Isnin, Oktober 19, 2009

Diserang semut




ni kaki meja bakeri saya. alhamdulillah saya letak kain berminyak.....


aduiii..... ari ni letih sungguh macam nak demam sebab dari petang semalam saya berperang dengan berjuta-juta semut. Dengan sakit digigit lagi.

Ini dah entah kali keberapa kami di serang semut ini. Alhamdulillah sakit gigitannya sekejap. Picit mati dia, sakit pun hilang tapi tak daya lah........kejap adoi kejap adoi.......

Dulu saya cuma sapu dia keluar je. Bayang kan berjuta-juta, guna penyapu je. Tidak berani nak guna vacuum cleaner sebab masalah kurang tenaga letrik. Tapi kali ni tak larat dah, guna vacuum ajelah. Haaaa bergelap sekejap, cuma satu je yang mampu menyala.

Tidur malam tadi dengan harapan esok pagi dia pergi. Pukul 5 pagi bangun dah panjat meja makan di ruang tengah. Mak aaaiiiii.......lotih den........Hingga entri di buat semut masih bermaharajalela di dapur tu. Saya dah tak larat, kejap-kejap pi ke dapur vacuum semut sambil saya membebel-bebel kat semut-semut tu.

Masih belum nampak apa mesej yang Allah nak sampaikan pada kami. Yang saya tahu semua ni ikut perintah Allah je. Jadi kalau mara semut bermaksud ............

Alatan ke periuk ke pinggan ke yang dikerumun semut tu, saya basuh balik, kot saya basuh tak bersih tapi tak lama tu dia datang balik, maknanya semut ni bukan kejar benda manis. Minyak masak bersih pun dia keroyok ramai-ramai, kebulur kot.

Tapi kan(jangan beritau semut tu ye) tadi saya pi kedai beli racun untuk anai-anai dan semut. Ini langkah terakhir yang kami cuma elakkan iaitu MEMBUNUH tapi rasanya kami terepaksa juga jadi pembunuh tanpa rela. Masa vakum pun saya minta maaf banyak kali kat depa. saya dah warning kat depa," aku nak solat ni, pi keluar kalau tak nanti.......'. tak reti bahasa rupanya dia, maka terpaksa lah saya lakukan perkara yang tak mau saya lakukan.

Tunggu ustaz balik sat lagi, sempat tak gali lubang nak buh racun dalam tanah keliling rumah. Sambil tu nanti cakap dengan depa, tak nak mati, pi jauh-jauh jangan pi dekat kat racun nih......harap-harap depa faham la ye.......

Sabtu, Oktober 17, 2009

Set OMCC untuk hantaran Perkahwinan


Set 25 biji OMCC dengan topping dan hiasan BC

5 biji OMCC dengan topping choc ganaache dan hiasan BC


Zura menempah set 25 OMCC dengan topping dan hiasan BC dan tambahan 5 biji OMCCuntuk makan sendiri.

Alhamduliullah Zura dan Faizah minta warna yang sama jadi tak rumit sangat nak bancuh banyak-banyak warna.

Sebenarnya faizah minta yang 5 biji tu topping dan hiasannya BC juga tapi saya hadiahkan topping choc ganache dan reben organza serta bunga tu saya hadiahkan sebab harga RM1.50 tu tak termasuk reben dan bunga. Tapi saya yang nak cuba. tak pandai pun buat ikatan lawa-lawa, jadi saya minta faizah buka dan betulkan jika tak berkenan.

Alhamdulillan respon faizah juga melegakan saya.

jangan serik tempah kat akak ye Faizah dan Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hendaknya

Jumaat, Oktober 16, 2009

CMCC, OMCC, CMCC drizzle untuk cikgu Zura


CMCC drizzle (5+ 25) biji



Set pertama: CMCC dengan topping dan hiasan BC



Set kedua: OMCC dengan topping choc ganache dan hiasan BC


Cikgu Zura dari SK Bandar Jengka sekali lagi menempah kek cawan untuk meraikan anak murid dan rakan-rakan.

