Selasa, April 06, 2010

CMC dan CMCC untuk Zura SK Bandar Jengka

Semalam 5.4.2010, saya rasa tak sihat tapi tempahan Zura kena buat jugak.

Malam lepas isya' baru siap,pas tu terus siap-siap masuk bilik nak tidur. Tak tangkaap gambar pun, tak de mood sebab rasa tak sihat sangat. InsyaAllah esok kot boleh ambil gambar dia.

Maka pagi tadi, suruh lah depa ni posing sat sebelum ustaz bawa pi.












Saya cukup tak puas hati dengan hasil tangan saya ini. Cukup cukup tak puas hati. Maafkan akak Zura. Rasa macam ini lah penamat dunia bakeri saya uuuuuwaaaaaah.
Hari ini, saya rasa keadaan saya bertambah tak baik. Rasa malasnya semua ada. Badan rasa serba tak kena. Agak tengahari sikit saya cuba nak tidur, nak zohor baru berjaya terlelap, tidur-tidur ayam.
Harap-harap esok boleh buat roti lah.

Isnin, April 05, 2010

Duuugaan

Sejak balik dari Indonesia,baru sekali saya buat roti.

Banyak masalah yang perlu diselesaikan.Yang paling teruk, kereta saya. Kejap ERV tak nak hidup,kejap swift pulak meragam.

Lepas kes yang saya cerita tempohari, dah berapa kali dia tak idup. Ada 2 hari tak idup, ada separuh hari tak hidup.

Yang terbaru, Jumaat lepas (2.4.2010). saya nak pi ambil anak-anak. Mula-mula dia buat bunyi bising(masalah belt). Punya lah kuat. Sampai saya tepuk-tepuk dia, "diam, diam. malu orang dengar". Masa ni saya dengan ustaz. Pastu saya keluar seorang, pi Maahad. Dalam perjalanan, dengan bunyi bising dia tu, tiba-tiba ada bunyi benda lain pulak. Kuat juga, macam bunyi angin, benda bocor.

Malu tak tau nak cakap la. Sampai kawasan asrama anak-anak, saya keluar kereta nonggeng(tak pikir apa dah) tengok bawah kereta, sebab bunyi kuat datang dari bawah kereta.

Lina kata" hish kereta sapa lah bunyi kuat nih..." rupa-rupanya kereta mak dia. malu besar dia.

Puas lah telefon ust yg sedang beli makanan tengahari untuk kami. Saya takuuuuuut sangat nak bawa kereta. Alhamdulillah , rupa-rupanya masalah aircond. Jadi tak leh pasang aircond lah.

Semalam , si SWIFT pulak buat hal. Ustaz tak de pulak tu. Nak hantar anak-anak balik asrama. Alhamdulillah dia mati tak jauh dari rumah(jenuh juga jalan kaki balik rumah). Macam-macam benda kelakar berlaku disitu. Balik rumah, solat asar,bawa ERV, punggah barang dari SWIFT.......

Hingga saat cerita ni ditulis, SWIFT masih di tempat saya tinggalkan. Kami amanahkan pada mekanik DIN. Aduhhhh sampai bila masalah kereta akan selesai ni ye.

Hari ni,saya rasa tak sihat pulak. Cadang nak buat roti hari ni, tak jadilah cuma nak selesaikan tempahan Zura SK Bdr Jengka.

Harap-harap esok boleh buat roti semula.

Khamis, April 01, 2010

Majlis sambut menantu 5

Yang tengah tu anak abang sulung saya, Ina

Juga anak abang sulung, Adah ngan jannah.
Yang sedang bersalaam tu juga anak abang sulung saya, Ira



Majlis sambut menantu 4

Amboiiiii.....kerja kerja ........
Kiri Suzana anak abang kedua. kanan Norliyana anak abang ketiga


Kiri Salina anak abang kedua. Kanan Adila anak adik

Menang cabutan bertuah ke Sarah(anak abang kedua)


Bila pulak giliran aku nak kawin ni.....
Ini adik pengantin, amalina



Pengantin potong kek untuk di agih-agih kan pada semua yang ada.
Siapa kat belakang yang enter frame nih. Tu lah sepupu kami dari Singapura, kumpulan Wak Onah. Kami panggil dia, abang Jop walau pun muda dari kami, panggil ikut pangkat emak bapak.

Majlis sambut menantu 3

Ni lah pengantinnya Pengantin sedang makan
Ni pulak kumpulan pekerja caterer yang memang kak minta masak di rumahnya. Baru rasa macam kenduri kawin. Dulu-dulu kan gotong royong.....

Dayang-dayang tengah buat kerja



Saudara dari Caah, segamat

Majlis sambut menantu 2

Ini gambar-gambar sekitar majlis sambut menantu kakak.



Kiri sekali atuk remi, bapak saya lah

Tuuuu yg berdiri tu mak pengantin(kakak saya) sedang menghiburkan dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang yang sedang bekerjaa keras ha ha ha

Dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang sedang melipat duit untuk dihadiahkan pada diri sendiri


Haaa kena tangkap basah.
Orang sibuk buat kerja layan tetamu, dia sibuuuuk main mata kat sini ye.
Adik saya dan suaminya.....



Bersama saudara belah emak kami dari Singapura....geng Wak sidah

Majlis sambut menantu




Tinggal dulu cerita kembara ilmu saya tu. Kita tengok kek ni pulak.

Sebenarnya, semasa kembara ilmu saya tempohari, kakak saya, Noraini telah menerima menantu perempuan. Hari nikahnya pada 19.3.2010. Saya serta keluarga tak dapat hadir, saya tak de, ustaz pulak kerja.

Kakak mebuat majlis sambut menantu pada 27.3.2010. Maka nak membayar hutang tak hadir, saya cubalah membuatkan kek 2 tingkat untuk majlis itu.

Kakak nak tema biru putih. Masalah dgn white chocolate pulak. Maka saya buatkan semua bunga coklat aje. Dan saya cadangkan, saya akan sediakan tingkat ketiga yang akan diisikan dengan bunga reben biru putih. Bunga tu kakak sendiri yang buat. Dia memang suka buat benda-benda seni ni. Saya? Maap la.....

Kesimpulan , saya terlalu tak puas hati dengan hasil hiasan saya walaupun depa kata lawa tapi sendiri rasa....uish uish uish, tak lawa lalu(orang pahang kata).

Ni lah hasil akhirnya