Isnin, Mei 10, 2010

Happy birthday anakku Hazmi

Kali ini tempahan datangnya dari Hasni SMV PUTERI. Asalnya Hasni request BFC tapi bahan tak de kat rumah jadi Hasni bersetuju dengan CMC7R iaitu yang ringkas sahaja.

Jumaat malam Sabtu, kek dah siap.
Sebelum tidur, Allah gerakkan hati saya untuk mengintai kek tu yang telah pun berada di dalam kotak. Terkejut ya amat, kek itu telah di makan usia.

Relax relax......kita tidur dulu he he he

Sok pagi saya pun tengok kek sambil cekak pinggang. Nak baiki ke tidak, nak baiki ke tidak sebab risau coklat meragam juga. Tapi tak sedaplah pulak nak bagi yg tak lawa ni. Maka saya pun ambil lah risiko dengan membetulkan balik kek yang telah dimakan usia ni.

Bancuh balik choc ganache, punggah balik hiasan yang mana boleh punggah. Maka jadilah rupa baru selepas membuat pembedahan plastikke atasnya he he he.
Taraaa.........



Tiada ulasan:

Catat Ulasan