Jumaat, Mac 05, 2010

Van saya takut dengan foreman

Alkisah, van saya(akan upload gambar dia pd entri lain, dia pemalu juga) jenis penakut. Sebab apa tau .........

Ahad lepas 28.2.2010. Saya dan ustaz nak hantar anak-anak bujang saya balik asrama. Dah siap masuk barang, tinggal nak masuk dan start enjin. Malangnya tak leh hidup. Bunyi he he he hek, lebih kurang gitu lah bunyi dia, macam nak hidup tapi tak hidup hidup. Kali ni dah tiga kali .dia buat perangai. Maka pindah kereta ajelah.

Nak tau kenapa saya kata dia ni penakut. Kali pertama jadi dulu, saya minta orang yg buat atap car porch saya tolong minta kawan dia(ahli pertahanan awam yg oileh baiki kereta). Sebelum panggil tu, memang pekerja ni dah lihat perangai dia tak nak hidup. Petang tu, datang aje orang nak tolong tengok tu, dia senang aje hidup tanpa banyak ragam. Tak pasal-pasal kena bayar orang tu RM20.

Kali kedua jadi, kami biarkan dulu sambil tiap-tiap cuba hidupkan enjin dia tapi still tak nak hidup. Satu hari ustaz talefon saya dari tempat keje. Dia nak telefon Din,org Paya Keladan yg dah betulkan kereta saya. Tapi sebelum panggil saya cuba hidupkan enjen dulu, manalah tau, hidup pulak. "Hmmmmm tak hidup lah bang....." maka ustaz pun telefon lah Din. Din sampai dia terus cuba hidupkan enjin van ni. Amboiiiii senang-senang aje dia hidup. Dah dua kali saya malu ni.

Petang semalam, 4.3.2010, Ustaz telefon Din depan van saya nih minta tengokkan balik. Lepas telefon, ustaz cuba balik hidupkan enjin. Nak tau apa jadi. HIDUP dia........

"Bang, memang sahlah van ni penakut dengan foreman" sambil saya tergelak sambil geleng kepala. Ustaz pun telefon balik Din. Din cadangkan cek wiring di Mentakab. Kami pun terus pergi tapi Cina tu kata dia taak boleh buat apa-apa sebab dia hidup senaaaaag aje depan dia. Adush dush dush.

"Ikut perangai Ha ni, takut jumpa doktor" kata saya ha ha ha

Maka kami pun berjanjilah dgn dia, nak panggil dia jika sekali berlaku begini.

Apa kata anda.. pernah berlaku perkara sebegini pada anda?

Sebab itu bila saya berbual dengan ustaz pasal nak beli kereta baru, saya tak cakap depan kereta saya terutama kereta kecik saya, takut depa terasa hati, merajuk, mogok pulak. Kadang-kadang terrr juga, maka saya tepuk-tepuk kereta saya tanda minta maaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan