Khamis, April 01, 2010

Majlis sambut menantu 4

Amboiiiii.....kerja kerja ........
Kiri Suzana anak abang kedua. kanan Norliyana anak abang ketiga


Kiri Salina anak abang kedua. Kanan Adila anak adik

Menang cabutan bertuah ke Sarah(anak abang kedua)


Bila pulak giliran aku nak kawin ni.....
Ini adik pengantin, amalina



Pengantin potong kek untuk di agih-agih kan pada semua yang ada.
Siapa kat belakang yang enter frame nih. Tu lah sepupu kami dari Singapura, kumpulan Wak Onah. Kami panggil dia, abang Jop walau pun muda dari kami, panggil ikut pangkat emak bapak.

Majlis sambut menantu 3

Ni lah pengantinnya Pengantin sedang makan
Ni pulak kumpulan pekerja caterer yang memang kak minta masak di rumahnya. Baru rasa macam kenduri kawin. Dulu-dulu kan gotong royong.....

Dayang-dayang tengah buat kerja



Saudara dari Caah, segamat

Majlis sambut menantu 2

Ini gambar-gambar sekitar majlis sambut menantu kakak.



Kiri sekali atuk remi, bapak saya lah

Tuuuu yg berdiri tu mak pengantin(kakak saya) sedang menghiburkan dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang yang sedang bekerjaa keras ha ha ha

Dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang sedang melipat duit untuk dihadiahkan pada diri sendiri


Haaa kena tangkap basah.
Orang sibuk buat kerja layan tetamu, dia sibuuuuk main mata kat sini ye.
Adik saya dan suaminya.....



Bersama saudara belah emak kami dari Singapura....geng Wak sidah

Majlis sambut menantu




Tinggal dulu cerita kembara ilmu saya tu. Kita tengok kek ni pulak.

Sebenarnya, semasa kembara ilmu saya tempohari, kakak saya, Noraini telah menerima menantu perempuan. Hari nikahnya pada 19.3.2010. Saya serta keluarga tak dapat hadir, saya tak de, ustaz pulak kerja.

Kakak mebuat majlis sambut menantu pada 27.3.2010. Maka nak membayar hutang tak hadir, saya cubalah membuatkan kek 2 tingkat untuk majlis itu.

Kakak nak tema biru putih. Masalah dgn white chocolate pulak. Maka saya buatkan semua bunga coklat aje. Dan saya cadangkan, saya akan sediakan tingkat ketiga yang akan diisikan dengan bunga reben biru putih. Bunga tu kakak sendiri yang buat. Dia memang suka buat benda-benda seni ni. Saya? Maap la.....

Kesimpulan , saya terlalu tak puas hati dengan hasil hiasan saya walaupun depa kata lawa tapi sendiri rasa....uish uish uish, tak lawa lalu(orang pahang kata).

Ni lah hasil akhirnya

Rabu, Mac 24, 2010

Kembara Ilmu I - 13.3.2010

Ni lah harapan saya dan ustaz, moga mereka balik dengan wajah baru dengan cetakan Islam


Ni pulak dayang-dayang kami yang menghantar kami dengan iringan doa agar harapan ummi dan abi termakbul


Di dalam kawasan menunggu




Memenuhi janji, ini beberapa gambar yang boleh saya kongsikan.

Kami check di LCCT pada 6 ptg dan terbang pada 8 mlm.

Sebenarnya saya menghantar anak-anak bujang saya melanjutkan pelajarn di Pondok di Bandung.

Ramai pulak kenalan yang tanya. Mengapa hantar anak-anak ke Indonesia? Tak takut ke? dan macam-macam lagi persoalan yang kebanyakannya saya jawab dengan senyuman.

Yang jelas, saya tak nampak apa yang saya nakkan pada anak-anak saya dapat saya lihat sekarang dan saya tak yakin harapan saya akan tercapai jika mereka tetap di sini.

Bukan senang nak buat keputusan ni. Awalnya saya tak berapa setuju juga tapi setelah sekian lama, setelah ada sedikit rasa kecewa kerana harapan saya pada anak-anak nampak takkan tercapai di sini, maka dengan perasaan ikhlas dan redho, saya hantarlah anak-anak saya ni ke Bandung.
Pada 'Ezz dan Nasr, Ummi d0akan kalian betah di sana dan redho menuntut ilmu di sana serta balik ke malaysia nanti dengan gaya yang baru.

Cerita pasai van saya tu....

Pagi tadi 24.3.2010. Lepas ustaz pi kerja bersama anak-anak perempuan saya, saya cuba nak hidupkan enjin van kesayangan saya tu.

Haaaaa......dengan rasa bangganya dia hidup. Tak de bunyi kambing tu tauu......Saya terus telefon ustaz menyampaikan berita gembira ni. bayangkan sudah 4 hari dia merajuk.

Semalam semasa dalam perjalanan balik dari jengka bersama anak-anak perempuan kami(Jengka tak de air), saya beritau ustaz,

"bang, abang marahlah sikit van tu. kalau nak duk lama ngan kita, jangan buat perangai...." lebih kurang gitulah ayat saya

Anak-anak saya gelakkan saya. Kata mereka, mana ada kereta tu dengar. Dia mana ada nyawa.

Haaa apa pendapat temen-temen sekalian......

Tapi, dengan tak setujunya dengan saya, mereka sambung juga cerita dongeng ni.

"Haaa... kut-kut dia tak nak hidup ngan ummi. Jadi dia tak nak idup ha ha ha" kami satu kereta tergelak.

Lupakan lah pendapat anak-anak saya tu

Saya agak kan, mungkin kereta kecik saya beritau van tentang apa yang saya cakap pada ustaz....

ish ish ish gila ke saya ni ye.....pikir pikir pikir

Lada besar sudah MERAH



Haa.... ni sambungan cerita lada besar kami. Gambar-gambar ni saya ambil sebelum saya bertolak dalam kembara ilmu saya, 13.3.2010 yang lalu.

Seronoknya tengok ia memerah gitu. Tapi semua lada tu sudah selesai dimasak semasa ketiadaan saya seminggu yang lalu.