Lupa nak minta maaf pada sahabat yang cuba menghubungi saya sepanjang minggu lepas.
Sebenarnya saya tak sempat nak tinggalkan mesej di sini bahawa saya berada di tempat yang tak dapat dihubungi.
Maaf sekali lagi ye temen-temen.
Sehingga hari ni, saya masih belum siap kemas rumah, memang lembap saya ni kalau kena tang mengemas rumah. Sampai kat rumah, banyak benda yang perlu diselesaikan dan banyak benda yang berlaku.
Antaranya:
1. Pagi Ahad: Ustaz tak sihat hingga lah hari ni.
2. Pagi Ahad: Dua-dua kereta tak nak hidup. Dia bunyi he he he heek(betul ke macam tu ) tapi enjin tak nak hidup juga. Petang nak hantar anak-anak balik asrama ni. macam mana ni. Ustaz usik-usik sikit tang bateri kereta kecik, alhamdulillah hidup tapi van tak hidup hingga ke hari ni. Mekanik Paya Keladan, agak sibuk. Nak hantar bengkel, macam mana?
3.Petang Ahad: Kena drive kereta sebab ustaz tak sihat. Sebenarnya saya takut drive ni tapi ustaz tak tau tu. Agaknya sebab seminggu tak drive kereta kot. Mengada betuiii. Saya buat-buat berani je.
Hari Isnin, konon nak mendobi rumah sebab bersepah nya mak oiiii. Anak dara saya ni kan, tukang sepahkan rumah aje, kemas tak reti. Tapi... aduiiiii sakitnya perut memulas-mulas. Maka tergolek juga lah saya nampaknya ha ha ha alasan aje semua tu kan kan kan. Tapi sampai malam juga lah keluar masuk bilik air. hari ni ada lagi sikit-sikit.
Malam tadi LIna telefon. katanya asrama tak de air, cikgu bagi balik. Laaaa takkan nak pi Jengka malam-malam gini. Uztaz tak sihat, saya pun, sakit sakit perut. Tengok esoklah(hari ni lah tu). Jadi hari ni tak buat roti tapi kemas-kemas sikit rumah sambung semalam yang tak siap.
Lepas Zohor terus drive ke Jengka. Alhamdulillah kereta kecik ada rasa kesian kat kami, kalau tak, nak buat macama mana ye......Saya pi tengok anak, janji kalau sampai lepas asar tak de juga air, baru saya bawa mereka balik rumah. jadi saya duk kat pejabat ustaz hingga asar nanti. Ustaz ada kelas hingga pukul 5 pm.
Begitulah adanya............
Selasa, Mac 23, 2010
Ahad, Mac 21, 2010
Kembara Ilmu
Assalamualaikum sahabat sekalian. maaf kerna membiarkan blog saya ini bersawangselama seminggu ini. Saya baru baru balik dari program kembara ilmu.
Kembara bermula pada 13.3.2010 hingga 20.3.2010. saya tiba di malaysia pada 8.50 malam tadi dan tiba di Temerloh pada lebih kurang pukul 1 pagi.
InsyaAllah bila dah stabil masa saya, akan saya ceritakan pengalaman baru ini.

Jumaat, Mac 05, 2010
CMC kebajikan
Kek saya buat untuk kawan MUna. Dah lama dia tempah tapi tak terbuat-buat.
Masalahnya, kek 6 inci CMCRH. Nak buat ni tak berbaloi sebab satu biji je. Satu resepi , utk 6 " boleh dapat 3 biji. 2 biji tu macam mana pulak kannn. Sebab tu, saya syaratkan untuk kek CMCR, minimum order 3 biji.
Tapi sebenarnya kek ni adalah untuk seorang sahabat yang terpaksa membatalkan tempahan di saat akhir sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan. Jadi saya beri free aje kat kawan Muna.
Label:
kek Coklat Lembap,
Kek Hari Jadi
Satu percubaan
Sha SMV Puteri menempah kek sempena majlis harijadi anaknya Nisa'.
Saya nak cuba guna templat yang saya beli(lama dah belinya)
Susah juga nak buat. Sapu coklat putih untuk effect tulisan pada templat. Tunggu lamaaaaa baru boleh letak coklat kat atas pulak.Buat, ikut sedap rasa je.
Kesimpulan, saya tak puas hati langsung dengan hasil akhirnya. Namun ini satu pengalaman baru buat saya.
Pi majlis ni, amboiiii Sha siap buat pengumuman, kek tu saya yang buat. Seronoknya hari tu sebab dapat jumpai ramai guru Puteri. Lama dah tereingin nak jumpa mereka, borak-borak,
tapiiiiii.......kami memahami sebab kami tak dapat bebas berjumpa seperti dulu. aik macam cita rahsia pulak ye. Ada lah sebabnya ...........
Walau saya tak dapat jumpa rakan-rakan saya selalu, namun jauuuuuh disudut hati saya, kalian semua tetap dihati saya selalu. Moga Allah memberkati persaudaraan kami ini atas dasar keikhlasan.

