg buat atap car porch saya tolong minta kawan dia(ahli pertahanan awam yg oileh baiki kereta). Sebelum panggil tu, memang pekerja ni dah lihat perangai dia tak nak hidup. Petang tu, datang aje orang nak tolong tengok tu, dia senang aje hidup tanpa banyak ragam. Tak pasal-pasal kena bayar orang tu RM20.

Kali kedua jadi, kami biarkan dulu sambil tiap-tiap cuba hidupkan enjin dia tapi still tak nak hidup. Satu hari ustaz talefon saya dari tempat keje. Dia nak telefon Din,org Paya Keladan yg dah betulkan kereta saya. Tapi sebelum panggil saya cuba hidupkan enjen dulu, manalah tau, hidup pulak. "Hmmmmm tak hidup lah bang....." maka ustaz pun telefon lah Din. Din sampai dia terus cuba hidupkan enjin van ni. Amboiiiii senang-senang aje dia hidup. Dah dua kali saya malu ni.

Petang semalam, 4.3.2010, Ustaz telefon Din depan van saya nih minta tengokkan balik. Lepas telefon, ustaz cuba balik hidupkan enjin. Nak tau apa jadi. HIDUP dia........

"Bang, memang sahlah van ni penakut dengan foreman" sambil saya tergelak sambil geleng kepala. Ustaz pun telefon balik Din. Din cadangkan cek wiring di Mentakab. Kami pun terus pergi tapi Cina tu kata dia taak boleh buat apa-apa sebab dia hidup senaaaaag aje depan dia. Adush dush dush.

"Ikut perangai Ha ni, takut jumpa doktor" kata saya ha ha ha

Maka kami pun berjanjilah dgn dia, nak panggil dia jika sekali berlaku begini.

Apa kata anda.. pernah berlaku perkara sebegini pada anda?

Sebab itu bila saya berbual dengan ustaz pasal nak beli kereta baru, saya tak cakap depan kereta saya terutama kereta kecik saya, takut depa terasa hati, merajuk, mogok pulak. Kadang-kadang terrr juga, maka saya tepuk-tepuk kereta saya tanda minta maaf.

Ahad, Februari 21, 2010

Testimoni

Ida , Yatie dan Azian telah memberi respon pada saya. semua respon melegakan hati saya.

Yatie(16.2.201011.30 am): .....sedap.

Ida(16.2.2010, 3.54 pm): ...cantik..tunang saya kata sedap kek tu...

Azian(17.2.2010, 10.55 am): .....bfc tu sedapnya. CMC tu tak potong lagi sbb sume org sayang nak potong.....

Sebenarnya, hari yang sama Azian terima kek, saya ada tanya khabar kek yang diterima. Saya bertanya sebab saya risau , sekarang cuaca panas terik, dan saya jangkakan Azian akak balik rumah tengahari sebab hari Jumaat. Azian kata, bunga utk cmc dah roboh sebab kereta panas(guna aircond). Saya sedeh, Azian laaagi sedeh. Ghalat bebenor. Namun rasa kek tetap tak berubah, alhamdulillah.

Apa apa pun semua dari Allah jua kan........

Isnin, Februari 15, 2010

CMC untuk majlis pertunangan







Balik dari majlis pernikahan anak saudara Ustaz, saya menyiapkan pula kek untuk Ida Taman jaya Temerloh sempena majlis pertunangannya esok (15.2.2010).

Ida nak cmc dengan tema bunga-bungaan pink. Bersesuaian dengan budget Ida, Ida mahukan yang bersaiz 8 inci.

Lepas zohor saya cuba membuat ganache coklat berperisa strawberry untuk dibuat bunga dan coklat berperisa pandan untuk dibuat daunnya. Alhamdulillah kali ni tak de masalah dengan coklat saya.

Yang ghalatnya, tulisan saya masih kaku dan tak lawo. Puas dah berlatih tulis kat tempat lain. Bila berlatih, jadi lawa tapi bila tulis kat atas kek lain pulak jadinya. Tolonggggg........

Maaf la Ida ye sebab tulisan tak lawa. Akan ku perbaiki dari semasa ke semasa.
Saya masih menunggu respon dari Ida. Saya lebih risau jika senyaaap aje sebab tak boileh nak duga apaa responnya. Yang penting saya nak tau jika ada apa-apa kekurangan yang boleh saya perbaiki di masa akan datang. Kalau tak diberitahu, mana kita nak tau kan. Tapi apa yang saya tahui sekarang, bahagian tulisan yang memang saya kena banyak latihan.