Sebenarnya semalam adalah hari yang agak sibuk bagi saya. Saya perlu menyiapkaan 2 set 16 biji kek cawan berhias (CMCC dan OMCC) dan satu set 25 + 5 biji OMCC berhias ditambah lagi CMCC drizzle sebanyak 80 biji. Sibuk tu bukan sebab banyak tempahan tapi sebab saya lembap dan stamina rendah sangat. Cepat no letihnya(baca ikut loghat temerloh ye). Kerja lebih sikit, letih....manjakan diri la tu.

Masa nak bancuh BC ungu, tiba-tiba tak de pulak pewarna tu dalam simpanan. Saya yakin saya ada pewarna ungu sebab tu saya tak kisah nak periksa bekas pewarna saya. Maka kelam kelibut lah saya sebab masa tu dah maghrib, mana Happy Sun(satu-satunya kedai bakeri di Temerloh) buka, kan.

Alhamdulillah Zira ada. Pukul lapan pi rumah dia(kat Paya Keladan juga). kalau tak de, tak tau la nak cakap apa, puas dah bancuh ikut nota yang di pelajari serta Aimi terangkan sikit-sikit. Ini semua ni tarbiyyah dari Allah kan......

Saya warning kat Ustaz, jangan tidur dulu, tunggu sampai cc ni siap. tapi ustaz tak daya dah nak menunggu. Kul 11 baru siap 99% sebab masih tak puas lagi.......

Semua cc ni dihantar oleh ustaz sebab Allah susun dua-dua Zura dan Faizah(Gelanggi) berjanji untuk ambil di depan SK Bandar Jengka..

Saya pesan berkali-kali pada Zura dan Faizah agar beri feedback untuk saya perbaiki dimasa hadapan. Alhamdulillah, kedua-dua memberi respon yang melegakan.

Nak tau, sebenarnya beberapa kali saya tanya Nasr , 'dik cantik tak ni'. 'cantiiik, ummi ni tak ada keyakinan diri lah'.

Haaa engkau, itu komen membina. Saya mengaku'betul, betul, betul'

Tabung Pembinaan Maahad Tahfiz Faqeh







Kek cawan lagi......




Masih kek cawan CMCC drizzle. Aziah tempah untuk sepupunya di jalan bahagia. 50 biji dengan 12 biji di letakkan di dalam dome casing.

Haa tempahan pertama melalui Faqeh.....semuga ada susulan selepas ini. Bukan untuk memajukan bisnes saya tetapi menambah tabungan Faqeh.

Majlis Maahad Tahfiz Faqeh


Kek cawan CMCC drizzle untuk majlis sambutan hari raya dan tabung pembangunan maahad tahfiz Faqeh Temerloh.

Di majlis ini , saya dengan rasminya menjalinkan hubungan perniagaan dengan Faqeh iaitu setiap tempahan melalui Faqeh dan diuruskan oleh Faqeh maka 15% daripada jualan akan dimasukkan ke dalam tabung pembinaan faqeh.

Faqeh sedang membina bangunan sekolah baru di atas tanah keluarga dan dengan harapan tahun hadapan semua operasi sekolah akan berlansung di tapak baru ini.

Maka sesiapa yang ingin membeli sambil menderma, hubungi lah Faqeh untuk
membuat tempahan. Alamak nombor mahad tak de la pulak. tak pe saya beri nombor pentadbir dia.

Aziah - 019 - 9235599

Jamaliah - 019 - 9892542

Aduhhh letihnya

Haaa bukan letih pasal berkebun ke apa tapi letih sebab terlalu risau kot. Semalam hingga 11 malam menyiapkan tempahan sahabat.

Ni nak tergolek jap(nak tidur memang tak lelap sebab tak biasa tidur siang) tapi rumah, meja sempang prenang. nantilah kemas.

orang yang biasa tidur lewat mesti heran dengan saya, mesti dia kata:'ellleeeh......kita selalu tidur lagi lewat , tak kecoh pun.......'

saya memang tak biasa tidur lewat dan tak berniat pun nak tidur lewat hanya kerana nak jadi baker handalan. Adegan bakeri ni hanya memenuhi minat dan masa lapang dan memenuhi impian sahabat tanpa mengabaikan fungsi dan peranan saya di rumah.

Jap lagi saya upload gambar ek dan certa masalah-masalah yanag saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini..

Jumpa lagi..........