Ahad, Ogos 08, 2010

Cotton Soft Japanese cheese cake

Pada 4.8.2010 , hari Rabu, saya telah mencuba resepi Cotton Soft Japanese Cheese Cake (sumber saya: Sweetlily).


Sungguh sedap walaupun ada beberapa sikit error dalam proses pembuatan kek keju ini.


Apa-apa pun, hmmmmmm........ sedapppppppp


Resepi? nanti saya letak dalam blog resepi saya.




Haaa...... siapa yang gigit niiii.................
p/s: ini resepinya

Happy Birthday to JANNAH

Tadi hantar CMC7R dan CMCC drizzle kepada Azlina(betul ke nama ni ye....) di Bahagia Makmur, Temerloh.

Azlina order pada Jumaat malam Sabtu. Jadi saya hanya sempat selesaikan misi ini malam tadi.

Azlina juga mahukan CMC yang harga budget. Jadi lah yang terhasil.

Jom lihat gambar ..........

CMCC drizzle coklat perasa blueberry


Rasa dah siap tapi macam tak siap. Jadi pagi tadi, sebelum kek dihantar, saya tambah sikit hiasan maka jadi lah yang di bawah ini


CMC7R peringkat akhir

Kek Lobak Merah

Semalam 7.8.2010, saya telah membuat ulangkaji menghasilkan kek lobak merah (carot cake). Bahan-bahan dah ada sebab tempoh hari ada orang order kek ni tapi last minute order. Order hari ni, nak esok.

Allah susun , masa tu saya agak sibuk menyiapkan tempahan orang, dengan bahan kek lobak merah ini yang tak ada. Namun saya berusaha berkejar ke kedai untuk mencari bahan yang tak ada tapi saya tak benjanji dapat buat cuma berusaha akan membuatnya. Namun tak berkesempatan juga.

Akhirnya bahan yang dibeli, tak digunakan lagi. Jadi, takut bahan-bahan rosak terutama kacang walnut yang mahal tu, maka saya rajinkan diri untuk membuatnya semalam. Dah lama tak buat ni maka hasilnya tak memberangsangkan( kulit atas kek agak kering) mungkin sebab pelarasan suhu yang kurang tepat. Tapi rasanya ....hmmmmm........tetap sedap.

Jom tengok hasilnya.

Rabu, Ogos 04, 2010

Biskut Coklat Harta Karun

Semalam 3.8.2010 saya buat ulangkaji membuat biskut Coklat Harta Karun(CHK).

Disebabkan ada sahabat yang menempah CHK ni untuk sambutan Hari Raya ini, maka saya kena buat ulangkaji sebelum Ramadhan tiba, senang nak rasa, jadi ke tidak he he he. Maaaakan je kerja rakyat Malaysia ni kan......

Hayati gambar-gambar ini. Masih ada yang teringin nak menempah? Jangan segan menelefon saya ye.



Memang sedap biskut ni sebab itu masih ada yang mahu walaupun saya tak menyediakaan sample untuk merasa. Rasa coklat, rangup corflakes dan kacang badam serta manis coklat dan kismis. hmmmmm........ sedapnya.....

Harga: RM23

Bilangan: Menggunakan sukatan, isi sampai PENUH. Dalam lebih kurang 33 - 35 biji kot.



Mahu resepi? Klik sini

Jumaat, Julai 30, 2010

Rezeki dari Allah

Malam tadi dapat panggilan daripada Puan Aziyon, Jerantut, bertanya perihal biskut FA da CHK.

Kami tak pernah kenal pun. Aziyon search interet dan Allah pertemukan dia dengan blog saya. Boleh aje Allah tunjukkan web atau blog orang lain yang lebih terror dari saya. Ini lah perencanaan Allah untuk hambanya kannn....Aziyon menceritakan hal biskut raya ni dan saya pun berbesar hati bila ada yang berminat dengan biskut saya ini walau pun Aziyon tak pernah rasa.

Maka pagi tadi seawal 8.05 pagi, Aziyon dah buat tempahannya beserta rakan sekolahnya di SK Pulau Mansok. Dan tempahan ini keep on bertambah. Saya kata pandai betul dia ni. Tanpa sampel biskut ni, ramai dah menaruh keyakinan dan kepercayaan.

