Khamis, Oktober 08, 2009

Kebun kami

Nak cerita pasal kebun kami la . Sebenarnya kebun Ustaz sebab banyak dia yang buat.




Ni pokok kunyit. Antara pokok yang terawal ustaz tanam. Mula tanam ari tu, keciiiik aje. Macam nak tak idup je. Alhamdulillah nampak sihat sekarang. Teringat rumah kawan Lina , Farah kat Pangsanam. Mak pak dia tanam pokok kunyit, punya lah banyak, geraaaam saya.







Ni pokok cekur. Lama dah kami bela, sejak kami baru kawin, duk di Sri Jengka dulu. Mulanya dalam loyang susu getah je. Pindah umah ni, ustaz pindahkan ke tanah, sama hari tanam kunyit di atas. Nampak elok walau agak tenggelam sebab tanah mendap.





Yang ni masih dalam pasu lagi. Tunggu masa sesuai nak alih ke tanah, biar dia bebas cari makanan sendiri. Kejamnya.......






Pokok apa ni? Cuba teka......Haaaaa ni lah sejenis pokok ginseng. Ada kawan saya tak percaya ni pokok ginseng sebab ginseng ni orang cina je suka. saya kan orang melayu. Saya dapat benih ni daari penngusaha Restoran samudera(sekarang dah tak ada), masa kami baru-baru kawin juga. Pindah Taman Medan PJ, kami bawa sekali. Ambooooiiiiiii membiak nya dia. Penuh kawasan belakang rumah kami. saya beritahu seorang guru Cina kat sekolah saya. Dia macam taak percaya, tapi bila dia bawa balik, rebus dan rasa, dia kata, memang ginseng.








Ni pulak pkok malberi. ambil di rumah Dr Rahimah semasa saya belajar buat coklat dengan dia. Ambil sebataang je tapi ustaz jadikan tiga. alhamdulillah hidup elok. senang hidup. Pucuknya buat ulaam tapi agak kesat. Buahnya boleh makan. Setakat ni saya dah rasa seulas sebab tu je yang ada he he he









Ni yang saya tanam. Bukan tanam pun, alih je. Saya geram tengok dia selonggok je. jadi saya alihkan. ustaz balik keje, saya sambil senyum simpul dengan bangganya tunjuk kat ustaz apa yang saya buat. Ustaz cuma senyum tengok isteri dia yang ngada-ngada nak menunjuk nunjuk kerja yang dia tak pernah buat kah kah kah......

Tapi kan macam nak mati je. Pagi dia tegak lawa, suka hati saya. tapi bila tengahari, mula dah layu. Puas saya pujuk depa suh tegak sepanjang hari. Ustaz kata,' hidup, jangan risau...'.

Sebenar saya ada alihkan 11 anak lada, tinggal 6 je. yang lain mati kena pijak agaknya semasa orang ambil kangkung raya ari tu. Orang lain mana tau ada nak lada kat situ kan kan kan....





Anak kelapa ni pulak, ustaz minta dari abangnya di Lancang.



Deretan serai, baru je tanam. ustaz juga punya kerja.








Serai wangi ni saya minta kat kawan di Taman perindu. alhamdulillah hidup elok cuma saya tak buang daun mati depa.






Anak kari minta dari kawan kat Taman Perindu juga, kak Bedah nama dia.



Ada lagi pokok yang tercerita nih. Nanti ada masa, kita sambung lagi........

Projek memantapkan kemahiran diri

Semalam 7.10.2009 buat biskut Famous Amos. Setengah adun aje sebab masalah tenaga elektrik di rumah. Biskut ni mendapat sambutan yang amat-amat menggalakkan semasa saya promosikan tahun lepas. Tahun ni ramai juga yang bertanya tapi saya tak dapat nak memenuhi permintaan sebab baru pindah dan masalah tenaga elektrik... Semasa sambutan raya pun kami tak de stok biskut ni.


Ni pulak kek oren lembab stail filipina.
Minggu lepas buat kek Oren lembap juga tapi guna resepi mak. Ustaz dan anak-anak lebih sukakan kek resepi mak. Sesiapa yang suka lebih masam, mungkin stail Filipina sesuai untuk mereka. Saya jadikan kek resepi mak sebagai produk saya. Namun sesiapa yang suka resepi stail Filipina, boleh juga.
Kedua-dua versi kek ni saya menggunakan pure butter SCS sebab itu yang ada kat rumah.
Golden Churn Agak sukar dijumpai di Temerloh.
Jangan segan order dari saya ye.......


Selasa, Oktober 06, 2009

CMC untuk sambutan hari lahir Alya Sabrina

Fara TJ sekali lagi membuat tempahan. Kali ini CMC 1 kg (7 inci bulat) untuk sambutan hari lahir anak saudaranya.

