Khamis, April 01, 2010

Majlis sambut menantu




Tinggal dulu cerita kembara ilmu saya tu. Kita tengok kek ni pulak.

Sebenarnya, semasa kembara ilmu saya tempohari, kakak saya, Noraini telah menerima menantu perempuan. Hari nikahnya pada 19.3.2010. Saya serta keluarga tak dapat hadir, saya tak de, ustaz pulak kerja.

Kakak mebuat majlis sambut menantu pada 27.3.2010. Maka nak membayar hutang tak hadir, saya cubalah membuatkan kek 2 tingkat untuk majlis itu.

Kakak nak tema biru putih. Masalah dgn white chocolate pulak. Maka saya buatkan semua bunga coklat aje. Dan saya cadangkan, saya akan sediakan tingkat ketiga yang akan diisikan dengan bunga reben biru putih. Bunga tu kakak sendiri yang buat. Dia memang suka buat benda-benda seni ni. Saya? Maap la.....

Kesimpulan , saya terlalu tak puas hati dengan hasil hiasan saya walaupun depa kata lawa tapi sendiri rasa....uish uish uish, tak lawa lalu(orang pahang kata).

Ni lah hasil akhirnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan