Mahu ikuti kelasini? tengok sini.
Berguru dengan Chef Shahril sungguh puashati. Dia punya penerangan dan penjelasan cukup bagus.
Saya berminat juga tapi kena kumpulduit dulu. Ada sesiapa yang boleh beri loan kat saya? he he he
Khamis, Mei 13, 2010
Fondant carnation untuk dijual
Wahai kawan-kawan bakeri sekalian, jika anda berminat atau memerlukan bunga fondan carnation bolehlah jenguk sini.
Isnin, Mei 10, 2010
Happy birthday anakku Hazmi
Kali ini tempahan datangnya dari Hasni SMV PUTERI. Asalnya Hasni request BFC tapi bahan tak de kat rumah jadi Hasni bersetuju dengan CMC7R iaitu yang ringkas sahaja.
Jumaat malam Sabtu, kek dah siap. 

Sebelum tidur, Allah gerakkan hati saya untuk mengintai kek tu yang telah pun berada di dalam kotak. Terkejut ya amat, kek itu telah di makan usia.
Relax relax......kita tidur dulu he he he
Sok pagi saya pun tengok kek sambil cekak pinggang. Nak baiki ke tidak, nak baiki ke tidak sebab risau coklat meragam juga. Tapi tak sedaplah pulak nak bagi yg tak lawa ni. Maka saya pun ambil lah risiko dengan membetulkan balik kek yang telah dimakan usia ni.
Bancuh balik choc ganache, punggah balik hiasan yang mana boleh punggah. Maka jadilah rupa baru selepas membuat pembedahan plastikke atasnya he he he.
Taraaa.........
Label:
kek Coklat Lembap,
Kek Hari Jadi
Jumaat, Mei 07, 2010
CMCC untuk perkahwinan
My loyal customer menempah CMCC lagi. Kali ini 1 set untuk dihadiahkan pada rakannya yang akan berkahwin dan 1 set untuk makan-makan.
Sebenarnya saya dah lama teringin nak letak kuntuman bunga ros atas CC ni. Dan Allah memakbulkan harapan saya semasa saya mahu melunasi amanah dari Zura ini. Zura minta hiasan yang biasa saya buat untuk dia. Tetapi saya teringin sangat nak buat. Tak tau lah jadi ke tidak, mana-mana sifu boleh nilaikan ye.
Bagi saya ini satu kejayaan untuk saya sebab tak pernah lagi belajar buat ros tanpa kon. Kali ni saya terus buat atas CC. Seronoknya......tapi memang kena pi belajar lagi. Kali ini saya puas hati sungguh menyiapkan CMCC ini. Bukan sebab lawa(memang tak kemas pun) tapi harapan telah dimakbulkan.
Namun bayaran tetap seperti biasa walaupun sebenarnya jika hiasan sebegini harga dia lebih mahal sedikit tapi sebab ini sebagai latihan saya sendiri dan sebagai hadiah saya pada Zura yang setia bersama saya.
Apa-apa pun kasih Zura.
Label:
Kek Cawan,
kek cawan -hantaran
BFC untuk suami tercinta
Tempahan dari Wan Azlina untuk suami tercinta. Tapi suami Azlina tak suka kek. Jadi ucapan untuk suami tetapi kek untuk anak-anak. Yang penting keluarga kita bahagia dan gembira kan Azlina.Saya janji nak hantar petang Jumaat tetapi kena pi Jengka pulak pagi Jumaat tu. Maka saya terpaksa hantar ke SMV Puteri pagi tu sebelum bertolak ke Jengka. Dah tu, kotak saiz 9 inci tak de stok pulak kat rumah. Jadi guna bekas kek saya untuk dipinjamkan sekejap.
Alhamdulillah tempahan dari kawan dan di Temerloh sahaja, boleh negotiate. Kalau tempahan orang lain macam mana ye.
Label:
Kek Black Forest,
Kek Hari Jadi
Isnin, Mei 03, 2010
Kek Buah Kukus dan CMCR untuk Azian UiTM
Assalamualaikum semua. lama saya tak update blog ni ye. Ada masalah gangguan sikit. Dah berapa kali buka nak update tapi duuuk melengung depan columm catatan baru, tak taip taip menda pun. Akhirnya tutup komputer.
Hari ni pun sibuk juga tapi ada semangat sikit nak update, jadi, layannnn...
Hari ni pun sibuk juga tapi ada semangat sikit nak update, jadi, layannnn...
Kali ni nak cerita sikit tentang kek buah kukus ni. Kawan ustaz diUiTM Jengka menempah kek ni untuk dibawa balik Johor. Azian dah pun mendengar cerita ustazah NorHafizah tentang kek ni jadi Azian nak cuba pulak. saya pun terangkan bahawa kek ni agak mahal sebab kos dan catra nakbuat ni agak susah.
Label:
Kek buah Basah,
kek Coklat Lembap
Langgan:
Catatan (Atom)