Fara kata dia tak kisah apa-apa asalkan pada 3.10.2009 ada kek hari jadi.

Saya ni kan tak kreatif. Jadi bila dapat order je, mulalah kepala berpusing ligat memikirkan bentuk dan corak hiasan. Maka teringatlah saya satu video yang saya tengok di you tube.

Lama dah nak cuba kaedah ni. Maka ni lah masanya kot. Jadilah kek tempahan Fara ni bahan uji keupayaan saya.

Alhamdulillah jadi juga walaupun tak berapa lawa.

Nak jadi cerita, semasa menghantar ke rumah Fara, saya minta Fara buka kotak kek sebab nak cerita kaedah baru ni. Terperanjatlah saya sebab kek dah beralih dari tempatnya. Tak pernah jadi lagi ni.

Ini mungkin sebab suhu kereta saya panas (kereta saya masih belum berumah lagi, sian depa kan....).

Puas memikir, tak nak bagi birthday girl nangis kek dia tak lawa. Maka saya, dengan persetujuan fara, buang border di kaki kek dan kek telah dialihkan ketempat asalnya. Ini satu terbiyyah dari Allah untuk saya agar lebih berhati-hati dengan suhu.

Tak lupa terima kasih saya pada Fara yang begitu bertolak ansur. Namun, sepanjang perjalanan balik saya masih rasa bersalah(rasa bersalah, sikap yang tak elok untuk kesihatan). Lebih kurang pukul 4 saya telefon bertanya khabar pada Fara. Alhamdulillah birthday girl OK dan seronok sebab nama dia besar tertulis atas kek.



Tak berapa menyerlah kan. Puas lah saya memikir bagaimana nak biar kek ni nampak meriah.

Haaaa......meriah sikit kan

Tulisan ni tertanam dalam coklat. Alhamdulillah bahagian ini tak rosak. Border kat bawah tu lah yang cair.

Isnin, Oktober 05, 2009

Yang terburuk adalah terbaik untuk kita?

Dengar tazkirah di radio IKIM tadi. Suka dengan tajuk ini sebab perkara ini yang saya cuba amalkan dan terapkan dalam keluarga saya.

Pernah dengar tak ungkapan atau ayat ini:

Perkara yang kita benci, tanpa kita ketahui, ia adalah yang terbaik Allah takdirkan untuk kita.

Pernah berlaku pada anda?

Saya yakin semua orang pernah mengalami perkara ini.

Contoh:

Kisah Nabi Yusof yang tak bersalah dipenjarakan oleh ayah angkat baginda sendiri.

Bayangkan jika benda yang sama berlaku pada kita. Kita tak melakukan apa-apa kesalahan tiba-tiba orang buat seolah-olah kita yang bersalah. Mengamuk sakan kita kan....

Ustaz tadi kata ambillah cabaran, dugaan ke apa-apa yang kita anggap tak elok untuk kita sebagai satu peluang yang Allah berikan pada kita. Sebagai contoh, kata ustaz tadi kisah Nabi Yusof, dia gunakan peluang di penjara untuk menyampaikana dakwah pada banduan yang bersama baginda.

Kita juga selalu dengar ungkapan "ada hikmah di sebalik apa yang berlaku"

Haaaa inilah maksud hikmah tu....

Bagi saya, saya pegang setiap kesilapan yang berlaku, itu adalah yang terbaik untuk saya dan keluarga. Namun serentak dengan itu kita perlu perbetulkan kesilapan itu dimasa akan datang.

Macam kat rumah saya ni. Sebenarnya, letrik lambat masuk sebab wireman yang diamanahkan untuk melakukan kerja-kerja ini, tidak menunaikan tanggungjawabnya pada masa yang telah ditetapkan dengan pelbagai alasan.

Kami redho dan cuba memahami masalahnya namun kesilapan demi kesilapan dilakukan hingga hari kami pindah borang TNB masih belum dihantar.

Sabar wak sabar ............ saya pujuk hati sendiri

Disamping sabar sabar tu saya tetap sering bertanya padanya (jika ada peluang) agar kesilapannya tak berterusan. Saya pun pernah cakap pada dia:

" akak redho api lambat masuk sebab bagi kami kecuaian ***** adalah tarbiyyah dari Allah. Tapi sepatutnya di pihak ***** perbetulkanlan kesilapan ini dan tebus balik"
lebih kurang gitulah ayatnya he he he

Baru-baru ni saya gertak dia untuk ambil tindakan undang-undang.

Lepas tu dia minta maaf tapi saya kata "permohonan maaf sepatutnya diiringi dengan taubat"

Lafazkan perkataan maaf memang senang kan tapi tak memberi makna apa-apa jika pembaikan tidak dilakukan.