Kek Buah Basah Kukus
Pada minggu lepas saya membuat kek buah Basah kukus, tempahan kawan Ustaz. Dia nak bawa ke rumah besan dia(majlis sambut menantu).
Masa besan ni merisik dulu, Puan Maziah(isteri kawan Ustaz en Ahmed) ada menempah kek ni sebagai balasan hantaran. Keluarga disana suka dengan rasa kek ni. Keluarga Puan maziah pun suka juga. Sedap katanya. Maka dengan itu, Puan Maziah menempah dua biji kek ini.
Untuk keluarga Puan Maziah, ustaz bawa pada 25.2.2010. Untuk besan, kami berjumpa di tol Temerloh.
Buat kek ni tinggi risikonya. Dengan saya yang kurang ilmu membuat kek, lagi menambah risiko. Dua hari mengukus, saya kat rumah pun terasa macam dikukus juga, panassss.......
Pernah juga membuat kek ni untuk Puan Norhafizah UiTM semasa dia mahu pergi ke Johor tempat suaminya(Perkahwinan PJJ). Fizah kata, semua kata sedapppppp.......
Ustaz pun suka juga. Anak-anak tak berapa sebab kata mereka macam ada gangguan dalam mulut(ada mix fruit kannn).
Kek ni agak mahal harganya sebab bahan-bahan dia mahal dan cara memasak pun agak susah. 4 jam you, tak boleh pi mana-mana sebab kena tambah air(air panas tau)

Pokok lada kami
Nak cerita kisah pokok lada besar kami la pulak.
Pokok ni Lina yang semai, Ustaz yang anggurkan.
Saya ni memang kuat berangan, suka pasang cita-cita. Anak-anak selalu ejek saya, kuat berangan. Saya kata"Ummi berangan bukan berangan yang sia-sia. Angan-angan tu kan doa"
Saya berangan ada kebun sayur. Ada pokok lada besar dan kecik, sayur-sayuran. Timun ke, petola ke, kacang ke kacang buncis ke. Apa-apa la yang orang guna setiap hari. Tapiiiiiii kat mana nak jual, macam mana nak pasarkan.......ish ish ish terbantut angan-angan saya.
Ada sapa-sapa boleh bantu saya????????
Ini pokok lada api. Ada lagi pokok lain. Banyak dapat, tiap-tiap haik mri kena petik tapi tersimpan aje kat peti ais. Asyik masak lemak cili api.
Van saya takut dengan foreman
Alkisah, van saya(akan upload gambar dia pd entri lain, dia pemalu juga) jenis penakut. Sebab apa tau .........
Ahad lepas 28.2.2010. Saya dan ustaz nak hantar anak-anak bujang saya balik asrama. Dah siap masuk barang, tinggal nak masuk dan start enjin. Malangnya tak leh hidup. Bunyi he he he hek, lebih kurang gitu lah bunyi dia, macam nak hidup tapi tak hidup hidup. Kali ni dah tiga kali .dia buat perangai. Maka pindah kereta ajelah.
Nak tau kenapa saya kata dia ni penakut. Kali pertama jadi dulu, saya minta orang yg buat atap car porch saya tolong minta kawan dia(ahli pertahanan awam yg oileh baiki kereta). Sebelum panggil tu, memang pekerja ni dah lihat perangai dia tak nak hidup. Petang tu, datang aje orang nak tolong tengok tu, dia senang aje hidup tanpa banyak ragam. Tak pasal-pasal kena bayar orang tu RM20.
Kali kedua jadi, kami biarkan dulu sambil tiap-tiap cuba hidupkan enjin dia tapi still tak nak hidup. Satu hari ustaz talefon saya dari tempat keje. Dia nak telefon Din,org Paya Keladan yg dah betulkan kereta saya. Tapi sebelum panggil saya cuba hidupkan enjen dulu, manalah tau, hidup pulak. "Hmmmmm tak hidup lah bang....." maka ustaz pun telefon lah Din. Din sampai dia terus cuba hidupkan enjin van ni. Amboiiiii senang-senang aje dia hidup. Dah dua kali saya malu ni.
Petang semalam, 4.3.2010, Ustaz telefon Din depan van saya nih minta tengokkan balik. Lepas telefon, ustaz cuba balik hidupkan enjin. Nak tau apa jadi. HIDUP dia........
"Bang, memang sahlah van ni penakut dengan foreman" sambil saya tergelak sambil geleng kepala. Ustaz pun telefon balik Din. Din cadangkan cek wiring di Mentakab. Kami pun terus pergi tapi Cina tu kata dia taak boleh buat apa-apa sebab dia hidup senaaaaag aje depan dia. Adush dush dush.
"Ikut perangai Ha ni, takut jumpa doktor" kata saya ha ha ha
Maka kami pun berjanjilah dgn dia, nak panggil dia jika sekali berlaku begini.
Apa kata anda.. pernah berlaku perkara sebegini pada anda?
Sebab itu bila saya berbual dengan ustaz pasal nak beli kereta baru, saya tak cakap depan kereta saya terutama kereta kecik saya, takut depa terasa hati, merajuk, mogok pulak. Kadang-kadang terrr juga, maka saya tepuk-tepuk kereta saya tanda minta maaf.

Langgan:
Catatan (Atom)