Kek Blueberry Edible Imej untuk anak tersayang




Melalui email, kami berbincang mengenai kek Span Blueberry ini. Ada sesuatu yang kami telah jejaki semasa kami ber email.......Jejak kasih tauuuu.......

Tempahan kali ini dari Yati yang bekerja di KL tapi berasal dari J19.

Kek ini adalah kek span dengan 2 lapisan blueberry di dalam dan ditambah lagi dengan topping blueberry diatasnya pula. Kaya dengan blueberry. Saya frosting dengan whipping cream. Saya cuba untuk melapisi dan menutupi kek tidak terlalu tebal. Bukan kedekut atau nak cut cost tapi mengelakkan rasa cepat muak bila makan. Jadi boleh makan kek ni banyak-banyak kannnnnn....

Diatasnya sepatutnya ada edible imej birthday girl tetapi disebabkan majlis petang dan waktu penghantaran pagi maka saya tidak lekatkan awal atas sebab-sebab tertentu. Saya dah terangkan sebabnya pada Yati. Dibawah edible imej itu saya lapiskan dengan coklat.
Saya merancang untuk membuat sekuntum dua bunga dari whipping cream tapi disebabkan cuaca agak panas, ia agak menyukarkan. lagipun edible imej tidak dapat diletakkan awal jadi takut pula sukar meletakkannya bila dah ada bunga nanti. Apa-apa pun saya mengharapkan yati, birthday girl dan keluarga berpuashati.

Setakat ini saya masih menanti respon dari yati.

Masih dalam percubaan




Pada 14.2.2010, anak saudara ustaz anak abang ustaz) bernikah. Mereka buat kecil-kecilan, hanya untuk keluarga belah sana dan adik beradik belah sini.

Saya tak dapat nak tolong rewang di rumah nya di Lancang, jadi saya tolong meriahkan majlis dengan kek ni. Tak lawo mana pun. Cuma saya nak berlatih lagi buat stack cake dan berlatih coating cake berbentuk hati ini.

Agak mencabar juga menyiapkan kek ni. Padanlah mahal jika kita beli jenis kek begini di kedai. Lupa pulak nak timbang kek dah siap. Tapi ada lebih dari 3.5 kg. Harganya?????? Nanti tanya guru besar saya.

Jumaat, Februari 12, 2010

BFC dan CMC untuk Azian UiTM


CMC7, bunga ungu tu tau




BFC7



Semalam 11.2.2010, saya perlu menyiapkan 1 biji cmc7 dan 1 biji BFC7 untuk Azian UiTM.

Jika CMC itu dihiasi den gan bunga coklat, rasanya saya tak bermasalah sangat sebab adunan nya dah ada(untuk orang lain, yang terpaksa membatalkan tempahan sebab ada masalah keluarga di kampung). Biasanya choc ganache bermasalah, kali ni alhamduliduraya tillah OK pulak tapi Azian nak bunga ungu. jadi kena guna BC lah.

Sekarang kan cuaca panas, tak dapat langsung nak buat bunga. saya dah susah hati dah ni. BFC tak buat juga lagi. Nak buat hari siang, panas.whipping cream tak tahan. Maka kena tunggu malam lah ni. Dalam keadaan susah hati, saya tak mood nak buat apa-apa. Rancang nak juga buat CMCR sikit untuk ustaz bawa ke UiTM. Esok kan anak-anak masing akan balik dari asrama kerana cuti panjang Tahun Baru Cina. Tapi perasaan susah hati ............bayangkan lah 2 biji kek tak siap lagi.

Petang-petang sikit saya cuba buat sekuntum sekuntum...........banyak yang tak jadi dari jadi. Saya mula buat betul-betul dalam pukul 11 malam kot sebab tertidur. Dalam pukul 1215 kot semua siap. Saya tidur dengan harapan bunga ros azian gtetap segar diatas CMC itu. BFC dalam chiller. CMC saya tak bubuh dalam chiller sebab takut esok, masa dia keluar dari chiller, dia akan berpeluh.
Happy Belated Birthday ye Azian. Jaga baby ye.........