Saya cuba untuk tidak marah atau gunakan kata-kata kasar. Sebab saya ni kalau mula tunjukkan rasa marah saya, takut laser aje yang keluar nanti tapi tak delah perkataan tak elok keluar cuma pedas aje. Kontraktor rumah kami kata, marah aje dia....Mungkin dia geram juga sebab itu juga dibawah tanggungjawab dia juga agaknya.

Sehingga saat saya menulis ni, tiang letrik telah tertanam selama 10 hari. Saya malu nak tanya TNB selalu, nanti depa marah pulak kan.....Doa aje lah banyak-banyak agar Allah gerakkan hati mereka yang berkenaan agar menyegerakan tugasan mereka.

Sabtu, September 26, 2009

CMCC dan CMC sempena majlis pertunangan di aidilfitri

Azian dari UiTM berhajat memberikan hadiah kepada adiknya cmcc sebagai hantaran adiknya bertunang di aidilfitri. Saya nak menolak pun tak sampai hati. Nak terima semacam tak berani kerana bekalan elektrik yang terhad di rumah baru saya ini.

Akhirnya saya beranikan diri sebab tak nak Azian balik kampung dengan rasa sedeh dan seharian pada 17.9.2009 saya menggunakan oven saya untuk menyiapkan tempahan azian dan sekaligus membuat CMC untuk Ustaz letak di bilik rehat UiTM.

Dah lama dah tak buat CMC ni sebab bekalan elektrik tak cukup tapi sempena menyambut aidilfitri ni saya gagahkan juga buat, tawakkal ajelah, harap-harap tak de benda buruk berlaku.

Azian mahukan design apa apa aje asalkan ada bunga pink. Tapi saya terlupa sebab saya fikir asal ada pink, maka adalah bunga putih juga. Alhamdulillah, azian ni bagus orangnya, senang bawa bicara.

Makcik Azian nak cmcc ni diletak dalam individual casing tapi untuk memudahkan azian bawa ke Johor, cc disusun dalam kotak transparent dan saya bekalkan casing tu sekali.

CMC tu dia nak hadiahkan pada adiknya. Sebenarnya saya dah buat heart plague dari coklat untuk diletak atas kek tu tapi besar sangat pulak, maka jadilah ghupe yang tak lawa tu. Alhamdulillah azian OK je. Terima kasih Azian ye.








Dibawah ni CMC yang ustaz bawa:








Yang lain adalah CMCR. saya lupa pulak nak suruh depa posing sebab ustaz dah terlewat sangat nak pi keje.

Ahad, September 13, 2009





Rumah saya ni kawasan kampung. Ada kerbau baaaanyak sekali. Satu hari, saya keluar rumah nak pi ambil anak bungsu saya Nasr.

Terkejut saya bila luar pagar kat belakang rumah saya baaaanyak kerbau tengah makan rumput. seronoknya saya... orang KL lah katakan mana pernah nampah nampak kerbau dekat-dekat gitu. Saya pun berborak dengan diorang ni sebab depa macam nak lari bila nampak saya.
Saya kata, ' tak pe, tak pe, makanlah aku tak marah. ' depoa semua pandang je saya, kecut juga. Manalah tau, tiba-tiba naik angin, kejar saya pulak he he he. Tapi kerbau kerbau ni baik belaka.


Ini depa semua tengah mandi kerbau kat paya berdekatan dengan rumah saya. Ghalit tengok diorang main air sambil makan-makan

Ni pulak depa sedang mandi dalam kawasan tuan depa(nampak tak kawat pagar tu). Comel kan.....


Ni pulak depa tengan jalan-jalan cari makan kat tanah lapang berhampiran rumah saya.


Kurma Berinti Badam bersalut Coklat


24 biji RM22

Haaa ini bukan almond london ye kawan-kawan. Tetapi ini adalah kurma berinti badam bersalutkan coklat. Kali kedua buat. Pertama kali dulu, tak sempat posingkan dia, buka puasa habis kami sekeluarga makan.

Yang ini saya buat sambil nak praktis, sambil nak perbaiki lagi ghupenya, sambil nak bawa ke rumah kak Ani (majlis berbuka puasa di rumahnya).

Drizle dengan coklat perisa oren, cuba nak lawakan ghupe dia.

Macam mana? OK tak. Rasa dia, Ok lah sedap sebab anak boleh habiskan sekelip mata jika kita tak brekkan dia.

Ada yang nak tempah? Sila hubungi saya, jangan malu-malu tapi kena dalam kuantiti yang munasabah lah kan, letih nak buat, tak berbaloi buat sikit-sikit.