Selasa, April 28, 2009

Terima kasih sahabat

Pengalaman dalam mendeko kek ni memanglah teramat cetek dan teramat sedikit. Selain berlatih sendiri sxaya menjalani latihan melalui tempahan sahabat.

Saya memang amat-amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang berani membuat tempahan untuk majlis besar mereka iaitu Wani Puteri dan adiknya untuk majlis perkahwinan mereka. Mulanya saya memang tak berani nak terima tempahan mereka sebab memang zero pengalaman (baruuuuuu je lepas habis kelas dgn zati masa tu). Tapi dengan penuh yakinnya, Wani nak juga tempah dgn saya. Terima kasih wani dan Yani.

Pas tu Faizah taman Sri Semantan tempah untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Dua tingkat punya pulak tu. Adush....boleh ke ni saya buat. Alihamdulillah dengan semangat yang dihembus oleh faizah, maka terhasillah kek itu. Terima kasih sekali lagi faizah.

Pas tu kek tiga tingkat pulak saya terima dari Faridah Stokis Cosway Temerloh sebagai hadiah kepada pelanggannya (majlis perkahwinan anaknya). Alhamdulillah siap juga tapi tak tau penerimaan Faridah dan pelanggannya, macam mana. Terima kasih juga Faridah ye.

Juga saya tak lupa pada Hafizah UiTM yang sanggup menanggung risiko menempah kek kahwin 2 tingkat dimajlisnya.


Keyakinan sahabat membreri semangat kepada saya untuk terus belajar menghias kek. Tanpa mereka ini, saya tak kemana dalam dunia bakeri. Terdengar-dengar juga ada orang yang tak berani nak tempah dengan saya sebab tak yakin hasil tangan saya dapat menceriakan majlis besar mereka. Ini juga memberi semangat kepada saya untuk terus berlatih dan belajar.

Kesimpulannya saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan juga tak lupa memanjatkan rasa kesyukuran saya kepada Allah swt kerana memberi saya ruang untuk menimba ilmu bakeri ini.

3 ulasan:

  1. itula namanya ujian..ada org suka tp ada gak org tak suka. ada gak yg ragu2.semua tu mcm makan kacang gak la..ada keras ada lembut..hehhe..merapu lak adik awak ni...

    sabar ye sbb jln ha dah terbuka luas nak ceburi byk bidang...

    BalasPadam
  2. ala kak...kita ni tak mampu nak puaskan hati semua pihak... yg penting kita ikhlas & seronok masa membautnya... so buat jela yg termampu...betul tak??

    BalasPadam
  3. he he he bukan kecewalah tapi nak menceritakan betapa semua tindakan orang, semua situasi yang terjadi pada kita, kalau kita terima secara positif akan memberi kesan positif pada kita.

    BalasPadam