Terima kasih Allah. Terima kasih Aziyon dan suami(tengah tunggu laporan tempahan sekolah dia pulak nih).

Ini lah yang dikatakan rezeki yang datang atau turun dari arah yang tak kita sangka-sangka. Ya lah, siapa sangka orang tak kita kenal, tak pernah rasa biskut buatan kita, boleh yakin dengan kita dan boleh pula yakinkan orang lain. Ini semua Allah punya kuasa membuka pintu hati manusia. Dan jangan lupa Allah juga berkuasa menarik balik apa yang diberi pada kita, haaaa jgn lupa tu ye...cik rikha oiii......

Walaumacamana pun saya mengharapkan dari Allah agar saya tetap dapat menghasilkan biskut yang baik mala yang lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Dan yang penting dapat memberi kepuasan pada rakan lama juga rakan yang baru kenal melalui alam bisnes ini. Ya la takut juga sebab saya ni kan dulu guru matematik aje, tak pandai masak pun. tak tau teknik apa pun tentang buat biskut ni. Allah sahaja tempat saya berdoa........

Apa-apa pun Aziyon dan suami, akak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan pada akak.

Isnin, Julai 26, 2010

Happy Birthday Isya

Comei nya........



Bukan cc atau cmc nya yang comel tapi birthday girl ni yang comel.

Tapiiii..... ada gambar orang lain pulak.



ooooooo..... itu kakak birthday girl. Macam mana dia tau mak dia nak order kek untuk adik dia ye. Dah dia tau, dia nak juga la ada gambar dia atas kek kan..... Seperti biasa EI di tempah dari CT

Kek ni sebenarnya ditempah oleh Kelly, Penang untuk adik dia Nurul azlin, Triang. (di pass oleh Aimi yang tak sihat, Terima kasih Aimi)

Saya tak puas hati dengan hasil CMC7, sebab tak de hiasan dibeberapa EI nya. Tak sempat dah nak fikir sebab mengejar masa. Paaaanjang cerita dia. tak muat nak tulis( ish ish ish sebenarnya malas nak menaip hi hi hi).

Kek selamat diserahkan ke tangan Nurul Azlin pada 25.7.2010. malam (10 lebih kot) di The store Temerloh.

Layan aje lah gambar ni ye




Isnin, Julai 19, 2010

Tempahan Biskut FA dibuka sekarang

Biskut Famous Ámi

Dengan rasminya tempahan untuk Biskut Famous Ámi dibuka sekarang.

Anda boleh menempah melalui sms atau menalifon saya terus melalui talian

019-9314365
atau
019-9319256

Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan pure butter bukan spread butter (butter cup) atau margerin kecuali ada permintaan khas, mungkin akan saya pertimbangkan.

Jangan tanya berapa biji atau berapa berat biskut sebab saya tidak menjual dengan ukuran ini. Saya akan isi biskut dalam bekasnya hingga PENUH. Namun biasanya ia akan melebihi 40 keping, insyaAllah.

Ada juga yang bertanya Biskut Coklat Harta Karun. Sebenarnya saya tidak bercadang buat biskut ini sebagai produk jualan kerana ia agak rumit untuk menyiapkannya. Tapi jika berkesempatan, akan saya buat. Jadi jika anda juga berminat untuk merasai biskut ini, beritahu saya. Mana tahu Allah memudahkan pekerjaan saya ini......


Biskut Coklat Harta Karun


Anda boleh menempah untuk sambutan raya, juga untuk selepas raya. Untuk sebelum Ramadhan juga boleh tapi beritau lah awal ye.

Untuk sambutan raya , biskut akan dihantar kepada anda pada minggu akhir Ramadhan iaitu 6.9.2010( hari Isnin).

Namun jika anda mahu lebih awal (terutama cikgu) dari tarikh yang diberi, boleh sahaja beritahu tarikh yang anda kehendaki.
Hmmmmm...........ada berminat untuk jadi ejen saya, sila hubungi saya untuk kita berbincang.