k
Selasa, Mei 25, 2010
Beli 10 PERCUMA satu
k
Isnin, Mei 24, 2010
CMCC dengan kuntuman rose BC
Untuk balasan hantaran
Untuk makan-makan
Khamis, Mei 20, 2010
CMCC ke Macres Temerloh lagi
Ahad, Mei 16, 2010
Kek untuk suami tercinta
Lawa kan....berkilat aje
Asalnya beginilah ghupe dia
Hari Jumaat, Azymawaty mencadangkan kami berjumpa di Temerloh sahaja sebab dia dan suaminya akan ke Temerloh pada hari itu. Jadi kena buat plan B.
Choc ganache dan kek akan disediakan malam sabtu dan kerja-kerja hiasan akan dimulakan pada pagi Sabtu. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Kek nampak lawa.
Namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Saya tersilap perhitungan pada cuaca yang agak panas. Separuh hiasan siap, saya simpan kek dalam kotak agar suhu di luar tidak menggugat hiasan kek saya itu. Tak boleh simpan dalam chiller takut EI rosak. Kejap-kejap saya tinjau kek, alhamdulillah OK aje nampaknya.
Selepas solat asar, saya nak buat hiasan terakhir. Saya keluarkan kek dari kotak.....terkejut saya sebab hiasan tepi kek sudah beranjak. Aduh aduh aduh....apa nak buat ni sebab EI yang terlekat disitu. Tak leh tanggalkan. Makin rosak jadinya nanti. Maka saya pun tak jadi buat sentuhan terakhir saya tu. Simpan dalam kotak pas tu isi dalam tray roti dan tutup lagi dengan tray roti dan letak di kawasan yang tidak panas untuk perlindungan berganda dari kepanasan.
Allah sahaja yang mengetahui perasaan saya ketika itu. perasaan akan lega, saya pasti bila kek diserahkan beserta penjelasan apa yang terjadi.
Tengok tu.....border dibawah dan EI melorot
Lepas magrib kami bertolak untuk bertemu dengan Azymawaty. Semasa penyerahan, saya pun membuka kotak kotak untuk menceritakan masalah yang berlaku(kena cerita,nanti pelanggan tak puas hati). Waaaaaahhhhhhh tambah terkejut saya bila lihat keadaan kek yang semakin teruk. Malunya dengan Azymawaty.
Tapi Azymawaty masih boleh senyum lagi tengok kek itu. Dengan kekurangan pada kek itu saya beri Azymawaty harga yang terlalu istimewa. Harap-harap Azymawaty berpuashati ye.
Sambil Azymawaty makan saya culik anak dia. Sukanya saya.......peramah sangat. Kita cakap sikit dia senyum lebar. Lasak juga, tegap badan dia. Kita dokong dia,berpusing-piusing dia tak nak duk diam. Kalau saya kat rumah dengan budak kecik ni,medsti saya takbuat keje lain, ulit dia aje...he he he
Pagi Ahad saya lihat ada mesej dari Azymawaty(dia hantar pada 00:11). Saya tidur awal sebab tak leh buka lampu. Serangga baaaaaanyak masuk(maklumlah duk kampung). Baik kami pi tidur(masa tu pukul 9 lebih) salam gelap sebab tak boleh buat apa-apa dalam gelap ni. TV pun dia hurung jika terpasang.
"Salam, sori ganggu tgh2 mlm. Br potong kek. Sedap, Suami suka design ni sampai sayang nak potong he he he terima kasih kak"
Allah sahaja yang tahu betapa leganya hati saya. Saya tersenyum lihat waktu sms sampai pada telefon saya. Betul-betul sambut pada detik 12 mlm ye Azymawaty. Semua berbahaga la ye..
Anyway, terima kasih bebanyak pada Azymawaty. jangan serik ye order kek dengan akak.....
Semua yang berlaku ini saya anggap tarbiyyah dari Allah.Terima kasih Allah atas peringatan ini
Sabtu, Mei 15, 2010
Noor Rikha Vol 3??????
Saya tak tahu apa masalah yang blog saya hadapi sekarang. Susah nak bukak beberapa hari ini. kalau dapat bukak pun sekejap aje lepas tu dia hang dan terus tertutup dgn sendirinya. Mungkin virus, tapi blog saya yg lain boleh pulak bukak.
Seharian saya tak dpt buka.Ini Allah beri ruang(tak tahu berapa lama),jadi saya ambil peluang untuk memberitahu, jika ini berterusan,saya terpaksa buka Noor Rikha Vol 3.
Jika tak ada masalah lagi, maka saya teruskan dgn vol 2 ni shj.
Jumaat, Mei 14, 2010
Lollychoc
RM1.50
RM1.00
Khamis, Mei 13, 2010
Brush embroidery class
Berguru dengan Chef Shahril sungguh puashati. Dia punya penerangan dan penjelasan cukup bagus.
Saya berminat juga tapi kena kumpulduit dulu. Ada sesiapa yang boleh beri loan kat saya? he he he
Fondant carnation untuk dijual
Isnin, Mei 10, 2010
Happy birthday anakku Hazmi
Jumaat, Mei 07, 2010
CMCC untuk perkahwinan
BFC untuk suami tercinta

Isnin, Mei 03, 2010
Kek Buah Kukus dan CMCR untuk Azian UiTM
Hari ni pun sibuk juga tapi ada semangat sikit nak update, jadi, layannnn...